Solar:Hei, nasi goreng...
Solar sedang berjoget gembira sambil masuk ke dalam makmal, gembira benar nampaknya.
Duri pula membuat muka malas sambil mengambil buku-buku yang tersusun rapi di rak untuk diberikan kepada solar.
Duri:Kau kawal sikit perangai tu boleh tak? Kalau diorang syak apa-apa nanti camna?
Solar:Alah, duri cuma nk menari je. Aku budak girl pantang menyerah...
Duri membebel dalam hati. Sah si blaze hasut duri dengan ajar tengok tiktok ni. Tak guna punya abang-abang.
Duri:Senyaplah! Kalau kau bising macam ni sampai bila aku boleh buat kerja dengan tenang?!
Solar:Ah, yelah yelah... Dia ni nak seronok sikit pun tak boleh. Bosan betul.
Solar melabuhkan punggungnya atas permaidani yang terbentang di atas lantai. Duri pula sibuk meyusuk buku-uku yang diambilnya oleh tadi.
Duri:Dah, tolong ajarkan aku untuk jadi macam kau.
Solar mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, topi yang dipakai sudah senget sedikit menutupi matanya.
Duri pula membetulkan kedudukan topi itu kepada yang asal.
Solar:Duri tak tahulah nak ajar macam mana.
Duri terus menepuk dahi, sabar solar... Dia ni memang macam ni. Pujuk hati solar.
Duri:Tadi beria sangat mahu ajar sekarang tak tahu?!
Solar:Maaflah, duri tak confidentlah nak ajar solar. Sebab duri pun tak tahu diri duri ni... Macam mana. Hehe...
Duri:Astaghfirullahaladzim... Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Rambut duri semakin kusut masai akibat diramas kasar tadi. Stres betul dia dengan budak polos tu, sabar jelah nak buat macam mana. Nasib badan.
Solar:Err, solar okey tak?
Duri:Taklah, saya okey sangat-sangat. Anda nampakkan senyuman di wajah saya ini, duri?
Solar tahu duri memerlinya, mulut dia ni memang berbisa. Macam abang Halilintar tu, kalau bab memerli memedihkan.
Duri:Sudahlah, sekarang ni kau ada dalam badan aku! Aku nak kau jadi diri aku yang sebenar, jadi sila baca semua buku ni!
Mata solar hanya mengikut saja pergerakan duri yang menunjukkan kesemua buku dalam makmal itu. Dia merengek manja.
Solar:Alah, takkanlah solar? Banyak ni... Duri tak nak belajar, duri nak main dengan taufan dan blaze....
Duri:Dalam otak kau tu tahu nak main je, belajar tak mahu! Sebab tu otak kau cetek!
Solar:Ceh, poyo! Macam solar tu bijak sangat!
Duri:Aku memang bijak pun, kau je yang jeles!
Solar:Bila masa duri jeles, takde kerja duri nak jeles! Dasar hantu kuat perasan!
Duri:Terimalah hakikat yang saya paling bijak antara korang semua ya?
Solar:Ahh, apa-apa pun solar takde hak nak beri arahan untuk duri! Gempa dan Halilintar je layak!
Duri:Ah, takde takde. Ni balasan sebab kau dah usik bahan eksperimen aku tu! Sekarang kau nak tak nak aku nak kau habiskan semua bahan bacaan aku ni.Aku nak kau hafal isi penting dari setiap apa yang kau baca dan beritahu aku. Kalau kau nak lagi bahan bacaan, bagitahu aku. Aku simpan banyak lagi, ni baru sikit.
Solar:Huh, Okey... Lagi kena buat apa?
Duri:Kedua, gempa tahu aku ni jenis tidur lambat.
Solar:Jadi?
YOU ARE READING
Can I... Wanna Be You?
Short StoryFanfiction About Siblings Duri, seorang budak lelaki yang bersikap polos dan keanak-anakan, sikapnya ini sekaligus membuatkan sesiapa sahaja terhibur atau stres. Dengan sika ya yang naif ini membuatkan dia sentiasa ceria dan manja. Tapi... Tapi... ...