BAB 2

3 0 0
                                    

(Maaf nama watak bertukar dari Ainun ke Ainul... cite asal watak bernama Ainul...ibu dah keliru...)

AINUL mengemaskan barang- barangnya memandangkan kelasnya telah tamat. Dia masih ingat ketika dia menganggur setelah tamat pengajian.

"Kemas jahitan Ai ni." Puji Cikgu Mastura.
"Ala cikgu..."
"Hish kamu ni asyik.lupa je... kan suruh panggil mama."
"Maaf, dah biasa masa sekolah dulu."
"Ai pun dah tamat sekolah. Mama pun dah pencen."
Ainul tunduk.
"Mah, rasanya ada eloknya Ai ni pergi kursus jahitan sementara menganggur ni."
"Nak belajar kat mana Mas?"
"Yalah mama, nak ambil kursus tu mahal..."
"Kalau Ai setuju, mama uruskan."

"Ai!" Dia disergah. Habis bertebaran memorinya kerana mamat lembut seorang ni. Syakur, sahabatnya sejak dia menyertai kursus jahitan.
"Kalau sehari tak sergah aku tak sah ke?" Marah Ainul. Marah manja je pun. Syakur sahabat baiknya yang banyak membantunya.
"I tengok you termenung dari tadi... I kat sebelah pun tak nampak...merajuk I."
"Ala-ala...jangan buat muka toya tu kat sini. Meyampah."
"Ai, I dah buat muka cute you cakap toya... eh apa yang you menungkan tu?"
"Kita dah nak tamat belajar... aku tak tahu macamana nak naikkan taraf dari tukang jahit kampung..."
"Apa kata kita cuba buka kedai jahit."
"Kan mama kau ada butik."
"Ala, I malaslah kerja dengan family ni. Terutama dengan mama, masalahlah."
"Kau untung Sya, family sentiasa bentu kau."
"Dont talk about my family tetapi kita fikir masa depan kita."
"Kita?"
"Ya, you and I bergabung, menjadi satu."
"Apa yang kau merepek ni?"
"Siapa yang merepek, otak you yang kuning, I ajak untuk join perniagaan bersama."
"Nak buka kedai jahit? Tapi dekat sini dah banyak saingan."
"I dengar ada kedai baru akan dibuka oleh MARA. Cuba you memohon."
"Thanks Sya, aku bangga dapat kawan macam kau, selalu membantu."

AINUL pulang dengan angan yang besar. Dia tidak sabar mencari tapak.
"Hai senyum je dari tadi, jumpa pak we ke?"
"Hiss kak ni, mana ada pakwe. Mak mana?"
"Waktu macam ni mak kan pergi kelas ngaji. Ada berita baik ke?"
"Kak tahu tak kat mana kedai MARA yang dibuka."
"Tu, dekat simpang tu, kenapa?"
"Kalau Ai buka kedai apa pendapat kak?"
"Elok lah tu, tak kan nak jadi tukang jahit kampung je. Tak lah membazir duit cikgu bantu."
"Tak terbalas jasa cikgu pada keluarga kita kan kak. Eh, kak tak memasak kat rumah cikgu ke?"
"Dia orang tak ada, balik kampung."
"Patutlah relax je."
Rohayu menampar peha Ainul.
Malamnya ketika Ainul menyiapkan jahitannya, ibunya bertanya soalan yang sama.
"Ai cadang nak buka kedailah mak."
"Elok sangat le tu. Sekurang kurangnya bukan orang kampung ni je yang tahu hasil tangan kamu. Kamu dah bagi tahu cikgu?"
Ainul menggelengkan kepala.
"Lebih baik berbincang dengan dia dulu. Tanya pendapat dia."
Ainul akur. Cikgu Mastura menjadi penasihat dalam semua kehidupannya selama ini. Dia menghormati cikgu kesayangannya itu.

