BAB 1

3 0 0
                                    

[KENANGAN]

AINUN bersiap untuk ke sekolah. Dirinya telah bersiap rapi.
"Ai!" Jerit Farid, sahabatnya dari jauh. Tidak sabar untuk ke sekolah di hari pertama. Hari ini juga mereka pertama mereka melangkah kaki ke bangku sekolah menengah.
"Jom... " Ajak Farid. Ainun mencapai basikalnya.
"Hoi... korang ni tak hormat senior!" Jerit sesorang. Mereka berdua berpaling. Akmal, sahabat mereka yqng tua 2 tahun dari mereka.
"Mana aci nak pergi dulu, kata tunggu aku."
Akmal menghampiri mereka. Ainun kagum dengan pernampilan Akmal yang kemas bertali leher. Dia sorang pengawas. Mereka bertiga bersahabat sejak dari kecil. Ainun kagum dengan 2 pemuda di sisinya dan juga guru mengajinya. Farid, anak ustaz Kamal manakala Akmal anak cikgu Mastura. Farid dan Akmal khatam Al Quran sebelum mereka memasuki sekolah. Dengan tunjuk ajar mereka, Ainun turut khatam ketika usia muda. Sejak itu mereka sering bersama bertiga ke sekolah. Namun begitu apabila masuk ke tingkatan 2, Farid mula menjauhkan diri. Ainun juga semakin rapat dengan Akmal. Ketika masing-masing sibuk dengan peperiksaan, Akmal menjadi guru kepada Ainun. Mereka semakin rapat dan Akmal tidak segan silu mengaku Ainun sebagai teman wanitanya. Hubungan mereka seperti direstui oleh ibu bapa mereka.

Keputusan PMR Ainun membanggakan. Begitu juga dengan Akmal.

Ainun melihat wajah ibunya. Dia menunjuk sepucuk surat tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
"Ai betul-betul nak ke sekolah asrama tu ke?"
Wajah sayu maknya ditatap.
"Ai tak nak berpisah dengan mak... lagipun banyak guna duit kan."
Halimah terdiam. Dia malu untuk meminta bantuan dari keluarga Baharom. Dah banyak keluarga itu membantu mereka.
"Ala mak... belajar kat mana pun sama asalkan kita usaha." Tambah Ainun lagi. Dia tidak mahu menambah kerisauan dan kegundahan di hati ibunya.

AINUN termenung di tangga rumahnya. Awal pagi ibunya masih di kebun. Dia ingin membantu tetapi dilarang oleh ibunya. Selalunya ibunya benarkan dia ikut. Hatinya tertanya-tanya kenapa ibunya bertegas tidak membenarkan.
"Ai!" Ada suara menyergahnya. Ainun berpaling.
"Abang... terkejut Ai."
"Jauh termenung tu... ingatkan siapa le tu?" Akmal duduk disebelah Ainun.
"Ai tengah fikir tentang mak."
"Kenapa dengan mak... mak tak sihat ke?"
"Tak... tapi mak tak benarkan Ai ikut dia ke kebun. Tak sampai hati nak biarkan mak seorang kat kebun."
"Ooo sebab itu.." Akmal mengguriskan senyuman.
"Kenapa senyum-senyum ni?"
"Mak aii... garangnya bakal isteri abang."
"Siapa nak kawen dengan abang... kita nak belajar lagi dan cari kerja untuk bagi mak kesenangan la..."
"Jadi Ai tak sayang abang lah..." Akmal mencebik bibirnya.
"Bukan macam tu... Ai sayang abang tapi Ai nak fikir masa depan Ai dulu. Ai nak bahagiakan mak dulu."
"Abang akan sentiasa sokong Ai."
Suasana menyepi seketika. Akmal membiarkan Ainun melayan perasaannya. Akmal menatap wajah gadis yang paling dia sayangi. Gadis begitu bermakna dalam hidupnya.

