Two to tango

2 0 0
                                    

Menangis teruk semalam. Sampaikan sukar untuk tidur. Berkali-kali pujuk diri untuk berhenti menangis kerana jelas akibatnya nanti. 

I finally have to admit, I already lose my best friends years ago. 

Kami tak bergaduh, jauh sekali bermasam muka atau berselisih pendapat (how I wish, we did fight so there will be a valid reason for this). 

Kami cuma dah tak berada di jalan yang sama macam di bangku sekolah dulu. Sedikit demi sedikit, perbualan kami makin berkurang dek kerana topik utama kami berbeza. Isu yang selalu dia bualkan, aku hanya mampu mendengar. Tidak boleh berkongsi rasa atau cerita, kerana aku tak melalui apa yang sedang dia lalui. And vice versa. 

Dan yang paling pahitnya, aku sedar, we are no longer play an important part in each other life now. Nor we are one of the important person to each other. Other people already took that part long ago. 

Sungguh pahit nak telan kenyataan yang satu ni. Berdekad berkawan baik, mana mungkin semudah itu sahaja nak melepaskan persahabatan ini. Namun terpaksa aku akui, kami kalah dengan ujian masa dan jarak. 

Aku akhirnya sedar, dalam apa jua perhubungan, usaha itu penting. Menunjukkan dan menjadi satu bukti yang the other person do matter in our life. Ya, benar kita boleh berdoa dalam diam mengharapkan kesejahteraan dia dunia akhirat, tetapi manusia itu hatinya rapuh. Sesekali, perlu diluahkan penghargaan itu. Ditunjukkan kepada yang seorang lagi (bukan perlu pada satu dunia untuk mengetahui) bahawa dia juga bermakna sesuatu dalam hidup kita. 

Sibuk boleh dijadikan alasan kerana itu normal bagi manusia, tapi kita kena sedar bahawa akhirnya, sibuk itu yang membuatkan kita seringkali lupa dan alpa dan akhirnya menjauhkan kita dari mereka yang sudah sememangnya jauh di mata. 

Setiap hari kita bertemu dengan manusia baharu, dan sentiasa ada kemungkinan strangers to friends happen. But, friends to strangers do happen too. 

Menerima realiti bahawa kami tak lagi berkongsi cerita itu pahit, tetapi aku masih menyimpan harapan. Insya-Allah, if one day in the future, we do come across each other, maybe, maybe we can be best friends again. But until then, we just and old friend from our past memories. 




MulaWhere stories live. Discover now