✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 10

598 80 2
                                    

masing-masing melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyap dan aku tahu apa yang akan berlaku selepas ni.

"baru balik ke?" papa duduk di sofa sambil membaca surat khabar.

"p— papa.."

"baru balik dari mana sampai keluar pun tak bagitahu?"

masing-masing terdiam. tak ada keberanian untuk jawab.

"eunbi, kau bagitahu lah. kau yang ajak kitorang tadi." yunho berbisik perlahan ke eunbi.

"papa.. eunbi minta maaf sangat-sangat. eunbi yang ajak diorang keluar tadi." aku dan yunho hanya mampu menundukkan kepala ke bawah. dah tak sanggup nak tengok muka ayah sendiri bila dah marah.

"pukul berapa?"

"pukul 5:30 tadi."

"keluar pergi mana?" semakin banyak soalan yang papa tanya, semakin menyeramkan rasanya.

mata aku melilau mencari kelibat mama dan berharap agar dia muncul di saat ini!

"darling, dah lah tu. janganlah marah diorang lagi."

mama muncul tepat pada masanya. kegembiraan masing-masing tak dapat nak disembunyikan selepas nampak mama muncul dari arah tangga.

"awak ni, suka sangat bagi muka dekat diorang ni."

"biar je lah diorang tu. lagipun sampai bila awak nak suruh diorang terperap dalam rumah besar ni?"

"awak nak tengok keputusan anak-anak awak ni merosot ke?"

"darling.. dah jangan marah diorang, okay?"

"dah, pergi naik atas and then terus pergi mandi."

mama tak nak keadaan menjadi lebih teruk, jadi dia suruh kitorang naik atas dan berharap kemarahan papa semakin berkurang.

"okay, mama."

"awak naiklah atas dulu. saya nak duduk dekat bawah jap."

"okay. dah, jom naik."

belum sempat aku memulakan langkah, tiba-tiba nama aku dipanggil dingin oleh papa.

"jung nayoung."

"y— ye?"

"papa bagi amaran yang terakhir. lepas ni tak kisah lah kamu sakit ke, kamu ada hal penting ke, ssaem panggil kamu ke.. papa tak nak kamu skip kelas. kalau tak, papa akan bertindak lagi jauh."

"jangan buat perangai sesuka hati. kamu ingat papa tak tahu apa-apa yang nayoung buat dekat sekolah?" sambungnya lagi.

▃▃▃▃▃▃▃

"hello, my friend!" soojin datang menyapa sambil melompat kecil.

"hai too. eh, awal pula kau sampai hari ni?"

"kau kata aku sampai awal? awal kau kata? kau ni amnesia ke?"

"kenapa? betul lah aku cakap."

"kan aku memang selalu datang time macam ni. nayoung, kau dah kenapa?"

"h— ha? ye, eh?"

kenapa dengan aku ni..

"kau dah kenapa, nayoung? kau tak sihat ke?"

"mana ada, aku okay je lah."

"aku tahu kau tak okay. muka kau nampak pucat je. kau buat apa ha semalam?"

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 || 정우Where stories live. Discover now