Haaacummm!
Akibat seronok main hujan semalam,hasilnya aku mendapat demam hari ini. Nasib baik hari ni bukan hari sekolah.
Ayahku ingin menghantarku ke hospital tetapi aku menolaknya.Lagipun aku sudah berjanji dengan ayahku untuk pergi ke sana.
Akhirnya, aku tiba juga di hospital. Selepas mendapat ubat daripada doktor, aku bercadang untuk meninjau kawasan sekitar.Aku melihat daripada satu wad ke wad yang lain.Aku memberi senyuman manis kepada pesakit.Gayaku seperti seorang doktor.
Ketika aku sedang meninjau wad 10D,aku melihat seorang lelaki yang seperti aku pernah jumpa.Aku mendekati dia. Aku terkejut rupanya,Itsuki.Lelaki yang baru ku kenali seminggu.
"Hai!" Sapaku sambil senyum lebar kepada dia.
"Hai.Erm, awak ni Kurumi kan? Pelajar kelas baru?" Tanya Itsuki.Terasa mahu melompat pula aku bila dia menanya namaku.
Aku mengganguk. Aku bertanya "Apa awak buat kat hospital ni ?"
"Saya sakit. Tak perlulah awak risau." Jawab Itsuki. Aku mula terasa dia cuba menyembunyikan sesuatu dariku.Tapi aku biarkan sahaja perasaanku berlalu pergi.
"Awak nak dah lapar?Kalau lapar, saya boleh belikan makanan untuk awak." Tanyaku.
"Hm,memang saya lapar, tapi takpelah awak tak payah beli." Dia memberikan senyuman kecil kepada aku.Comelnya.
"Baiklah."
"Balik sekolah ni jom nak saya bawak awak ke satu tempat ni?" Tanya Itsuki. Wah wah. Lelaki paling hensem di sekolahku menegurku di depan orang ramai. Mesti ramai yang jeles ni.
"Okey. Saya ikut." Ujarku.
"Awak, lama lagi ke nak sampai ni?" Tanya aku sambil membuat muka penat ke dia. Panasnya harini.Nasib baik Itsuki yang ajak.
"Sabarlah, depan tuuu jee." Jawab Itsuki sambil senyum kecil kepadaku. Comelnya.
Kami memasuki kafe yang Itsuki perkatakan. Apabila memasuki sahaja,bau kek yang harum itu membuatkan ku berasa lapar.
Itsuki memesan Blueberry Cheese Cake, manakala,aku memesan Chocolate Banana Cake.
Ketika kami khusyuk makan,Itsuki mula memecahkan kesunyian. Itsuki berkata "Kurumi,buka mulut." Aku pun turutkan saja permintaan dia.Aku membuka mulut, kemudian dia menyuapkan aku cake nya. Erm yummy!
Aku tersipu malu teringatkan adegan tadi. Hee.
Lepas itu, kami ke tasik yang berdekatan dengan rumahku.Menemani Itsuki melihat matahari terbenam. Indahnya matahari terbenam. Selepas matahari terbenam, Itsuki menemaniku hingga tiba di rumah.
Ayah dan ibu berasa risau dan membebel kepadaku.Bebelan mereka seperti 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.' umpamanya. Bagiku ni memori terindah ketika di Osaka.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Like A Star(COMPLETED)
Truyện NgắnMengisahkan seorang gadis yang baru pindah dari Tokyo ke Osaka, Jepun. Dia ter'jatuh cinta' dengan seorang jejaka yang agak pendiam dan perahsia orangnya pada hari pertama dia bersekolah di Osaka. Tetapi suatu telah berlaku membuatkan salah seorang...
