2021, is definitely one of the worst year ever.
Koyak rabak barai hati kita semua entahlah bila pula boleh pulih.
Kita kena mula belajar untuk melihat semua orang dengan rasa empati yang berlebih.
Aku sungguh tak nampak pelangi lagi dalam hidup kita di hari-hari mendatang kecuali kita sanggup untuk hadirkan mentari setelah hujan ribut yang membadai hidup sesama kita.
Mungkin dalam memberikan secebis semangat pada orang lain, kita akan peroleh secebis harapan bahawa kemanusiaan itu masih wujud.
Bukan sekadar mitos atau dongeng yang jadi khayalan marhaen seperti kita.
Yang gah terbang di kayangan itu, biarkan sahaja.
Persetankan mereka dengan mahligai mereka.
Kita, yang masih di tanah ini, jagalah sesama kita.
Relakanlah diri jadi 'penghantar' bantuan Tuhan dalam apa jua bentuk sekalipun.
Sebab, sungguh, kita takkan boleh uruskan jenazah kita sendiri.
Jadi, hadirkanlah kebaikan dalam diri sendiri.
Semoga, kebaikan juga yang mendampingi kita, tujuh kaki ke dalam perut bumi.