(Sehari sebelum)

"Mama..." Akmal bermanja dengan mamanya.
"Ni suara manja, mesti nak benda..."
"Ala papa ni... ma, esok nak beli barang boy kan?"
"Ya...kenapa?"
"Mak ikut tak?"
"Mak kan pagi tadi balik kampung."
"Kalau macam tu, ajak Ai... bagitahu ibu yang Ai tak payah ikut memotong."
"Ooo... ni nak bawa girlfriend jalan jalan le ni." Baharom mengusik anaknya. Dia sendiri merestui hubungan mereka. Akmal tersenyum sambil menggaru garukan kepalanya yang tidak gatal.
"Boy nak bawa kereta ke?"
"Boleh ke papa?"
"Kita jumpa kat bandar nanti. Tapi ingat Boy bawa anak dara orang, berhati hati."
"Terima kasih papa."
Mastura menyampaikan hasrat anaknya kepada Halimah tanpa pengetahuan Ainul.

"Ai, esok duduk kat rumah, tak perlu ikut ibu."
"Kenapa pula ibu, Ai kan cuti."
"Rehat lqh sehari... kan panjang cuti tu."
Walaupun hairan dengan tindakan ibunya, Ainun tetap akur.

######################

"Jom." Akmal memecah kesunyian.
"Ke mana?"
"Abang nak bawa Ai jalan jalan."
"Nak jalan ke mana?"
Akmal menunjukkan kunci kereta.
"Pergi dengan kereta nak ke mana?"
"Jalan jalan kat bandar."
"Tapi..."
"Jangan risau tentang ibu, abang dah minta kebenaran dari dia."
"Ai pergi bersiap dulu ye."
"Jangan biarkan abang menunggu lama..." Jerit Akmal.
Ainul hanya menjelirkan lidah sebelum masuk kw dalam.

Sepanjang perjalanan, Akmal tidak berhenti menyanyikan lagu cinta. Ainul tersenyum apabila mendengar nyanyian Akmal. Dia gembira di sisi Akmal. Dia dapat merasai keindahan percintaan si alam remajanya.

"Ai, sedap tak suara abang?"
"Sungguh merdu..."
"Amboi puji... nanti abang belanja Ai..."
"Ni betul, memang suara abang sedap."
"Ai dengar lagu ni..."

Ku pendamkan perasaan ini
'Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
'Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang 'ku sayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang 'ku sayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu...

Ainul terdiam mendengar dendangan Akmal.

"Ini lagu kita..." Akmal memberikan senyuman yang paling menawan. Ainul terkesima seketika.

Cikgu Mastura dan suaminya telah menunggu mereka di Pusat membeli belah. Seharian mereka menghabiskan masa bersama dengan gurau senda. Ainul begitu bahagia di sisi Akmal dan dia tidak mahu semua ini berakhir. Kenangan yang indah dalam hidupnya.

Namun begitu semuanya hanya seketika. Mereka akan berpisah. Akmal akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia akan pergi meninggalkan keluarganya dan insan yang dia sayangi. Amat sukar menerima perpisahan ini tetapi demi cita-cita, dia akan hadapi semua ini.

Ainul dijemput oleh Cikgu Mastura awal pagi tu. Menurut cikgu, Akmal telah berangkat dahulu bersama Baharom dan Fatimah. Ainul hairan kenapa keluarga Baharom begitu utamakan Fatimah. Mereka tahu Fatimah tidak menyukai Ainul sekeluarga dan cuba sedaya upaya elak dari Ainul bertembung dengan Fatimah.

Dari jauh Ainul telah nampak Akmal kegelisahan. Sebaik sahaja nampak kelibat Ainul, Akmal terus mengorak langkah ke arah Ainul.

"Cantik Ai pakai baju ni." Puji Akmal saat dia menghampiri Ainul. Cikgu Mastura berdiri tidak jauh dari mereka.
"Siapa yang pilih..."
"Abang tahu baju ni sesuai untuk Ai."
Ainul terdiam seketika. Memang sukar untuk hadapi perpisahan. Kelu lidah untuk berkata-kata. Begitu juga Akmal. Berat hatinya untuk meninggalkan Ainul.
"Ai janji dengan abang yang Ai akan tunggu abang."
"Ai akan tunggu abang, Ai risau abang yang jumpa yang lebih cantik dan pandai."
"Percayalah pada abang, Ai."

###########&#########

Percaya? Hilang semuanya kerana Akmal tidak setia. Ainul bangun dari katilnya menuju ke almari. Baju pemberian Akmal masih tersimpan kemas. Dia bercadang ingin memakainya semula di hari kepulangan Akmal. Namun begitu hari itu tiada kunjung tiba. Akmal menghilang begitu sahaja.

HANYA TUHAN YANG TAHUWhere stories live. Discover now