Tahun ni sahaja dah 3x mc. Physically exhausted sebab perjalanan pergi balik sekolah yang jarak 40km sehala ditambah dengan tenaga yang memang kadarnya 50% sahaja. Beza dengan duduk sana. Mc setahun sekali. Tapi selalu breakdown sebab mental dan emosi selalu sangat koyak. Heret kaki pi kerja sebab kalau dok rumah sorang-sorang lagi banyak pikir yang bukan-bukan.
Sama dengan CRK. Hidup sendiri, setahun sekali ambil atas urusan keluarga. Balik sini, urusan keluarga jadi keutamaan sebab kita dah duduk dekat, senang nak balik kampung bila ada hal. Jadi CRK tu dh lebih sekali.
Balik sini, weekend selalu balik kampung topup kasih sayang. Jadi masa untuk diri sendiri dan kemas-kemas rumah tu memang kurang. Tapi event keluarga, sanak saudara, kita ada. Dekat sana, nak balik kampung, tunggu cuti sek baru boleh balik topup kasih sayang. Weekend ada banyak masa nak jalan-jalan, lepak-lepak malas kat rumah.
Dekat sana, jiran-jiran sekadar jumpa, sapa dan senyum. Sekali sekala bertukar juadah. Masing-masing sibuk dengan rutin kerja. Kita jadi tenang-tenang sahaja sebaba tak terlampau disibukkan dengan hal org. Dekat sini, dengan jiran siap berwassap. Walaupun tak kerap, tapi bak kata jiran, anggap kita ni macam adik beradik. Terjumpa kat luar waktu sidai baju, buang sampah memang ralit menyembang. Kita tak sihat dia tahu, dia tak sihat kita tahu.
Bukan nak mengadu, jauh sekali nak mengeluh. Apatah lagi nak buat perbandingan. Cuma nak tunjukkan yang ujian tu lain-lain cara dan bahagiannya. Ada sebab Tuhan letakkan kita di sesuatu tempat.
Jika ada masalah, usahalah untuk berhijrah. Jangan pernah mengalah. Lain org, lain ceritanya. Yang hadap kita, yang lebih faham kita. Maka, teruslah berusaha untuk kekal di tempat yang sama atau berubah angin. Yang penting, kita bahagia.
p/s: - Doktor tadi sampai gelak sebab terkeluar 'aisy' sekali dr mulut bila batuk tak berenti smpai tak selesa pakai mask yg basah dgn air liur. Euwwww