Dalam kelas tahanan
Afrina dan Reen saling menjeling sesama sendiri. Azrina pula menepuk bahu Afrina, cuba menenangkan kembarnya yang sedang berasap itu.
Elly dan Hana mengejek serta meniru mimik muka Uwais yang sedang menegur dan menyebut satu demi satu kesalahan mereka, dari hari pertama persekolahan sehinggalah hari itu. Panjang tak terkata.
Lia dan Karl saling memandang tajam antara satu sama lain, geram akibat pertembungan mereka yang hendak masuk ke sistem sekolah menyebabkan Zuhayr dapat mengesan pergerakan mereka.
Adani membelek kukunya sendiri, menghiraukan Zuhayr yang sedang cuba menyakiti hatinya.
Imran dan Irwan pula sempat main ceper, iaitu penutup botol yang terkenal dahulukala.
Danisya sedang mencatit sesuatu dalam buku nota kecilnya, dilihat Uwais sekali-sekala.
"Cukup-cukuplah tu membebelnya. Bila korang nak blah ni? Cikgu mana?" celah Elly.
Sakit telinga menadah teguran Uwais itu. Dorang tahulah, mereka bukannya budak kecil perlu diulang perkara yang sama banyak kali.
Tahu bukan budak kecil, tapi entah kali ke berapa ribu ditegur, satu pun tidak masuk ke dalam kepala.
"Cikgu pun malas nak hadap muka korang, asyik muka sama je masuk detention. Tak geng Afrina, geng Azrina. Kalau tak korang, si Reen ni ha. Kalau tak budak perempuan, geng lelaki pulak. Cikgu pun naik muak dengan korang," balas Uwais.
"Dahtu apa masalah budak Zuhayr ni kat sini sekali? Halau ah dia balik kelas. Menyemak je, kan budak baik, kononnyalah," kata Adani menyampah.
"Dia dengan kitorang. Pengawas percubaan," ujar Danisya ringkas tanpa mengangkat kepalanya.
Uwais yang pelik dengan Danisya tidak henti-henti menulis mengintai apa yang ditulis Danisya.
Please please please please. Aku merayu sangat ya Allah. Tak nak buat dosa dah. Janganlah, janganlah, janganlah, eh setan kau Afrina.
Kenapa pulak dah ni? Tidak dia melihat ayat terakhir yang ditulis Danisya.
"Pergh, perangai syaitan kau ni ada jugak yang nak ambil kau jadi pengawas?" tanya Adani buat-buat terkejut. Tangan dibawa menutup mulut gaya dramatik.
"Seteruk aku, lagi teruk kau, Adani. Jangan lupa diri tau," Zuhayr memberi senyuman sekilas buat Adani, namun dibalas dengan penumbuk.
"Senyum senyum, kau fikir hensem ah? Eh kalau bukan sebab kau ni anak angkat mak aku, memang aku belasah kau sekarang ni, kau tahu?!" hambur Adani.
Zuhayr tersenyum lagi.
"Kenapa? Oh kau cemburu ke mak kau sayangkan aku? Jangan risaulah, Umi tetap sayangkan kaulah, tapi sayang aku lebihlah yang pastinya," jawab Zuhayr selamba.
Baik orangnya, tutur katanya sopan tanpa carutan, tapi ingat kata-kata kesat sahaja yang boleh sakitkan hati orang?
The answer is no. Zuhayr ada seribu satu cara nak sakitkan hati orang tanpa mengotorkan lidahnya.
Adani menerpa ke hadapan ingin menumbuk wajah Zuhayr, namun sempat ditahan Lia.
"Weh sabar weh, kita tengah detention ni," kata Lia cuba memujuk.
"Lelaki ni memang cari pasal lah!" Adani bergelut cuba melepaskan diri.
"Hoi, turunkan kaki kau tu, tak sopan perempuan duduk macam tu. Dah macam lelaki dah aku tengok," tegur Karl. Hana tersentak.
"Kau pahal? Semak kau tahu semak? Alamak, duduk macam ni pun nak kecoh ah," balas Hana.
"Aku tak sebut nama kau pun, yang kau sentap pahal?" balas Karl semula, walaupun teguran tadi memang ditujukan buat Hana.
YOU ARE READING
The Past
Fiksi RemajaThe past. Things that made us today. The truth behind all the confusing tales of Tengku Afrina Eryssa. It all lies here. - Start : 11 Oktober 2022 End : - Status : On-going 100% my handwork.