Kau dah pernah lalui zaman getir tu.
Kau pernah rasa teruknya hadapi semua tu.
Pandangan orang, persepsi manusia, rasa rendah diri, dan otak yang asyik memikirkan yang bukan-bukan.
Dan kau berjaya laluinya dengan baik sebab kau masih hidup, serta berfungsi sama seperti manusia normal yang lain.
Jadi, kenapa kau tak mampu jadi antara mereka yang faham apabila ada manusia lain berada dalam situasi yang pernah Tuhan letakkan kau dulu.
Kenapa kau memilih untuk jadikan apa yang dia rasa sebagai satu bahan untuk kau 'bawang'kan bersama dengan manusia lain yang sah-sah takkan pernah faham apa rasanya duduk di tempat itu?
Perlukah?
Adakah dengan mengungkit lemahnya dia saat sekarang, menampakkan kuatnya kau waktu itu?
Mana kau buang kau rasa empati yang kau patut ada untuk mereka yang senasib dengan kau?
Bukankah kerana kau pernah menghadapi segala kusut rasa itu, menjadikan kau lebih faham?
Seharusnya kau jadi benteng mereka, jadi perisai mereka. Membantu menangkan mereka supaya mereka takkan rasa lebih teruk daripada apa yang kau rasa.
Kalau bukan kau yang lebih memahami, siapa lagi yang boleh jadi penenang mereka?
Siapa lagi yang boleh faham?
Hah.