Part 27

567 69 4
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Gempa menatap kubur arwah ibu bapanya. Dia tersenyum teduh.

Batu nisan yang terukir nama mereka, dia belai.

"Ayah, ibu..."

Nafas ditarik dan dihembus.

"Walaupun ibu dan ayah benci Gem dan tak anggap Gem anak.. Gem tak marah. Gem tetap sayang ibu dan ayah.."

Tes..

"Gem terima buruk dan baik ibu ayah. Terima kasih sebab buat Gem ada di dunia ni, tanpa korang tak adanya Gem kan?"

Gempa menahan esakkan, dadanya terasa sakit. Air matanya berderu-deru keluar.

"Hiks.. Gem harap korang berdua bahagia di atas sana. Gem rindukan ibu dan ayah. Rindu sesangat. Tolong doakan Gem supaya kuat jalani kehidupan yang penuh kejam ni."

Senyum duka terlakar. "Gem minta maaf sebab tak dapat banggakan korang. Maafkan Gem ibu ayah. Gem janji akan banggakan ibu dan ayah."

Dia mengusap pipinya yang basah oleh air mata.

"Tunggu Gem ya? Kalau dah tiba masanya, kita akan bertemu lagi."

Langit yang gelap, dia tatap. Mungkin sebentar lagi akan turunnya hujan.

"Ibu, ayah Gem balik dulu ya? Kalau ada masa, Gem datang jenguk lagi."

Batu nisan kedua ibu bapanya dikucup.

"Gem sayang ibu dan ayah.."

•••••

"Esok hari terakhir kita sekolah kan? Akhirnya tamat juga  zaman sekolah. Pening dah aku hadap exam yang memenatkan."

Ice mengeliat malas sambil mengacau airnya dengan straw. Perbuatannya mengundang tawa kawan-kawannya.

"Betul tu, tak sangka dah nak masuk tahun baru kan? Tahniah untuk korang. Lepas ni korang nak sambung belajar kat mana pula?"

Semua mata terarah pada Gempa.

"Kami belum tahu lagi, kau pula Gem?" Ice menyiku Blaze dengan pertanyaan lelaki itu.

"Sorry Gem, aku lupa yang kau berhenti sekolah. Mesti payah untuk kau sambung belajar." Kata Blaze. Belakang lehernya digaru. Bersalah.

Gempa hanya tersenyum sahaja, kepalanya digeleng.

"Tak apa, aku tak masukkan dalam hati pun." Balasnya.

Blaze menghela rasa lega kerana Gempa tidak terasa hati dengan ucapannya barusan.

"Hali, kenapa kau diam aje? Ke kau ada benda nak cakap?"

Kini semua mata teralih pada Halilintar yang sedari tadi hanya membisukan diri.

"Tak ada apa, cuma.."

"Cuma?"

Halilintar hela nafas, anak matanya jatuh pada seseorang yang dari dulu sentiasa berada dalam hatinya. Gempa.

Dia bersyukur yang Gempa sudah kembali kepada asal, tidak lagi terpuruk dan mengalami trauma yang berat kerana kehidupannya yang penuh dengan drama. Walaupun masih suka bersendirian.

"Aku akan ke luar negara."

Serangkai ayat yang keluar daripada mulut Halilintar mampu membuat Gempa memandang orang di hadapannya. Tangannya tergenggam.

"Ke luar negara?"

Ice perasan akan perubahan Gempa, namun dia senyap dan mengerling Halilintar. Menunggu balasan sang sepupu.

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now