16 장

728 99 0
                                    

Tergelak Jaehyun melihat wajah takut-takut Nara saat itu. Sengaja dia makin dekatkan wajah pada gadis itu.

"Awak!" Menderam geram Nara padanya. Terjegil matanya.

"Apa?"

"Tak boleh ke lepaskan saya?"

Pandang tangan kanan dan kirinya yang mengepung Nara di dinding sebelum dia memandang wajah gadis itu semula.

"Kalau aku tak nak?"

"Awak nak apa sebenarnya ni?"

"Boleh kau tolong jangan melawan cakap aku?" Soalan berbalas soalan. Anak mata Nara dipandangnya dalam.

"Okay saya tak akan melawan lagi cakap awak." Akur Nara.

"Aku tak percaya."

"Habistu saya nak kena buat apa?"

"Berjanji."

"Janji?" Berkerut dahi gadis itu memandangnya.

Anggukkan kepala sekali menjawab kata-kata Nara.

"Saya janji saya tak akan melawan awak lagi. Saya akan ikut apa yang awak nak. Kalau saya mungkir janji awak boleh buat apa-apa sahaja pada saya. Kalau awak nak bunuh saya pun boleh."

"Bagus... Aku suka dengan orang macam kau. Menurut sahaja. Mudah kerja aku." Dilepaskan tubuh Nara bebas.

Ambil semula barang yang dia nak bagi pada Nara, dia hulurkan pada gadis itu.

"Apa ni?" Tunduk memandang beg kertas yang dihulurkannya, Nara mengambilnya.

"Aku ada belikan beberapa baju untuk kau. Dalam tu juga ada aku belikan telefon dan simkad baru."

"Tapi mana telefon lama saya?"

"Aku simpan."


[COMPLETED] MAFIA 마피아 (JAEHYUN) Where stories live. Discover now