Awal pagi Ainul telah berada di rumah keluarga Baharom. Setelah beberapa hari mereka sekeluarga bercuti. Memang menjadi kebiasaan, sarapan pagi akan disediakan oleh Rohayu dan Ainul akan menyerahkan kepada cikgunya apabila cikgunya memanggilnya. Tetapi kali ini dia datang dahulu sebelum dipanggil.
"Nak apa?" Muncul Rahmah di depan pintu. Wajahnya tidak pernah sekali pun tersenyum kepada Ainul. Hanya wajah seribu kebencian yang terpancar.
"Ni sarapan."
Ainul menyerah bungkusan yang mengandungi nasi lemak dan kuih muih. Rahmah mengambil bungkusan tersebut. Dia ingin menutup pintu.
"Mak cik..."
"Nak apa lagi?"
"Cikgu ada..."
"Siapa tu Mah?"
"Ni Ainul... nak jumpa kakak."
Cikgu Mastura muncul di depan pintu.
"Dah, kamu hidangkan sarapan tu, kakak nak berbual dengan Ainul." Rahmah berdengus. Ainul tahu hanya kebencian di mata Rahmah. Apakah salah dan dosanya, dia tidak tahu.
"Ai, kenapa ni?" Tanya lembut dari Mastura sambil menutup pintu rumahnya. Dia mengajak Ainul duduk di kerusi batu di halaman rumahnya.
"Mama tahukan tidak lama lagi Ai akan tamat pengajian."
"Kamu nak mama dan papa hadiri majlis graduasi kamu ya?"
Ainul mengorak senyum.
"Memang nak mama bawa mak ke sana. Cuma... Ai... Ai..."
"Cakaplah Ai, Ai perlukan duit ke?" Tangan Ainul di raih dengan penuh kasih sayang.
"Tak... Ai... Ai cadang nak buka kedai..."
"Alhamdulillah .... Ai nak buka kat mana? Perlukan modal berapa ribu?"
"Tak...Ai cadang nak buat pinjaman bank je mama..."
Wajah Mastura berubah.
"Mama..."
"Mama faham... nanti mama berbincang dengan papa... Ai tak perlu risau, Ai tumpukan perhatian pada pelajaran dulu ya. Mama nak masuk dulu... sian papa makan seorang."
Ainul menyalami Mastura sebelum memohon diri. Dia tahu cikgu kesayangan kecewa kerana dia menolak bantuan beliau. Selama ini cikgunya telah banyak membantunya sekeluarga. Ainul melangkah lemah balik ke rumahnya. Namun begitu dia dapat merasa dirinya diperhati. Apabila dia memandang sekeliling, hanya dirinya sahaja di halaman rumah tersebut. Mungkin perasaannya. Ainul pulang ke rumahnya.

Ainul  membelek jubahnya. Dia bangga dengan hasil tangannya. Walaupun mereka telah lama tamat pengajian, dia tetap datang ke kolej atas permintaan pensyarahnya. Tahun ini teamnya diberi kepercayaan untuk menhasilkan jubah graduasi.
"Aiiii...... " Nyaring suara bergema dalam bilik persalinan.
'Si Lembut kalau tak kecoh satu hari memang tak sah, memeriahkan suasana.'
"Ai, bangganya I bila menyarung jubah hasil tangan sendiri." Syakur membelek jubah miliknya.
"Student... eh silap... Graduan semua, saya  bangga dengan kamu semua. Kita berikan tepukan kepada diri kamu yang sanggup mengorbankan masa untuk jubah ini. Tahun ini mereka menyiapkan bukan sahaja untuk falkuti kita tetapi untuk seluruh kolej. Tahniah." Pensyarah mereka bertepuk bangga. Sememang setiap tahun Falkuti mereka menghasilkan jubah khas untuk mereka  tetapi tahun ini dia menunjukkan hasil rekaan Ainul dan mendapat sambutan pihak atasan. Semua pelajarnya berkerjasama untuk menyiapkannya.

Hati seorang ibu begitu bangga apabila sekali lagi mendengar nama anaknya yang berjaya mengharumkan kolej. Ainul sentiasa membanggakan hatinya.

Ainul gembira kerana semua ahli keluarganya dapat meraikan kejayaannya kali ini. Dulu hanya Mama dan Maknya yang hadir.
"Tahniah Ai... Papa bangga bila dengar nama Ai disebut tadi. Bukan saja sebagai pereka jubah dan sebagai pelajar terbaik. "
"Terima kasih..."
"Aiiiiii....." Dengan lemah gemalai Syakur menghampiri Ainul sekeluarga. Ditangannya ada sejambak bunga.
"Wah Sya, kau dapat bunga dari secret admirer ke?" Usik Ainul.
"Untung kalau I yang dapat... handsome orangnya, terpikat I... malangnya untuk you." Syakur menjebikkan bibirnya.
"Untuk aku, siapa bagi?"
"Mana I tahu, cari le sendiri... Ok bye semua, saya nak jumpa family." Syakur beredar meninggalkan Ainul.
"Hish, si lembut ni."
"Ai, tak baik tau ngata orang."
"Maaf, mak."
"Amboi dapat bunga dengan teddy bear sekali, siapa bagi?"
"Entah, kak Ayu... tak tulis pun... buang je lah."
"Tak baik buang pemberian orang. Hargailah apa saja yang orang beri. Dia ikhlas memberi, kita ikhlas menerima." Nasihat ibunya. Ainul akur. Dia memeluk bunga tersebut sambil memerhati sekeliling. Dia tidak tahu ada yang memerhatinya dengan senyuman.

HANYA TUHAN YANG TAHUWhere stories live. Discover now