Wooyoung menarik tangan Jie Chae untuk bangun. Jie Chae memberikan Haemin kepada Seonghwa. Seonghwa pun apa lagi tersenyum girang dia dapat memegang Haemin. Maklumlah dia suka kan budak-budak.
"Ehhh yang tu sapa?" Woyoung menunjuk ke arah Seonghwa yang sedang bermain dengan Haemin.
"Kenapa?" Sepatah sahaja jawapan yang diberi oleh Jie Chae.
"Takdelah, saja je tanya...!!"Woyoung mula merajuk.
"Yang tu oppa saya!!" Wooyoung berhenti merajuk dan mula memeluk Jie Chae. Jie Chae cuba melepaskan diri dari pelukan Wooyoung.
"Awak ni kan suka hati je peluk orang...awak tak nampak ke oppa saya kat sana tu!! Kang tak pasal-pasal awak masuk hospital lagi kang!!" Ugut Jie Chae.
"Alaaaaa, aritu awak boleh je peluk saya tanpa izin saya...Sampai basah baju saya..dengan air mata awak!" Woyoung mengingatkan Jie Chae dengan peristiwa dia memeluk wooyoung sewaktu di hospital.
"Ehhh jangan nak samakan situasi waktu tu dengan yang sekarang...Tak sama langsung...Dahlah lepaskan saya!!" Wooyoung melepaskan pelukannya.
"Aghhhh...saya lupa pulak nak cakap...Saya dah tukar nama Daniel!!"
"Awak tukar?? Apa nama baru dia?" Tanya Jie Chae.
"Haemin!! Jung Haemin!! Saya tukar ikut nama family saya...Awak tak kisah kan?"
"Ok...saya tak kisah...Untung Haemin ada daddy yang kaya!" Wooyoung tersenyum bangga.
"Jadi, sapa yang akan jaga dia waktu awak kerja...i mean saya boleh je jaga dia klau saya tak kerja?" Tanya Wooyoung.
"Omma saya sendiri cakap yang dia akan jaga Haemin." wooyoung mengangguk paham.
"Tapi awak jangan risau, Haemin tu pun anak saya jugak...Klau saya takde kerja...Saya akan datang rumah awak untuk jaga dia...Lagipun kat sini, ada Mak cik Jiwoo...Mak cik Jiwoo pun boleh tolong jagakan Haemin jugak!!" Jie Chae mengangguk.
Mereka meminta diri untuk pulang sambil Haemin digendong oleh Jie Chae. Jie Chae melambai-lambai tangannya ke arah mereka sebelum pulang.
"Byeee, mummy!!" Wooyoung membalas lambaian jie Chae. Jie Chae merenungnya tajam.
Kereta BMW hitam telah pun keluar dari garaj rumahnya. Wooyoung menutup pintu rumahnya dan duduk di sofa manakala dua ketul manusia yang lain telah pun ditingkat atas bermain game. Terdengar suara mereka riuh rendah sahaja di bilik computer. Sedang Wooyoung duduk tiba-tiba dia ternampak beg kecil berwarna merah di tepi sofa. Dia mengambil beg itu dan membuka.
"Park Jie Chae?" Sewaktu dia membuka beg tersebut. Di dalam beg itu terdapat name tag yang tertulis "Park Jie Chae". Dia menyelongkar lagi dan melihat ada telefon dan membuka telefon itu nasib baik phone tersebut tiada password. Dan dilihatnya gambar lockscreen. Rupanya beg itu adalah kepunyaan Jie Chae. Sewaktu pulang tadi, jie Chae langsung tidak teringat akan beg nya. Dan tanpa sengaja beg nya tertinggal.
Wooyoung menyelongkar semua barang yang ada di dalam beg Jie Chae satu persatu. Lipstick, Vaseline, pen hitam, dompet, serta IC kepunyaan Jie Chae dikeluarkan. Lalu dia tergelak melihat IC Jie Chae.
"Hahahhahahahahh...lawak giler muka dia!!" Lalu dia mengambil iphone nya lalu disnapnya gambar IC Jie Chae. Dia mengemas kembali barang-barang Jie Chae yang diselongkarkan nya tadi.
"Park jie Chae!!! Park Jie Chae" Wooyoung membawa beg tersebut menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
It's You
Romance"Kau??...Jangan cakap yang kau dah fall in love ngan doktor tu?" "Betullah apa yg kau cakap tu...Aku dah fall in love ngan dia!" Wooyoung tersengih-sengih sendiri. "Tapi aku janji yang kali ni, aku yakin dia perempuan yang aku cari-cari tu!" Teran...