Chapter 3

212 17 0
                                        

Aku risau. Kerana sudah 3 hari Itsuki tidak hadir.Hidupku berasa sunyi sedikit tanpa kehadiran dia. Aku rindu mendengar suaranya.Terutama sekali senyumannya yang manis.Sekurang kurangnya aku masih ada rakan rakan sekelasku yang lain.

   "Kurumi,sejak Itsuki tak hadir ke sekolah, awak selalu muram je. Cerialah sikit." Tegur Ayumi.

Aku melemparkan senyuman plastik. Tanpa Itsuki,aku seperti tidak mampu untuk senyum seperti dulu.Inikah namanya penangan cinta?

Aku berasa sesuatu telah berlaku kepada Itsuki. Tapi apa yang terjadi? Aku teringin melawat dia.Tetapi aku sendiri tidak tau jalannya.

  Aku seperti mendapat mentol dari kepalaku. Terus aku menelefon teksi untuk membawaku.

Hospital Osaka. Tempat inilah aku mengenali Itsuki dengan rapat. Aku tersenyum kecil.

  Aku berjalan kearah kaunter dan menanya "Cik, ada tak pesakit bernama Itsuki Takumi?"

  Nurse yang bertugas itu menjawab "Ya. Dia di wad 20F katil nombor 13."

  Aku mengucapkan terima kasih dan segera mengangkat kaki ke wad tersebut. Aku melihatnya dengan pandangan sayu. Dia masih terlena. Aku melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di sebelah katil. Aku memandangnya. Banyak kenangan aku bersama Itsuki.

  20 minit kemudian,Itsuki membuka mata. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran aku. Yelah.tetiba je datang.

  "Mana awak tahu saya masuk hospital?" Tanya Itsuki.

"Saya ikut gerak hati saya." Jawab ku.

"Awak tau tak malam nii ada tahi bintang di langit.Nanti kita tengok eh? Saya teringin nak tengok." Pinta lelaki itu. Aku pun ingin melihat tahi bintang terus setuju.

"Kita nak tengok tahi bintang dekat mana?" Tanya aku.

"Jom,kita tengok dari bumbung." Kata Itsuki. Lelaki itu selalu sahaja tenang walau bagaimana pun situasi yang berlaku.

Aku memanjat bumbung dengan penuh berhati hati.Itsuki telah sampai dulu, membantuku.Itsuki melihat ke arah langit dan berkata. "Kurumi, awak sama macam bintang ni. Paling bersinar antara bintang yang lain." Aku mula kembang hidung.Siapa yang tak bangga bila dipuji.

   Itsuki memberiku sesuatu. Aku melihat isinya lalu aku menekupkan tanganku ke mulut akibat terkejut. "Loket ni untuk awak. Sepanjang persahabatan kita, saya tak pernah bagi awak apa apa.Jadi saya bagi ni." Kata Itsuki sambil melemparkan senyuman manis. Sesiapa yang melihat pasti cair.

  Itsuki memakaikan loket yang diberi ke leherku. Loket hati itu sungguh cantik. Terutama bila dipakai oleh aku.

Itsuki duduk disebelahku. Dia meletakkan kepalanya dibahu ku tanpa menanya dulu. Aku sendiri pun berasa senang.

  Itsuki berkata. "Kurumi,bila tahi bintang dah tak de awak kejutkan saya tau!" Aku pun mengganguk tanpa banyak soal.Tiba tiba Itsuki memegang tanganku dengan erat. Dia tersenyum pada ku.

   Tahi bintang mula menarik perhatian ku. Aku menoleh ke arah Itsuki. Kemudian aku memegang loket yang diberinya.

  Apabila pertunjukkan sudah tamat, aku mengejutkan Itsuki.Aku mengejutkan Itsuki beberapa kali, tetapi hasilnya sama juga. Tidur mati ke Itsuki ni. Dia masih tidak menunjukkan apa apa kesan. Aku terus membawanya ke bilik doktor. Aku sendiri tidak tahu mana kudrat yang aku dapat.

   Aku bergegas ke bilik doktor. Aku tidak mempedulikan orang lain yang memandangku pelik.Tiba sahaja, aku berkata pada doktor."Doktor,kawan saya nii kenapa dia tidur tak bangun bangun?" Doktor itu segera meletakkan jarinya ke pergelangan tangan Itsuki. Dia menghela nafas panjang dan berkata. "Maaf cik, Itsuki telah mati."

  Apa? Aku seperti terkena kejutan elektrik. Lalu aku menjerit memanggil namanya. Aku ditenangkan oleh beberapa orang nurse.Aku menangis sekuat hati.

Aku bangun daripada lena aku. Sumpah, aku teramat merindui dia. Kini aku harus bersiap untuk ke majlis pengebumian Itsuki.

 

Pagi yang sepi pada harini.Aku bersama dengan Ayumi. Aku menangis teresak esak didalam pelukan Ayumi. Kawan kelasku yang lain pun ada. Cikgu Gee pun turut serta sekali.

  Aku berasa pelik dan aku bertanya kepada Cikgu Gee."Cikgu, mana keluarga Itsuki? "

  Cikguku menangis mengeluarkan air mata. Dalam esakannya, dia berkata. "Kurumi, Itsuki tiada keluarga. Ibunya meninggal akibat leukemia. Ayahnya entah ke mana. Dan Itsuki bakal dikebumikan sebelah kubur ibunya." Sambil Cikgu Gee menunjukkan kubur ibunya yang berdekatan dengan kami.

    Aku merupakan orang terakhir yang meninggalkan kubur Itsuki. Aku berkata. "Semoga awak tenang disana. Awak akan selalu berada di hati saya."

You Like A Star(COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang