Bab 1

32 3 4
                                    

Seorang wanita yang cantik mengenakan sehelai blause biru dan skirt labuh hitam beserta tudung shawl yang senada dengan warna bajunya sedang menolak troli yang diletak beg beg nya. Dia menuju ke seorang wanita yang amat dirinduinya.

"Kak long!" Jerit Bunga Sofia.

"Acik! Rindunya kak long kat dia!" Sebaik saja Bunga sampai kearanhnya Mawar Raisya terus memeluknya dengan erat.

"Rindunya acik kat kak long, mak ayah ngan adik, angah serta anak Kak long yang comel tu." Kata Bunga setelah meleraikan pelukan.

Bunga ni ada 4 orang adik beradik. Yang pertama kak long dia ni, namanya Mawar Raisya, dah kahwin dan dah ada anak bernama Arash Mikael manakala suaminya pula bernama Mohd Daniel. Yang kedua pulak angah nama dia  Fareez Akmal yang ni pun dah kahwin tapi belum ada anak lagi. Nama Isteri dia Nurul Amani. Dan yang terakhir adik iaitu Rozyana Amelia. Dia ni masih sekolah menengah lagi baru 17 tahun nak amik SPM. Dan dia bersekolah di sekolah berasrama penuh (sbp).

"Duduk dulu kita tunggu suami along ngan anak Kak long sampai dulu. Diorang pergi beli makanan jap. lapar pulak si Arash tu sambil sambil tu beli lah untuk along punya sekali." Kata Mawar yang sedang duduk di kerusi menunggu.

"Belum makan lagi ke?" Tanya Bunga.

"Adalah makan sekadar alas perut je. Ingatkan acik sampai awal tapi lambat tu yang suruh abang long pergi beli tu. Arash dah lapar." Setelah Mawar berkata demikian Suami dan anaknya pun sampai.

"Acik dah sampai? Baru sampai ke dah lama sampai?" Tanya Danial suami kepada Kak long merangkap abang iparnya.

"Emm ye abang long.Adalah dalam Lima minit dah." Jawab Bunga sambil tersenyum manis.

"Papa sapa perempuan kat depan ni? Acik ke?" Tanya Arash kepada papanya lalu memandang ke arah Bunga.

"Ye. Ni acik lah. Masa Acik jumpa
Arash, Arash baby lagi. Sekarang Arash dah besar tambah lagi comel handsome pulak tu.Meh salam Acik." Kata Bunga dengan senyuman yang tak lekang dibibir dia mendekati kearah Arash.

"Hai Acik. Acik ni cantiklah. Tinggi pulak tu". Puji Arash.

Bunga duduk melutut dihadapan Arash. "Comel jelah Arash ni." Bunga mengusap pipi Arash kemudian dia mencubit hidung Arash.

"Acik merah hidung Arash nanti dah x comel lah!" Marah Arash.  Dia menggosok gosok hidungnya.

"Alalala, ok ok sorry acik x tarik hidung dia dah."Kata Bunga lalu bangun daripada melutut tadi. "Dah dah nanti acik bagi dia hadiah nak? Besar tau hadiah tu. Dari Australia. Nak tak? "

"Nak! Jawab Arash dengan laju.

"Kalau macam tu janji tak mau merajuk lagi ok? " Kata Bunga.

Pantas saja Arash memeluk Bunga. "Terima Kasih Acik. Sayang Acik."

"Sama sama. Sayang Arash jugak." kata Bunga pula.

Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum melihat gelagat anaknya bersama Bunga. Baru kenal sekejap sahaja Arash dah mesra dengan orang. Anak nya itu memang mudah mesra dengan orang. "Dah latu jom kita balik." Kata Danial.

"Arash nk pegang tangan mama ke tangan Acik?" Tanya Mawar pula.

"Tangan Acik! "Jawab Arash lalu menggengam tangan Bunga. Bunga pun membalas genggaman tangan Arash.

Danial menolak troli beg Bunga. Mereka pun berjalan menuju ke pintu keluar untuk pergi kearah kereta dan menuju pulang. Bunga berjalan sambil memegang tangan Arash. Gayanya seperti anaknya sendiri sahaja.

                            
🌹🌹🌹

Sampai sahaja dirumah. Bunga terus masuk kedalam rumahnya.
"Assalamualaikum. " Bunga memberi salam.

Cinta Bunga SofiyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang