BAB 5

4 0 0
                                    

AINUL  merebahkan badannya di atas katil. Dia tahu katil itu berusia lebih dari umurnya tetapi dia tetap menghempaskan badannya. Kepenatan bekerja sepanjang hari membuat dia melepaskan lelahnya di atas katil.
"Sepatutnya Ai..."
Suara Farid kedengaran semula ditelinganya. Dia tertanya tanya maksud Farid tentang ayatnya. Ainul memejamkan matanya. Wajah Farid terbayang semula. Memang ketara perbezaan wajahnya semasa sekolah dahulu. Wajah Farid menampakkan matang dan tenang. Nur keimanannya jelas kelihatan. Suaranya lembut tuturnya dan menenangkan jiwa. Tentu dia menjadi pujaan gadis remaja di sekolahnya. Bertuah gadis yang bernama Afruz Diana. Adakah dia cemburu? Tak... selama ini dia hanya menganggap Farid sebagai sahabatnya. Dia tidak pernah ada hati kepada sesiapa. Adakah hatinya masih mengharapkan seseorang? Ah... tak mungkin. Insan yang selama ini bertahta di hatinya mungkin telah melupakannya. Ainul melihat ke arah rumah jirannya.
'Adakah aku masih merinduinya?' Ainul mengesat airmata yang membasahi pipinya. Dia tidak menafikan bahawa hatinya hanya milik Akmal Firdaus. Tiada siapa mampu mengambil tempat lelaki itu di dalam hatinya.

Tanpa Ainul sedari ada sepasang mata yang memerhatinya sejak dari tadi. Hatinya merasa sayu saat melihat Ainul menyeka air matanya. Apabila melihat tingkap bilik Ainul telah ditutup, dia melangkah longlai masuk ke dalam rumahnya. Tidak dapat dia membendung perasaan rindunya. Dia inginkan kebahagiaan di masa lalu tetapi dia merasa bersalah terhadap AInul. Dia yang selama ini menjauhkan diri dari Ainul. Dia yang membuat Ainul menderita. Kenangan lalu terbayang di ruang matanya.

                  ######################################%%%%#########################

Memulakan pengajian di bumi asing memang mencabar kepadanya. Malahan hanya dia seorang dari sekolahnya. Namun begitu dia cepat mesra. Dia sentiasa merindui Ainul dan menolak kehadiran mana-mana gadis mendekatinya. Namun dia perasan ada seorang gadis yang cuba mendekatinya.
" Mal, kau tengok minah saleh tu asyik tengok kau lah." Usik sahabatnya Fahmi.
"Minah mana pula ni?"
"Yang selalu tegur kau tu."
"Ah' malas aku layan dia."

Namun begitu gadis itu terus berusaha mendekatinya sehingga setahun berlalu. Dia tidak nampak kelibat gadis tersebut. Mungkin gadis itu berputus asa.
"Fuyooo... sekali dia bertudung semakin cun lah." Kata Fahmi sambil mencuit Akmal. Akmal memandang ke arah Fahmi. Tanpa sengaja matanya bertatapan dengan mata gadis tersebut. Gadis tersebut tersenyum apabila tahu Akmal memandangnya. Akmal berdengus apabila menyedari kesilapannya. Gadis itu menghampirinya. Akmal mengemas bukunya untuk beredar dari situ.
"Abang, boleh tak kita bercakap sebentar?" Akmal terpaku apabila mendengar gadis itu berbahasa melayu.
"Kau nak apa? Aku tidak berminat untuk berfikir hal lain selain pelajaran."
"Saya tahu. Saya cuma mahu abang menjadi guru saya. Saya juga ingin belajar bahasa melayu lebih mendalam. Abang boleh ajar saya tak?"
"Kenapa aku? Beratus lagi pelajar melayu dekat sini.... Ni Fahmi pun boleh ajar."
"Jika abang sudi, satu hari saya akan ceritakan kepada abang kenapa saya pilih abang."
"Ala, Mal, setuju je. Aku akan bersama kau jika bersama dia." Pujuk Fahmi. Dalam diam dia meminati gadis tersebut. Akhirnya Akmal setuju.

Sejak itu mereka sentiasa bertiga sepanjang masa.  Baru Akmal tahu gadis itu muda 3 tahun darinya dan masih belum memasuki universiti. Gadis itu yang bernama Surya, nampak Akmal ketika Akmal membeli barang keperluan di kedai berhampiran universiti. Sejak itu dia mula mengekori Akmal sehingga dia mengabaikan pelajarannya. Ibu bapanya memarahinya dan kini dia perlukan seseorang untuk membimbingnya. Akmal bersetuju untuk membantunya dan menurut Surya ibu bapanya sanggup membayar berapapun bayaran yang Akmal minta.
"Surya, kerana abang ke adik memakai hijab?" Surya memandang ke arah Akmal. Tidak dapat dinafikan raup wajah tampan pemuda di hadapannya. Dia tidak menafikan hatinya tertarik dengan pemuda itu tetapi dia tahu hubungan mereka hanyalah hubungan terhalang.
"Memang sebab abang... sebab abang selalu ke musollah dan mengaji. Suara merdu abang membuat Sue tertarik mendekati Islam. Papa dah lama suruh Sue berhijab tetapi Sue masih tertarik dengan kehidupan Amerika. Abang punca semuanya." Akmal terdiam mendengar penjelasan gadis itu. Bersalahkah dia jika dia membiarkan gadis itu terkapai-kapai.

Dua bulan mendidik Surya, akhirnya Surya mengajak Akmal untuk bertemu keluarganya.
"Perlu ke?"
"Papa teringin jumpa abang. Dia ingin berjumpa dengan insan yang telah mengubah diri Sue."
"Fahmi, kau ikut aku nanti. Bila papa Sue nak jumpa abang?"
"Hujung minggu ni."

Surya mencari peluang untuk bertemu dengan Fahmi.
"Abang Fahmi. Boleh Sue jumpa abang sekejap."
"Kenapa Sue? Abang Akmal ada kat rumah."
"Sue nak jumpa abang."
"Macam hal penting je?"
"Sebenarnya penting sangat untuk papa bertemu dengan abang. Hanya abang dan papa sahaja yang boleh selesaikan."
"Apa maksud Sue."
"Ni, lihat gambar ni, macam abangkan?"
"Ya, tapi gambar lama kan Sue."
"Ya ni gambar papa Sue, itu sebab Sue nak jumpakan mereka berdua. Abang boleh kan bagi alasan supaya hanya abang Akmal je yang datang."
"Boleh je Sue. Tapi Sue janji akan cerita semua pada abang nanti."
"Bisa saja pak."
"Aik, bila belajar bahasa Indonesia."
"Pembantu rumah warga Indonesia."

Hari yang dinantikan akhirnya menjelang. Pelbagai alasan yang Fahmi berikan supaya tidak mengikuti Akmal. Nasib baik tunangnya membantunya. Akhirnya Akmal akur. Dia pergi sebaik sahaja Surya datang menjemput. Hati Akmal berdebar kerana dia tidak mahu mengikat diri dengan Surya. Hatinya milik Ainul. Tidak mungkin dia menduakan Ainul. Ainul cinta pertama dan terakhirnya. Sebaik sampai di rumah Surya, dia di sambut dengan mesra.
"Papa, Sue ada kejutan untuk Papa. Abang tunggu sini ya." Surya masuk ke dalam ruang belakang. Akmal tinggal keseorangan. Dia melihat sekeliling hiasan ruang tamu.  Tiada gambar.

"Assalamualaikum." Tegur seorang lelaki yang hampir sebaya papanya. Mungkin lebih muda dari papanya. Lelaki itu terus merangkul Akmal sebaik sahaja Akmal berpusing.
"Papa, ini abang Akmal..."
"Akmal Firdaus..."
"Papa tahu..."
"Uncle tahu..." Papa Surya berkata sesuatu dalam bahasa ibunda mereka yang Akmal tidak faham. Surya dan yang lain meninggalkan mereka berdua.
" Uncle .... macam mana uncle kenal saya?"
" Papa kamu nama Baharom dan  mama kamu nama Mastura."
"Ya..."
" Rahmah, wanita yang kamu panggil mak."
Akmal terdiam. Bagaimana lelaki ini mengetahui tentang dirinya.
"Nama papa Ahmad. Akmal boleh saja panggil papa." Ahmad mengeluarkan fail dari almarinya. Dia menyerahkan kepada Akmal. Akmal melihat wajah Ahmad sebelum mebuka fail tersebut. Terdapat beberapa keping gambarnya semasa kecil.  terdapat juga beberapa keping surat di dalam fail tersebut.
" Bacalah. Ni surat pertama."

Ahmad, maaf jika surat ini mengganggu kamu.
Berapa lama lagi Mah harus menunggu Ahmad. Kenapa awak harus pergi saat aku inginkan kamu. Kenapa biarkan aku terkapai-kapai. Keluarga aku masih tidak perdulikan aku. Mereka sibuk dengan kerja mereka sahaja. Ahmad di mana kamu?

Lembaran ke dua.

Kau sungguh kejam Ahmad. Kau tinggalkan aku dengan anak mu dalam kandunganku. Kenapa kau begitu kejam. Kamu tahu keluarga aku telah membuang aku setelah dapat tahu aku mengandung. Aku nak buang sahaja anak ini kerana aku tidak mahukan anak ini.

Akmal melihat ke arah Ahmad. Dia ingin penjelasan.
"Baca semua dulu baru papa jelaskan."
Akmal teruskan pembacaannya. dalam surat itu ada menceritakan anak Ahmad yang di kandung oleh Mah akan diserahkan kepada pasangan Baharom dan Mastura.  Ada juga menceritakan dia telah melahirkan anak lelaki yang di beri nama Akmal Firdaus. Surat terakhir mengatakan Mah ingin memutuskan hubungan mereka kerana ingin mengahwini Baharom.

"Mah ni  mak ke? Rahmah?"
"Ya, Rahmah binti Kadir. Mah ni masih muda ketika kami berjumpa. Dia seorang gadis yang bebas pergaulan. Mak dan Papa memang bersalah dan berdosa kerana bergelumang dengan maksiat. Kami tinggal serumah tanpa pengetahuan keluarganya. Keluarganya tidak mengambil tahu tentang dirinya. Papa memang mahu balik untuk mengahwini mak kamu tetapi papa hadapi masalah kewangan. Papa minta maaf Akmal."
Akmal terdiam. Patutlah sejak kecil dia di paksa memanggil wanita itu mak. Mama sering mendengar kata mak dalam urusan dirinya.
"Saya anak luar nikah?"
"Maafkan kami Akmal."
Akmal terdiam. Dia malu dengan dirinya dan Ainul. Adakah Ainul terima dirinya. Kerana malu, dia menjauhkan dirinya dari Ainul.

Ai, maafkan abang membuat kau bersedih. Abang masih tidak mampu menerangkan sebenarnnya kepada Ai. Tetapi abang rindukan Ai.

HANYA TUHAN YANG TAHUWhere stories live. Discover now