Jarinya menyentuh jari manis yang tersarung cincin tunangnya.
Ya, dia dah tunang. Dengan siapa lagi kalau bukan Jaehyun.
Selepas mama bagi nasihat terus dia terima, kemudian Jaehyun pula berbincang dengan mama nak buat majlis tunang secepatnya. Dua minggu kemudian mereka terus melangsungkan majlis.
"Nara!"
Terhenti lamunannya mendengarkan suara jeritan mama panggil dari bawah. Keluar dari bilik dia mendapatkan wanita itu.
"Kenapa mama?"
"Ni tolong mama. Jae nak datang petang ni."
Berkerut dahinya. Jaehyun nak datang? Bukan ke Jaehyun sekarang sedang berada di Jepun atas urusan kerja.
"Kenapa Nara tak tahu Jae balik harini?"
"Dia nak buat surprise agaknya."
"Tak jadi surprise dia bila mama dah bocorkan rahsia."
Sekilas mama memandangnya.
"Tunang tak beritahu pun nak merajuk lah tu." Perli mama yang perasan wajahnya sudah bertukar masam.
"Mana ada merajuk. Kecewa aje. Macam mama pula tunang dia."
Tidak semena- mena lengannya ditampar.
"Mulut tu kan mama cili nanti. Nak sangat dapat papa tiri muda ke? Merana Nara nanti."
"Eee mama ni berani lah nak duakan papa Nara."
"Dah cepat tolong mama ni." Mama meletakkan pisau diatas papan pemotong lalu menyuruhnya sambung memotong sayur yang masih berbaki disitu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] MAFIA 마피아 (JAEHYUN)
NouvellesMerenung segenap ruang yang menempatkan hampir setengah bulan. Buntu Nara mencari jalan keluar. Melihat kalendar yang terpapar di dinding. Nara pasti semua orang pasti risau akan kehilangannya. Terutama sekali tunangnya. Gila! Lelaki bertubuh tega...