✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 05

630 85 2
                                    

"jumpa lagi perempuan ni." jeongwoo berbisik sendiri tapi terdengar di telinga aku.

yelah, kuat kot dia cakap! kalau macam tu, semua orang pun boleh dengar.

"oi, sotong. aku pun tak nak jumpa dengan kau lah."

"kalau tak nak jumpa, kau letak tembok besar china dekat antara meja kita ni. and lagi satu, kau nampak garisan dekat tengah meja ni? barang-barang kau tak boleh lebih walaupun lengan kau sendiri."

gila lah dia ni.

"kalau aku terlebih, kau nak buat apa? gaduh dengan aku?"

jeongwoo memandang aku dengan lama dan mendekatkan mukanya pada masa yang sama.

"kau dah kenapa? dah gila ke ha?" aku menolak badannya ke tepi dan memandang ke seluruh kelas, takut-takut ada yang nampak sikap jeongwoo yang gila ni.

"saja aku nak uji kau."

"kalau kau nak uji pun, tak payahlah sampai dekatkan muka kau tu."

"kenapa? blushing?"

"blushing? sorry, muka kau terlalu buruk untuk buat aku blushing."

"dah, sanalah. pergi buat homework tu." sambung aku lagi.

"ha, okay."

dah kenapa dengan dia tu. gila agaknya dia ni.

▃▃▃▃▃▃▃

"nayoung."

"ye, kenapa?"

"aku minta maaf sangat-sangat tapi aku kena balik sekarang sebab ayah aku sampai awal hari ni and lepas ni aku ada hal sikit."

"it's okay, kau balik je lah. lepas kereta kau gerak, aku balik okay."

"hm, sorry sangat-sangat tau. esok aku temankan kau balik, okay?"

"ye ye. dah, cepatlah balik. nanti ayah kau marah pula sebab kau lambat keluar."

"okay. bye bye, nana!"

"bye bye. take care, soojin."

aku berdiri di bus stop sehinggalah kereta yang dinaiki oleh soojin semakin menghilang dari pandangan.

"it's a long day so let's go home, jung nayoung." keluh aku.

belum sempat aku memulakan langkah, nama aku dipanggil perlahan dan membuatkan aku sedikit terkejut.

"jung nayoung."

aku cepat-cepat menoleh ke belakang untuk tengok siapa yang memanggil aku tadi sebab suaranya terasa tak asing bagi aku.

"park jeongwoo?"

rupa-rupanya jeongwoo yang panggil aku tadi. tak ada hujan, tak ada ribut tiba-tiba panggil nama aku kenapa?

"hm, kau nak apa panggil nama aku?"

"kenapa kau belum balik lagi?"

"eh, kau nak sibuk kenapa? suka hati aku lah nak balik awal atau lambat."

"aduh perempuan ni, aku tanya je lah. sebab tu aku tak nak bercakap dengan kau. tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku."

"ha, okay."

aku terus beredar dengan pantas supaya aku dapat tinggalkan jeongwoo di belakang.

-

bila aku memandang ke belakang, aku perasan yang jeongwoo mengikuti aku daripada tadi.

dia ikut aku ke? tak, nayoung. jangan fikir bukan-bukan. ini bukan drama.

aku jalan seperti biasa, sehinggalah aku terlanggar sesuatu dan membuatkan aku tersungkur ke hadapan.

"argh!"

kedua-dua lutut aku berdarah dan tapak tangan aku kotor. argh, kenapa aku nasib malang hari ni.

nayoung, mata kau dah tak berfungsi ke? tak kan batu sebesar gajah tu pun kau tak nampak? ish, stupid

aku cuba bersihkan kotoran yang ada pada luka, tetapi ada seorang lelaki berlari dan terus melihat keadaan luka aku tadi.

"kau okay tak ni?"

"saya oka—"

bila aku donggakkan kepala ke atas, rupa-rupanya jeongwoo yang datang dan check luka aku. tapi dia buat apa dekat sini?

"park jeongwoo? kau buat apa dekat sini?"

"aku tanya, kau okay ke tak?" dia menghiraukan soalan aku seperti dia tak mendengarkan apa-apa.

"tak payah sibuk lah. aku boleh uruskan sendiri." aku menepis tangan jeongwoo yang dari tadi sibuk merawat luka aku.

"dalam situasi macam ni pun kau sibuk nak ego ke? kau tak nampak ke darah mengalir dari luka tu?"

lah, dia ni dah kena sawan ke?

"dah, jom ikut aku pergi klinik. aku rasa klinik berdekatan sini je."

jeongwoo menghulurkan tangannya dan cuba untuk menolong aku tapi aku menolak.

"aku boleh pergi sendiri lah. kau ingat aku ni lumpuh lansung tak boleh berjalan ke?"

tanpa meminta izin dahulu, dia menarik tangan aku dan terus bawa ke klinik yang berdekatan.

KLINIK
"nah, ubat kau." dia menghulurkan beg plastik berwarna putih yang berisi dengan pelbagai jenis ubat.

"eh? aku jatuh tersungkur pun ubat boleh banyak macam ni?"

"kau ni, jangan banyak tanya boleh tak?"

jeongwoo bangun, berjalan terus ke pintu klinik dan tinggalkan aku berseorangan dalam kebingungan di belakang.

"d— dia tinggalkan aku?"

"oi, kau buat apa lagi tercegat dekat situ? tak nak balik ke?"

"a— ah, ye ye. aku nak balik lah ni."

▃▃▃▃▃▃▃

aku pun tak tahu kenapa dengan dia ni. pertama kali dalam sejarah dia teman aku balik sampai depan rumah.

tapi orang tua-tua kata, kalau tiba-tiba berubah tu dia nak..

"oi, park jeongwoo."

"apa?"

"kenapa dengan kau ah hari ni?"

"kenapa apa?" jeongwoo kebingungan.

"kenapa kau tiba-tiba buat baik dengan aku ha? ataupun just sebab kau nak beritahu semua orang yang aku terjatuh and then kau usik aku sampai bila-bila?"

"don't know, aku pun tak tahu kenapa aku tolong kau hari ni."

dasar sotong tak guna

jalan, dan jalan akhirnya sampai juga di hadapan rumah aku. sebelum aku melangkah masuk, aku bagitahu sesuatu pada dia.

"lain kali kau jangan terus terlibat dengan aku. aku dah besar so aku dah cukup pandai urus diri aku. one more, kau jangan ingat kau buat baik macam ni aku akan tersangkut dengan kau."

"dah, aku masuk dulu. ha lupa, esok masa masuk kelas, kau buat-buat tak tahu je. aku malas nak ingat apa yang terjadi hari ni."

"by the way, thanks sebab tolong aku walaupun aku tak nak kau tolong aku."

"banyak betul ah kau ni membebel. sakit telinga aku."

RUMAH
beg plastik yang dipenuhi dengan ubat direnung lama.

"dah kenapa dia tu tiba-tiba nak buat baik dengan aku."

"park jeongwoo. buat baik macam mana pun, memang tetap aku tak suka dekat kau lah."

"sedarlah sikit!"

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 || 정우Where stories live. Discover now