Bab 3

614 85 74
                                    

Sebuah kereta Lamborghini yang dipandu olehnya itu memecut dengan kelajuan yang tinggi tepat ke arah orang tua itu. Rykarl yang melihat perbuatan orang tua di hadapan keretanya itu tidak dapat melepaskan kemarahan. Rykarl menggenggam tangannya sendiri dengan kuat pada stereng kereta tanda kebenciannya terhadap orang tua tersebut.

Niatnya yang ingin menempah maut orang tua itu diberhentikan secara tiba-tiba oleh kerana satu pesanan yang disampaikan oleh orang tersayangnya.

"Ry, kalau ada apa-apa terjadi pada mama, lupakan je hasrat Ry. Dia ayah kamu sendiri." pesanan ibunya mula terngiang di benak fikirannya.

Nyaris sahaja dia ingin melanggar orang tua yang ingin memasuki ke dalam syarikatnya.

"Untunglah papa. Tunggulah nanti."

***

Setelah habis shif petang, Mawar menutup pintu kaca di kafenya dan memusingkan papan tanda yang tergantung di pintu tersebut kepada perkataan close. Sebaiklah, hari ini kafe tutup awal, bolehlah dia rest. Dia mencari telefonnya dari dalam beg tangannya dan mula melangkah untuk pulang ke rumah.

Seseorang mula melanggar bahu Mawar dan telefon pintar milik Mawar terjatuh. Entah, kenapa hari ini dia asyik kena langgar bahu je! Gerangan itu mula mengeluarkan suaranya.

"I'm sorry." kata gerangan itu lalu menolong Mawar.

"It's okey. Bukan salah awak." balas Mawar lalu mengambil telefonnya yang terjatuh tadi lalu memasukkannya ke dalam beg tangannya.

"Wait, are you Mawar?" soal gerangan tersebut.

"Awak kenal saya ke?" soalan dibalas soalan.

"Lah, ini akulah budak gempol. Kau tak ingat ke?"

"Gempol? Awak Amirul Haikal ke?" kata Mawar yang cuba mengingati masa persekolahannya dahulu. Seingat dia, semasa dia di sekolah dulu, dia tiada kawan dan pernah menyelamatkan seorang budak berbadan gempal dibuli oleh beberapa orang pelajar. Dari situlah, mereka mula menjadi kawan rapat.

"Siapa lagi?"

"Amirul! Kau dah kurus lah sekarang. Dulu gemok, perut buncit pula tu. Makan je kerjanya."

"Fuh mulut kau. Aku makin hensem, okey!"

"Eh, perasanlah kau."

Mereka kemudiannya menuju ke kafe yang terletak jauh sedikit dari kafe tempat Mawar bekerja. Mereka berborak begitu lama tentang kenangan semasa persekolahan dahulu. Yalah, dah lama tak jumpa kan?

Walaupun Amirul lebih muda 5 tahun daripada Mawar, tetapi mereka tetap menggunakan bahasa tidak formal seperti kawan sebaya yang lain.

"Kau dah kahwin belum?" Soal Mawar yang berhadapan dengan Amirul yang sedang menghirup air americano.

"Asal? Kau nak kahwin dengan aku ke?" Amirul sengaja mengusik.

"Eh, kau ni kan! Kalau tak perasan tak boleh ke?"

***

Di tempat yang sama juga, kereta yang dipandu oleh Rykarl itu berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Kegeramannya itu bertambah lagi apabila melihat Mawar bersama seorang lelaki lain dari cermin keretanya.

"Tu bukan budak hingusan tu ke? Amboi, kemain gatal eh kau!" Rykarl berkata sendirian.

"Acah alim aku tengok kau." Rykarl mendengus.

Lampu isyarat mula bertukar hijau. Rykarl memecut keretanya ke destinasi yang akan dia tuju. Mansion.

***

MAWAR ARLYAWhere stories live. Discover now