Requested : -littlemashi
Contents : Angst , Friendship , Memories
Jangan baca jika tidak selesa.
┌──────═━┈┈━═──────┐
Hadiah ini yang paling bermakna baginya.
"Kita simpan memori kita di camera nie ye hyung."
"Seokmin-ah, terima kasih."
└──────═━┈┈━═──────┘
Dengan tangan yang terketar, Jisoo membuka kotak di pangkuannya. Air matanya yang baru berhenti sejak pulang dari tempat itu kembali mengalir melihat benda yang berada di dalam nya.
Satu video dibuka dan gambar wajah tersenyum nya menjadi paparan. Suara Seokmin kedengaran selepas itu,
"Shua-hyung! Tengok sini!"
Jisoo terimbas kembali kenangan pertama kali Seokmin menggunakan kamera yang diberi olehnya pada ulang tahun hari lahirnya.
"Yah Seokmin-ah! Apalagi nie! Eih, kau nak bunuh hyung ke?"
Jisoo membebel geram apabila matanya ditutup dengan kain. Dapat dia dengar ketawa kecil dari Seokmin di tepinya yang mengiring dia pergi ke suatu tempat.
"Shhh hyung, ikut jelah. Aku nak buat suprise nie."
Suara garau Seokmin yang kedengaran mengusik itu membuatkan Jisoo mencebik bibir.
"Dah hyung, takmo mencebik. Kejap je... Nanti aku bukalah kain mata nie. Sejak bila Shua hyung nie tak menyabar hm?"
Kalau matanya tidak ditutup, pasti Seokmin dapat melihat matanya dijuling.
"Sejak kau buat benda alah nie lah. Nak suprise lah apelah eih. Tahukan hyung tak suka suprise."
Ketawa kedengaran lagi. Kali ini tidak ada balasan namun langkah kaki tetap diteruskan.
Bunyi siulan perlahan menghasil sebuah irama tanpa lagu menghiasi suasana senyap itu.
Jisoo suka mendengar suara Seokmin. Walaupun hanya siulan, suara lembut itu menenangkan dirinya.
Sedang dia asyik mendengar siulan Seokmin, tiba-tiba siulan terhenti dan langkah mereka juga turut berhenti.
"Okay! Dah sampai! Jap eh hyung, kejap je!"
Pegangan Seokmin di lengannya kemudian tidak terasa lagi dan bunyi langkah kaki Seokmin memenuhi ruang telinganya.
Beberapa minit menunggu, Seokmin kembali bersuara.
"Okay hyung, boleh buka penutup mata."
Tanpa berlengah, Jisoo membuka penutup matanya. Matanya dikelip beberapa kali menyesuaikan suasana.
Matanya meliar mencari keberadaan Seokmin sehingga tertancap kamera di tangan jejaka itu. Kamera yang diberi oleh nya kepada Seokmin sebagai tanda persahabatan.
"Shua-hyung! Tengok sini!"
Matanya dikelip blur dan Seokmin tergelak melihat gambar Jisoo tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/251790794-288-k161815.jpg)
YOU ARE READING
The Perfect Mask •S.VT•
Fiksi Penggemar[MALAY ONESHOT] "They did the promise tho..." "What promise?" "To stay with us." angst | seventeen • request closed !