Bab 2

695 83 68
                                    

Mawar sudah sedia menutup matanya apabila dia sedar dirinya akan menyembah bumi. Tetapi dirinya seakan-akan terapung di atas angin. Badannya terasa dipeluk oleh seseorang. Dia membuka mata untuk melihat siapa gerangan yang memeluk dirinya. Tubuh jejaka itu yang terperosok di atas jalan raya dipandang dengan penuh terkejut.

'Eh mamat hoodie tu.' ujar Mawar di dalam hati.

"Kau buta ke? Lain kali tengoklah jalan sikit. Kalau aku tak ada nak selamatkan kau, matilah kau."

'Apa kisah aku pula lagipun semua orang memang nak aku mati kan.' kata Mawar di dalam hati.

Kemudian, mereka berdua mengeluarkan diri mereka daripada tempat kejadian tadi dan menuju ke stesen bas.

"Aku dah cakap kau akan derita bila dengan aku."

Mawar membisukan dirinya sebentar dan menganggukkan kepalanya.

'Alah derita pun aku dah terbiasa.'

Lalu si jejaka itu melangkah meninggalkan Mawar di stesen bas tersebut. Mawar pula pergi mengekori si dia tanpa pengetahuannya. Tiba-tiba, tangan si jejaka itu dipenuhi darah yang mengalir dari belakang lengannya. Lengan hoodienya pun terkoyak. Dahsyat.

Mawar yang ternampak darah yang mengalir di lengan jejaka itu segera menuju ke arah tubuh jejaka tersebut dan dengan selambanya menarik tangan jejaka itu.

"Jangan follow aku."

"Eh, tangan awak berdarah!" kata Mawar dengan air mata yang mengalir di pipi.

Rykarl terkedu melihat si gadis itu menangis disebabkannya. Hatinya dihimpit rasa bersalah. Hatinya terasa berat.

"Awak ikut saya pergi ke hospital"

"Tak payahlah ke hospital. Doktor bukannya boleh dipercayai pun. Lagipun ni luka ringan je." Jejaka itu menolak pelawaan Mawar.

"Ringan apanya! Tak nampak ke banyak sangat darah tu?!" tengking Mawar tanda risau.

"Tak, kau risau sangat ni kenapa?"

Ya, Mawar berasa serba salah terhadap si jejaka itu walaupun sebenarnya bagi Mawar semua lelaki tidak mudah dipercayai. Taklah semua. Tetapi si jejaka itu berbeza sungguh baginya hanya kerana selamatkan dia dari terlanggar lori.

Mawar selamba menarik tangan Rykarl dan menuju ke hospital berdekatan dengannya.

***

Fikirannya kusut memikirkan air wajah Mawar apabila melihat luka di tangannya tadi. Dia berjalan perlahan-lahan dan menuju ke satu bangku yang disediakan di hospital. Sambil itu juga, dia melihat tangannya yang dibalut dengan kain putih.

Muncul Mawar yang tiba-tiba duduk di sebelahnya.

"Ha hidup pun kau." kata Rykarl.

"Tangan awak okey tak?"

"Pasal life aku, kau tak payah tanya. So sekarang ni izinkan aku balik."

"Eh sebelum tu, nama awak apa?" tanya Mawar ingin tahu.

"Tak payah tahu"

"Dah lah sombong betul mamat ni. Bye!"

***
Mawar membaringkan dirinya di katil. Oh ya, dia sudah sampai di rumah. Terpaksalah dia melayan bebelan Sara setelah dia memberitahu kejadian dia dengan jejaka hoodie tersebut.

Mawar melepaskan keluhan berat. Entah kenapa otaknya ligat memikirkan tentang jejaka itu. Terbit rasa kasihan terhadap si jejaka itu.

"Kenapalah hidup aku ni asyik menyusahkan orang sekeliling? Betullah cakap ibu yang aku ni beban." Mawar berkata seorang diri.

MAWAR ARLYAWhere stories live. Discover now