3

36 9 0
                                    

Keesokan harinya...

"Okay kelas! Sila tumpukan perhatian anda semua!" jerit Lee saem selaku guru tarian di sekolah tersebut.

Semua pelajar yang berada di dalam bilik studio itu mula fokus ke arah cikgu mereka.

"Kamu semua tahukan yang sabtu ini sekolah kita akan adakan prom night."

"Ya!"

"Jadi saya nak minta Yun Jieun dan Park Jimin untuk ke hadapan." arah Lee saem.

Jieun memandang cikgunya dengan pandangan terkejut. Jimin sudah berjalan ke hadapan terlebih dahulu.

"Tapi saem, saya tak pandai menarilah." tipu Jieun.

"Alasan. Mari sini cepat. Kita tak ada banyak masa lagi." kata Lee saem dengan tegas.

Jieun merungut kecil sambil mencebik bibir. Taehyung yang melihat Jieun sedang protes itu terus tersenyum.

[C] BLUSHING | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang