Part 21

666 74 7
                                    

Oh when I look in the mirror
I'll melt your heart into two..

Gempa yang kebetulan lalu di hadapan bilik Halilintar, dia menjengukkan kepala ke dalam apabila mendengar suara yang berasal dari sana.

Dia melangkah masuk, dahinya berkerut tatkala tidak mendapati Halilintar.

Dia berjalan ke arah bunyi itu.

Sampai sahaja di meja kecil yang berada di tepi katil, matanya menangkap benda yang dipanggil telefon dan benda itu berdering menandakan ada panggilan masuk.

Nama si pemanggil Gempa baca di dalam hati.

My cerewet bonda...

"Bonda? Mesti mak Halilintar. Tapi macam mana nak jawab?"

Gempa hanya merenung telefon itu tanpa menjawab sehinggalah panggilan itu terputus.

"Lah kenapa kau tak jawab Gem?"

Sergahan yang tiba-tiba itu buatkan Gempa terkejut. Dia berpaling dan melihat Halilintar yang baru sahaja keluar daripada tandas. Rambut lelaki itu tampak basah, sepertinya dia baru  sahaja selesai mandi.

"Err.. Entah." jawapan spontan Gempa mengundang tawa Halilintar.

"Kau ni.."

Halilintar mengorak langkah mendekati Gempa yang sedari tadi berdiri di samping katilnya. Dia mencapai telefon miliknya.

Gempa hanya memerhatikan Halilintar yang sibuk mengetik sesuatu pada benda yang dia tahu adalah telefon.

"Hemm, tu telefon kan?" soal Gempa polos.

"Ya? Kenapa kau tanya? Tak akan la kau tak tau benda ni pula?" jawabnya tanpa memandang orang di sebelahnya.

"Tau, sebab aku tengok ramai aje yang guna benda tu. Tapi kan macam mana nak guna benda tu? Benda tu untuk apa aje? Apa kegunaannya?"

Tangan Halilintar terhenti daripada membalas mesej ibunya. Dia terkedu dengan pertanyaan tidak terduga itu.

Dia menolehkan wajah pada Gempa. Dia tatap wajah polos Gempa. Mata bulat itu berkedip-kedip seperti menunggu soalannya dijawab.

Halilintar mengaru kepala. Canggung.

"Hm, kau tak ada benda ni ke? Telefon ni?"

Gelengan kepala menjawab pertanyaan Halilintar.

"Tak, sebab tulah aku tanya kau. Aku mana pernah main telefon, ada pun tak. Macam mana aku nak tau?"

"Kenapa kau tak beli?"

"Hm, daripada aku beli benda tu ada baiknya aku beli keperluan penting aje. Benda tu dahla mahal, membazirkan duit aje."

Halilintar terdiam, kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia lupa akan sesuatu. Kehidupan Gempa dengan dia amatlah jauh berbeza. Gempa kehidupannya penuh dengan kesederhanaan manakala dia pula hidup berkecukupan bahkan lebih lagi.

Mesti lah Gempa lebih memilih berjimat cermat daripada membuang duit pada benda yang tidak berfaedah.

"Hm, kau tak nak cuba guna dia?"

Sekali lagi Gempa menggelengkan kepala.

"Tak nak, lagipun aku tak pandai.."

Halilintar tersenyum. "Tak apa, nanti aku ajar kau guna benda ni ek? Okey honey?"

"Err.. K." itu sahaja yang dibalas Gempa, lalu dia terdiam.

Hening sesaat..

"Gempa..."

Mendengar namanya dipanggil, kepalanya terus diangkat. Wajah tampan lelaki itu ditatap sebelum dia kembali menjatuhkan pandangan matanya. Dia tidak kuat untuk menatap mata orang dihadapannya itu.

Jantungnya sejak akhir-akhir ini asyik buat hal sahaja. Dia tidak tahu kenapa.

Setiap kali melihat Halilintar, pasti jantungnya tidak akan sihat.

Dia takut yang dia ada masalah jantung nanti.

"Hey honey, look at me."

Dagu Gempa diangkat dengan jari telunjuknya agar dia dapat melihat wajah manis itu.

"Ke..kenapa?" Gempa bertanya. Sedikit gugup kerana renungan mata daripada pihak lawan.

Halilintar tersenyum, anak matanya jatuh pada bibir mungil Gempa yang merah seperti mengundangnya untuk dimakan.

Gempa diam dan mulai pelik apabila Halilintar perlahan-lahan mendekatkan wajah kepadanya.

Apa dia nak buat? Muka aku ada benda ke? Bisik hati Gempa yang kehairanan dan amat polos.

Sipi lagi bibir mereka mahu bertemu..

Ding dong!! Bunyi loceng yang di tekan ganas kedengaran, mengejutkan mereka berdua.

"Halilintar! Mana kamu nak! Bonda dan papa dah balik ni! Dasar anak derhaka, bonda telefon tak angkat! Buka cepat pintu ni!!"

"Apa lama sangat ha? Halilintar! Kamu main apa lama sangat ha? Main kuda-kuda dengan menantu bonda ke? Halilintar!!!"

Halilintar dan Gempa menutup cuping telinga dengan jeritan yang maha kuat itu, mahu bergegar rumah ini rasanya.

Wajah Halilintar memerah mendengar perkataan ibunya, dia mengerling Gempa yang menatapnya dengan wajah polos.

"Main kuda-kuda? Apa tu?"

Dia berdeham kerana diserang dengan soalan terlebih polos daripada Gempa.

"Maaf Gem, tu bonda aku. Dia memang macam tu, abaikan apa yang kau dengar tadi. Kata-kata dia memang menyesatkan, so abaikan."















Tbc...

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now