🎵OST🎶
→Royalty←🎵EST🎶
→Miracles←
↓
Necromancer-●-
Derapan langkah dibuka membelah jalan sesak dipenuhi manusia yang mengenakan pakaian british semi tahun 18 puluhan. Ini sudah kali yang ke-40 dia ke sini, Zeiss Albertsons hanyalah manusia biasa walaupun kini dia bukan lagi seorang manusia.
Ya, dia sudah meninggal sejak beberapa tahun yang lalu akibat sakit tenat yang dihadapinya. Tapi entah kenapa rohnya masih bergentayangan di atas permukaan buana ini. Sang pencipta bagaikan masih belum mahu menerima dirinya ke alam barzakh.
Pemandangan sekitar terlihat begitu sibuk dengan begitu ramai pejalan kaki. Gerai dagangan memperjual belikan sayur-sayuran, buah-buahan berserta daging segar. Bar-bar kecil sudah bersiap siaga untuk menyambut para tetamu, di tepi jalanan yang tidak beraspal berdampingan gerai lainnya.
Pada sorot pandangan Zeiss, bar itu dipenuhi dengan makhluk hidup yang sedang bersuka ria meminum arak sebagai tanda kejayaan atau hanya sekadar ingin melepaskan lelah setelah sekian lama berkerja. Hampir semua pelayan di dalam bar tersebut merupakan gadis berumur antara 18 hingga 30 tahun. Mereka semuanya mengenakan pakaian yang sama persis iaitu sebuah gaun coklat berselang putih dan bercorak garis petak-petak. Pakaian lelaki juga hampir sama.
"Argh!" tiba-tiba suara jeritan seorang perempuan memenuhi bar tersebut, bahkan ia boleh didengari dengan begitu jelas daripada luar ruangan. Jeritan itu datangnya dari dalam bar yang sama, terlihat seorang lelaki berbadan gempal serta berketinggian sekitar 160 sentimeter mencengkam erat pergelangan tangan seorang gadis pelayan berambut perang.
Semua mata lantas tertancap pada mereka, tidak lama hanya sebentar sebelum mereka menyambung semula aktiviti yang tergendala tadi. Jujur sahaja, tidak ada satu orang pun yang memperdulikan perkara itu seolah itu adalah hal biasa yang sering terjadi.
"Engkau terlihat cantik, kulitmu juga mulus, badan kau juga terlihat ramping, mahukah dikau melayani aku malam ini?" lelaki itu berkata separa mabuk, tona merah pada wajah serta matanya yang sayup dijadikan sebagai tanda bukti bahawa dia benar-benar sudah dibawah pengaruh alkohol. Mungkin tidak lama lagi lelaki itu bakal dibuai mimpi.
Tangan kanan digunakan untuk mencengkam lengan si gadis, manakala tangan kiri pula sudah mula meraih pipi gadis tersebut, hendak diusap barangkali. Pantas tangan yang hampir mendekat itu ditepis kasar.
"Apa ini? Lepaskan saya! Saya tidak mahu melayani lelaki berpenampilan selekeh seperti engkau! Dasar lelaki durjana!" gadis itu bersuara dengan nada tinggi, dia juga bersusah payah meleraikan lengannya daripada terus digenggam. Sekaligus apa yang gadis tadi ucapkan membuat lelaki berbadan gempal itu naik berang.
"Engkau jangan main-main dengan aku betina geladak!" lantas tangan diangkat separas leher terus meluncur laju pada pipi sang gadis.
Gadis itu lantas jatuh tersungkur di atas lantai dataran kayu, rambut perang paras bahu miliknya menutupi sebahagian wajah. Pipi yang sakit disentuh menggunakan telapak tangan. Saat mendengar suara esakan gadis dan buah mulut daripada para pelanggan, seorang lelaki berotot kekar pantas keluar dari balik pintu kayu, ruangan bekerja tepatnya.
"Ada apa yang berlaku?" jejaka tersebut melontarkan pertanyaan, walaupun jelas dia sendiri juga mampu melihat dengan pupil matanya bahawa keadaan ketika ini sedang sangat tegang.
"Betina ini enggan melayani aku, jadi aku hadiahkan sebuah tamparan, apakah aku salah?" jejaka pada muka pintu itu, memandang gadis berbaju sedikit terbuka pada bahagian leher hingga ke atas dada. Dia melirik biasa lalu mengukir senyuman saat memandang wajah lelaki berbadan gempal tadi.
"Maaf atas kesalahan pekerja kami, tidak mengapa encik boleh mengambil gadis ini, lagipula bar ini sudah tidak memerlukan kurcaci yang enggan mendengar kata majikannya sendiri," mata gadis itu terbelalak besar, terkejut dengan kenyataan itu. Mendengar apa yang jejaka tersebut bicarakan lelaki tadi menyengir. Lantas tubuh gadis itu diheret keluar daripada bar.
