Afrina menarik nafas dalam. Gementar menunggu keputusannya.
"Afrina," panggil mama. Terus Afrina berdiri dari tempat duduknya.
"Macam mana mama? Okay ke? Af lepas tak?" tanya Afrina bertalu-talu.
"Sabarlah kamu ni. Tak menyempat," mama tergelak kecil melihat Afrina yang tidak boleh berdiam diri. Tangannya bergerak-gerak, sekejap bermain dengan hujung lengan bajunya, sekejap memintal rambutnya.
"Tak boleh sabar ni mama. Cepatlah, Af diterima ke tak?" tanya Afrina lagi.
"Tahniah. Ni kad third grade kamu," ujar mama lalu menghulurkan kad berwarna hitam.
Name: Eryss
Code number: 52099
Class: 3rd grade"Yes!" sorak Afrina.
Kad tersebut menandakan dia adalah salah seorang daripada Special Unit Organisation.
Special Unit Organisation, seperti namanya, merupakan satu unit yang ditubuhkan khas untuk membantu dalam membanteras jenayah dan masalah dalaman negara. Unit ini mengendalikan kes-kes yang bahaya dan tidak sepatutnya diketahui oleh orang ramai. Tiada siapa yang tahu akan kewujudan unit ini kerana unit ini mementingkan kerahsiaan. Unit ini juga membantu Raja dan pihak royalty.
Terdapat tiga 'class' dalam unit ini.
Pertama, 1st grade, seperti Tengku Amiya, terdiri daripada mereka yang sudah ditentukan 'specialty' mereka dan merupakan veteran atau pakar bidang mereka.
Kedua, 2nd grade, terdiri daripada mereka yang baru sahaja diletakkan ke dalam unit 'specialty' masing-masing.
Dan yang terakhir sekali, seperti Afrina, 3rd grade, terdiri daripada mereka yang baru sahaja lulus ujian khas dan belum ditentukan 'specialty'.
"Untuk ujian khas, kamu ambil bulan depan. Oh ya, jangan ingat mama kat sini kamu boleh minta tolong mama, sebab mama nak anak mama buktikan kat orang lain yang Af masuk sini 100% sebab Af layak,"
"Aye aye captain! Thank you mama! Love you three thousand!" tubuh langsing mamanya dipeluk erat.
"I love you negative three thousand,"
"Mama!"
"Hahahahahahaha,"
☘️☘️☘️
"So... what are we doing here, again?" tanya Karl.
Petang tadi setelah tamat sesi persekolahan, tiba-tiba sahaja sebuah van putih muncul di hadapan rumah mereka. Katanya hendak membawa mereka ke studio milik abang Hana.
Ya, sekali lagi mereka diculik, cuma kali ini dengan keizinan mereka sendiri.
"Well, as we all know, kita akan jadi satu band untuk talent show bulan depan. Um, team lelaki lain, team perempuan lain. So, aku ajak korang ke sini sebab nak bincang and practice," kata Hana.
"From this moment, latihan kita akan berlangsung kat sini," celah Azrina.
"Wait, what? Apa kaitan team lelaki dengan team perempuan. I mean, kita tak rapat langsung. Well, aku dengan korang yang perempuan ni pun bukannya rapat," tanya Reen.
"Kita tak rapat, but there's a couple here yang menggedik nak spend time sama-sama," perli Elly.
Mereka semua terus menoleh ke arah Lia dan Imran yang terus menutup mereka dan pura-pura tidak terlibat.
"Not like I care," balas Zuhayr.
"Still, mana korang tahu alamat rumah aku? Aku tak pernah reveal kat sesiapa?" tanya Irwan ingin tahu.
Elly menuding jari ke arah Afrina yang tersengih senget.
"Mhm, aku curi maklumat dari pejabat guru," Afrina langsung tidak bertentang mata dengan mereka, tahu bahawa mereka memandangnya skeptikal, lebih-lebih lagi Uwais yang sedang merenungnya tajam.
"Kau... Haih, whatever lah. Aku dah malas nak ambil kisah apa yang korang nak buat lepas ni. Penat kau tahu tak?" keluh Uwais. Tubuhnya disandarkan ke dinding.
"Kalau penat kenapa sibuk?" balas Adani.
"Sebab cikgu yang suruh dia. Cikgu kata pengawas yang berani and sabar sound korang cuma dia seorang je," jawab Danisya bagi pihak Uwais yang kelihatan pasrah.
"Ooh,"
"Okay, apa kata kita perkenalkan diri semula with specialty kita dalam muzik?" cadang Karl.
"Let me start! Aku Puteri Hanania, call me Hana. Aku vocalist, but sometimes aku lagi suka main gitar," kata Hana bersemangat.
"Nama aku Amalin Danisya. For music thingy, aku tak berapa minat since I'm more into art, tapi aku boleh main piano," kata Danisya tenang.
"Argh, name Nur Khaireena, just call me Reen. Don't ever call me by my full name. As for music, I can sing well,"
"As you guys know, aku Natalia, tapi dorang panggil aku Lia. Aku boleh main violin,"
"Mhm, nama aku Qaisara Adani. And for a fact, cuma family aku je boleh panggil aku Qaisara. No, it's exclude you Zuhayr. Kau bukan family aku, penyibuk. Aku boleh main gitar," Adani terus memangkah Zuhayr yang ingin bersuara.
"Aku Karl Aiden. Guitarist too," tanpa nada Karl bersuara.
"Haih, nama penuh aku, Tuan Uwais al-Qarni, aku boleh main piano,"
"Aku Mohd Imran, Lia's belo-- Okay, okay aku tak mengarut dah! I play drums," kelam-kabut Imran menukar ayatnya apabila Karl sudah mengangkat tangan ingin memukulnya.
"Irwan Haris, violin," ringkas sahaja pengenalan Irwan.
"Zuhayr, anak kesayangan Umi A-- Oops aku stop. Aku vocalist," Zuhayr menundukkan diri apabila Adani membaling kasut tumit tinggi ke arahnya.
"Aku pulak Azrina Eryssa, aku boleh jadi vocalist and main apa-apa jenis string instruments," tangan Azrina lembut mengelus rambut Afrina.
"Ellysha Astilla, manusia paling cantik kat muka bumi-- what? I'm telling the truth here. And aku minat drum the most, but I can play other instruments too," Ellysha menjeling Afrina yang menggulingkan matanya.
"Mhm? Aku Afrina Eryssa, macam yang korang tahulah. And aku main semua jenis instrument. Oh, and sings too," kata Afrina yang sedang bersandar di bahu Azrina.
"Then, now? Kita nak buat apa?" tanya Karl.
"Let's just try to feel the familiarity between each other. Choose a song and play our role," arah Afrina yang sudah terbiasa dengan prosedur permulaan perkenalan antara ahli kumpulan.
"So, first, kita try Reen as a vocalist, Danisya as a pianist, Elly as drummer and Adani as a guitarist. Just guna lagu basics yang kita semua dah pernah belajar time form 1,"
Vote and comment!
So, apa pendapat korang setakat ni? Okay tak?
YOU ARE READING
The Past
Teen FictionThe past. Things that made us today. The truth behind all the confusing tales of Tengku Afrina Eryssa. It all lies here. - Start : 11 Oktober 2022 End : - Status : On-going 100% my handwork.