"Hoi! Jangan lari!" jerit seseorang. Pantas tiga pelajar perempuan yang sedang menconteng wajah Adif yang terikat di kerusi menoleh.
"Weh blah, blah! Cepat weh! Nanti kena tangkap!" jerit Afrina lalu melarikan terlebih dahulu. Hana dan Elly terus mengambil barang mereka sebelum mengejar langkah Afrina.
"Apahal dia boleh lalu situ pulak?!" tanya Afrina yang sedang menolak meja-meja lama yang tersusun di sepanjang koridor bagi menghalang laluan pengawas lelaki tadi.
"Manalah aku tahu! Kau fikir aku hafal ke jadual bertugas dia hah?! Dia tu tak penting untuk akulah!" balas Elly yang terus melompat melepasi meja yang bersepah akibat Afrina.
"Woi! Nak lari mana hah?! Berhenti sekarang!" jerit lelaki tadi yang sedaya upaya cuba mengelak semua rintangan.
"Halamak, siapa pulak report kat pengawas kerek ni?!" rungut Hana sambil membaling belon air, yang asalnya bertujuan untuk kejutkan Adif, ke belakang tanpa memandang. Mereka bertiga mencapai kata sepakat untuk berpecah, melarikan diri daripada pengawas yang mengejar mereka itu sekaligus menyusahkannya.
"Jangan larilah! Hesh menyusahkan betullah korang ni!" jerit Uwais geram dengan baju kemeja sekolah yang basah lencun. Dia membuat keputusan untuk mengejar Hana terlebih dahulu, memandangkan Afrina dan Elly terkenal dalam atlet larian.
Dan juga geram kerana tubuhnya dibasahkan oleh insan tidak bertauliah itu.
"Bongok jangan kejar aku! Kejarlah Afrina!" jerit Hana dengan wajah yang ingin menangis.
"Padan muka kau!" sayup-sayup suara Afrina sampai di telinga Hana.
Tidak sampai seminit berlari, Hana terus berhenti.
"Okay okay, aku stop," mengah Hana bersuara.
"Danisya, ambil nama dia serta kesalahan," arah Uwais. Entah dari mana munculnya Danisya, dia mencatit nama Hana dalam buku kecil miliknya.
"Dah dah, pergi kejar member aku yang lain tu. Hampeh punya kawan, ada ke patut jadikan aku umpan. Langsung tak sayangkan aku," rungut Hana sambil berjalan ke kelas tahanan. Tidak mahu dia ambil selekoh, nanti makin berat dendanya pula.
☘️☘️☘️
Afrina
"Huh, hah, huh, hah," Afrina mencari nafasnya yang hilang digunakan tadi.
"Siapa pulak yang report kat Uwais ni? Dahlah kerek nak mati, garang macam harimau! Harimau pun lagi comel daripada dialah. Huh, hah, huh," rungut Afrina.
"Aku yang report," celah seseorang.
Afrina menoleh. Dia mengetap bibir geram.
"Haihlah perempuan ni, kau tak puas hati apa dengan aku hah?!" marah Afrina. Sebabkan perempuan ni dia kena bazir tenaga untuk berlari tadi.
"Aku? Tak puas hati apa? Hahahaha, saje nak tengok kau susah. Macam best je," kata Reen selamba. Di sisinya berdirinya Danisya yang sedang mencatit sesuatu di dalam buku notanya.
Jangan tanya dari mana dia muncul, boleh kata dia akan berada di mana-mana sahaja.
"Hish kau ni, memang kerjanya nak menyusahkan aku je kan?!" bentak Afrina. Malas dia mahu berlari lagi. Penat.
"Afrina, Reen. Detention class sampai tamat waktu persekolahan," ujar Danisya ringkas.
Afrina yang sudah mengagak hanya menguap kebosanan, namun Reen pula tayang wajah terkejut.
"Eh? Apahal aku kena jugak?!" tanya Reen tak puas hati.
"Masih dalam tempoh PdPc, tapi kau keluar daripada kelas tanpa pas," ujar Danisya sambil menayang jam tangannya yang jelas menunjukkan kini bukan tempoh rehat pelajar. Reen merengus sendiri, manakala Afrina menunjuk thumbs down.
"Welp, dia pun kena detention jugak ke?" ejek Afrina lalu menjelirkan lidah.
"Diamlah kau," balas Reen sambil penumbuk kecilnya ditayang.
☘️☘️☘️
Elly
Elly berlari, sekejap-sekejap menoleh ke belakang, memastikan tiada siapa mengikutinya.
Buk!
"Aduh!" Elly mengaduh setelah jatuh ke lantai. Hish, siapa pula yang berada di hadapannya ni?
Elly mengangkat wajahnya.
"Eh, Elly?" tanya Azrina pelik.
"Eh, hai Az, Adani, Lia. Korang buat apa kat sini?" tanya Elly pelik.
"Ssh, kitorang tengah lari dari pengawas ni," kata Adani, mengisyaratkan Elly supaya berdiam.
"Oh ya ke? Samalah dengan kitorang," kata Elly dengan berbisik.
"Apa yang korang buat?" tanya Lia.
"Kitorang prank senior Adif, yang menggatal merenyam macam ulat bulu tu," ujar Elly. Seketika Azrina menepuk tangan.
"Ya duh, aku terlupa pasal senior tak ada otak tu! Patutnya aku balas dendam untuk Af tau!" kata Azrina yang baru teringat akan perkara itu. Adani segera menarik telinga Azrina yang berlapikkan tudung, kuat.
"Ssh, kau nak kena tangkap ke apa?" marah Adani dalam berbisik. Azrina mencebik.
"Oh ya, korang buat apa sampai kena kejar ni?" tanya Elly.
"Haih, aku hack sistem sekolah tadi, nak bersihkan balik rekod kesalahan kitorang," ujar Lia malas.
"Tapi tulah, semak je si Karl tu, dia pun buat benda yang sama, tu yang bertembung pulak tadi. Habis si Zuhayr kawannya Uwais dapat detect. Kena kejarlah jawabnya tadi," kata Adani.
"Ooh,"
"Kesini korang!" jerit seseorang.
Mereka serentak menoleh.
Kelihatan Imran, Irwan dan Karl berlari menuju ke arah mereka. Di belakang mereka kelihatan Zuhayr dan Uwais sedang mengejar mereka, dan tidak lupa Danisya yang sekadar memerhatikan mereka sambil tangannya laju mencatit sesuatu dalam buku notanya.
"Cabut!"
YOU ARE READING
The Past
JugendliteraturThe past. Things that made us today. The truth behind all the confusing tales of Tengku Afrina Eryssa. It all lies here. - Start : 11 Oktober 2022 End : - Status : On-going 100% my handwork.