Sepanjang dia diheret hanya suara rengekan dan jeritan yang didengar. Memohon ampun demi untuk dibebaskan. Namun jeritan gadis itu dibiarkan sahaja, semua orang yang berada di sekitaran sana menutup telinga seolah-olah mereka itu tuli.
Mata Zeiss tidak lepas daripada memandang kedua orang yang semakin lama semakin hilang daripada penglihatan. Mahu bagaimana lagi dia juga tidak boleh berbuat apa-apa, dia hanya sekadar roh. Dirinya tidak mampu menyentuh manusia dan begitu juga sebaliknya, apatah lagi menolong, semua itu sia-sia. Mengapa juga dia harus melakukan hal yang sudah semestinya tidak memiliki fungsinya. Dia hanya bertindak dan berfikir rasional. Kalaupun dia masih memiliki jasad dia belum tentu mampu menolong gadis itu.
Kenyataannya, dia bukanlah sosok 'hero' dalam kisah dongeng. Dia hanya dia, seorang dewasa tak berpendidikan.
🍀
Badan Zeiss menembusi dinding sebuah rumah kayu kecil. Rumah itu terletak sedikit jauh daripada pekan yang dia hampiri tadi. Saat dia masuk ke dalam ruangan, sorot matanya berubah kuyu, Zeiss berasa simpati pada jejaka dihadapannya ini. Sudah beberapa hari dia terbaring di atas katil tanpa menyantap apa-apa. Jejaka itu hanya berbekalkan air minuman yang sebenarnya masih mentah bahkan tidak direjang sama sekali.
Jejaka itu bergelar Prodge Baldur dia berumur 20 tahun, Prodge merupakan seorang anak yatim piatu. Di umur 15 tahun dia sudah kehilangan ibunya, manakala saat umurnya melonjak ke 17 tahun ayahnya pula yang meninggal ditembak mati kerana tidak mampu membayar hutang. Sungguh kehidupan yang berat buat Prodge.
Sejak bila Zeiss mengenal Prodge? Dia sudah mengenal Prodge sejak Prodge berumur 15 tahun, boleh dikatakan cukup lama tetapi tidaklah begitu lama daripada hari dimana dia mangkat yakni 10 tahun lalu. Ketulusan jejaka itu dalam membantu orang tuanya bercucuk tanam membuatkan Zeiss tersentuh. Maka dari hari itu dia mula menjenguk Prodge setiap hari tanpa lelah. Bagaimana mahu lelah kalau dia sekadar tenaga sahaja tidak punya?
Tapi ternyata tanpa siapa duga, Prodge juga tidak perlu waktu lama untuk mengikut jejak langkah kedua ibu dan bapanya. Dia diserang penyakit, Zeiss sendiri tidak tahu itu penyakit apa kerana Prodge tidak pernah berjumpa dengan doktor begitupun simptomnya yang tidak mampu dia kenal pasti.
Zeiss menghela nafasnya perlahan. Entah sudah kali yang keberapa dia melawat tempat ini. Kasihan, dia sungguh kasihan pada Prodge, tetapi sekali lagi dia memang tidak boleh berbuat apa-apa Zeiss hanya roh dan Prodge adalah manusia ingat MANUSIA.
"Uhuk..." Prodge secara langsung bersandar pada bucu katil saat dia mula terbatuk begitu deras. Tangan kiri didekatkan dengan mulut, sebelum dialihkan apabila batuknya terhenti. Wajah jejaka itu pucat dan lesu menandakan kondisi Prodge sudah cukup parah.
"Andai sahaja aku boleh menolongnya." Zeiss tersenyum kelat, dia tahu perkara itu mustahil. Zeiss yang tadi hanya berdiri di hadapan pintu mula bergerak untuk menuju ke arah jejaka tersebut dan kini dia berada betul-betul di tepi katil Prodge.
Zeiss menggerakkan tangannya bertujuan memegang bahu Prodge tetapi dirinya masih ragu-ragu untuk melakukan perkara itu. Zeiss menggeleng sejenak, lantas bahu Prodge mahu disentuhnya kembali. Baru sahaja jari telunjuk menyentuh permukaan baju Prodge lantas badannya terasa seperti ingin ditarik oleh sesuatu yang cukup kuat. Ia seolah-olah terdapat sebuah lohong hitam yang mengherot tubuh Zeiss begitu kencang. Tekanan yang dia rasakan begitu kuat, tak semena-mena penglihatannya memudar.
TBC
YOU ARE READING
Necromancer (ON GOING)
FantasyKematian? Itulah benda yang telah dilalui Zeiss sebelum ini, rohnya terus-menerus berlegar di atas muka bumi ini, hinggalah pada satu titik dirinya termasuk ke dalam tubuh seorang jejaka dengan kondisi kesihatan yang sangat buruk. Sejujurnya pemilik...