BAB 3

4 0 0
                                    

AINUL mengemas rumah setelah ibu dan kakaknya keluar menoreh. Sejak ada Rohayu, Ainul tidak di benarkan oleh Halimah untuk mengikutnya. Dia lebih mengharapkan AInul menguruskan kerja di rumah. Sudah seminggu majlis graduasinya berlalu, Ainul masih tidak mendapat jawapan dari Cikgu Mastura.
'Sabar Ainul, tak lari apa yang kau kejar. Lagipun masih awal untuk memulakan pekerjaan... sekarang kau harus enjoy!' Ainul membuat gaya salah seorang artis terkenal. Setelah selesai kerja di dalam rumah, AInul melihat ke arah jam. Begitu pantas masa berlalu. Tidak lama lagi ibu dan kakaknya akan pulang dari kebun. Setelah berpuas hati dengan kerjanya Ainul mencapai tuala untuk keluar rumah. Kepalanya di tutup dengan tuala untuk menyidai kain. Sambil menyanyi kecil, Ainul menyidai kain. Dia masih ingat ketika dia masih kecil, ibunya selalu membasuh baju dengan tangannya. Kepenatan pulang dari kebun, ibunya akan terus membasuh baju. Bila meningkat usia, Ainul turut membantu ibunya membasuh setiap kali dia cuti sekolah. Namun begitu tidak lama apabila keluarga Baharom membeli mesin basuh baharu. Mesin lama yang masih elok di berikan kepada keluarga Ainul. Sejak itu sebelum ke sekolah, dia akan membasuh baju dan ibunya akan menyidaikannya. Kenangan semasa kecil membuat dia tersenyum.
"Amboi gembira nampaknya..." Suara garau menegurnya. Ainul membetulkan tualanya sebelum berpaling. Dia tidak mahu mahkotanya menjadi tontonan si suara garau. Sebaik berpaling, dia terpaku melihat wajah bersih dan bercahaya di hadapannya.
'Siapakah pemuda ini?'
"La di sini rupanya, dah lama Mak Ton dan Farid sampai. Beri salam kamu tak menjawab sampai Farid cari kamu ke belakang ni... Dah Farid, pergi ke depan, Mak Limah bukakan pintu." Pemuda tadi akur dan berlalu dari situ. Ainul segera masuk ke dalam rumah.

"Masuk Ton, Farid, budak bertuah tu duduk kat belakang...tak dengar kamu beri salam." Kedengaran suara Halimah di ruang tamu.
Farid... Ainul bermonolog. Dah lama aku tak jumpa dia... sejak sekolah lagi...bertambah kacak... Ainul tersemyum sendirian. Kenangan remaja kembali menerjah.

              €€€€€€€€€

"Ai!" Namanya di laung kuat. Ainul menoleh ke belakang.
"Lajunya kau kayuh, penat aku kejar."
"Aku tunggu kau tapi kau lambat... ari ni kan ada perhimpunan."
"Ala...dulu kau tak macam ni pun."
"Dulu lain lah Ed... dah kalau bwrsembang cam ni, tak sampainya ke sekolah." Ainul mengayuh semula basikalnya. Mereka seiringan sampai ke sekolah. Memang sejak dari dulu mereka ke sekolah bersama tetapi semakin lama Farid mengelakkan diri untuk bersama mereka. Namun setelah Akmal  melanjutkan pelajaran, Farid kembali bergandingan dengannya.

Sewaktu perhimpunan, Ainul paling awal berada di tapak perhimpunan. Dia tahu tugas dan tanggungjawabnya.
"Ai, tolong aku." Yazid, sahabat baiknya menghulurkan tali lehernya. Ainul faham dan mengikat tali leher sebelum menyarungkan ke leher Yazid.
"Thanks, kaulah wirawati aku."
"Sampai bila kau nak belajar ikat tali leher ni."
"Selagi aku ada kau."
"Eh, aku bukan bini kau tau."
"Kalau jadi bini apa salahnya..."
"Kau ni..." Ainul cuba menarik telinga Yazid tetapi Yazid mengelak sambil ketawa. Ainul tahu dia tidak dapat melakukannya memandang Yazid lebih tinggi darinya.
"Malaslah kawan kau." Ainul memalingkan badan dan melihat ke arah pelajar yang mula membuat barisan.
"Ai...marah ke?"
Ainul tidak menjawab. Dia terus memandang  ke arah guru yang berjalan ke tapak perhimpunan.
"Ala, aku gurau je... tak nak le aku jadi boyfriend kau...lebam muka aku kena kerja dek Akmal."
"Bercakap tentang Akmal... tolong aku..."
Ainul tersenyum sambil menyerah sekeping sampul surat.
"Tiap-tiap minggu kau hantar surat pada dia... dia balas ke?"
"Tentulah, kami dah berjanji akan hantar surat setiap minggu." Ainul tersenyum lebar.
Tiba-tiba kepala Yazid dipukul seseorang. Yazid menggosokkan kepalanya sambil memandang ke belakang. Cikgu Shaari tersenyum.
"Apa ni cikgu...sakit la."
"Kamu tu ketua pengawas, guru sedang berucap boleh pula bersembang."
"Ala, cikgu pun sama... barisan belakang ni tempat pengawas...bukan tempat cikgu displin."
Ainul hanya menutup mulut menahan ketawa. Dia tahu cikgu displinnya, yang mereka panggil abah disebabkan sifat kebapaannya, hanya bergurau. Mereka hanya membalas senyuman dan tumpu perhatian kepada ucapan pengetua. Ainul tidak sedar ada sepasang mata yang memerhatikannya.

Ainul pulang lewat hari itu kerana ada kelas tambahan. Sewaktu keluar pagar sekolah, mereka bergurau senda sesama sendiri. Ainul mengayuh basikal keseorangan hari itu.
"Ai!" Dia disergah membuat dia terkejut dan hilang kawalan kayuhannya. Ainul terjatuh.
"Ai....maaf...maaf."
"Kenapa sergah Ai macam tu... sakit tau jatuh."
"Mana sakit, mari aku tengok."
Farid cuba memengang tangan Ainul. Ainul menarik tangannya dan mengelak dari dipegang. Dia bangun sendiri.
"Amboi, aku nak pegang tak boleh, tapi dengan jantan tu kau boleh mesra. Kau ni memang perempuan tak ada maruah... dulu dengan Akmal, ni dengan jantan tu pula... perempuan sundal!" Farid mencapai basikalnya dan beredar dari situ meninggalkan Ainul. Ainul kebingungan.
"Ai..." Yazid menghampiri Ainul.
"Yazid, kau dari mana?"
"Kau lupa ye... tadikan aku guna buku kau... aku nak pulangkan lah... aku nampak kau jatuh... Farid buat apa kat kau?"
"Dia tak buat apa-apa lah... aku terjatuh."
"Tu mamat tu blah macam tu je... bukan nak tolong kau."
"Salah aku pun."
"Dah... jom aku hantar balik."
"Naik motor kau? Maaf je le."
'Aku tak nak jadi fitnah lagi Yazid... takut sampai ke telinga abang Akmal.'
"Habis tu..."
"Aku boleh naik basikal ni perlahan-lahan."
Ainul menaiki basikalnya dan tidak mahu menunjukkan kesakitannya kepada Yazid. Yazid mengekorinya dari belakang.

Sejak peristiwa itu Farid mula menjauhkan diri darinya. Malahan Farid mengelak untuk bertbung dengannya. Ainul susah hati dengan perubahan drastik Farid. Hatinya juga mulai resah kerana Akmal sudah lama tidak membalas suratnya. Adakah Akmal melupai janjinya.

Ainul termenung di dalam kelas. Dia tidak menghiraukan rakan-rakannya yang lain.
"Ai, kenapa ni?" Tanya Yazid. Dia duduk di atas meja Ainul.
"Tak ada apa-apa." Ainul menjawab dengan malas.
"Ai..." Yazid memandang ke arah Ainul. Namun begitu Ainul hanya memandang keluar dengan pandangan kosong.
"Hoi Sarjan Osman... tuan puteri kita sedang berduka... hiburkan tuan puteri kita..."
"Hai tuan puteri, kenapa bergundah gulana..." Osman segera mendekati Ainul dan menunduk hormat. Osman memang dikenali sebagai penglipurlara dan penghibur di dalam kelas.
"Wahai penyamun semua, jom hiburkan tuan puteri kita..."
Sepontan beberapa pelajar berdiri di hadapan kelas.
"Ya habibi ali baba..." Osman terus menyanyi diikuti oleh rakan- rakannya. Berderai tawa apabila melihat Osman dan gengnya bergelek. Ainul turut tersenyum.
"Kan berseri kelas ni." Yazid turut tersenyum sebelum melompat turun dari meja.
"Kenapa bising ni!" Marah Puan Chan. Serta merta kelas menjadi sunyi.
"Waktu apa sekarang ni?"
"Sivik.."
"Siapa ketua kelas?"
"Raja..."
"You, Yazid, Ainul...and Raja... come here."
"Mrs. Chan...sorry la." Yazid merayu bagi pihak rakan sekelasnya.
"You tau tak, kelas you adalah kelas contoh... semua pelajar terbaik..."
Semua pelajar tertunduk tidak berkata apa-apa.
"Sekarang waktu kelas sivik kan. Kamu semua kena tunjuk sivik yang baik... pergi padang dan cabut kemuncuk.... sekarang!"
Semua pelajar akur.

HANYA TUHAN YANG TAHUWhere stories live. Discover now