Petangnya, aku mendapat panggilan daripada doktor yang merawat Itsuki. Dia suruh aku ke hospital kerana ingin memberiku sesuatu. Aku bergegas ke sana.
Tiba di hospital, aku terus berlari ke bilik doktor itu. Aku mengetuk pintunya dan terus memutarkan tombol pintu. Dengan nada yang tidak sabar aku bertanya. "Kenapa nii doktor? Ada benda penting ke?" Doktor itu mengganguk dan terus memberikan aku sepucuk surat. Aku berasa pelik. Surat apa ni?
Aku membukanya. Di saat aku membaca, aku mula menangis sekali lagi. Warkah daripada Itsuki sebelum dia pergi.
Kepada Kurumi yang saya sayangi,
Saya harap awak ceria selalu disamping keluarga,rakan rakan dan guru di sekolah. Sejak saya mengenali awak, saya merasakan saya telah jatuh cinta.Mungkin awak berasa pelik kenapa masa awak mula mula jumpa saya di hospital.Sebenarnya, saya menghidapi penyakit leukemia. Saya mewarisi penyakit tersebut daripada ibu saya. Saya cuba melawan,tetapi penyakit ini makin merebak. Doktor berkata saya mempunyai 3 hari untuk hidup. Saya berharap sangat saya dapat berjumpa dengan awak sebelum saya menutup mata.
Kurumi,
Wajah awak membuatkan saya terlupa semua masalah. Saya sebenarnya sukakan awak. Tetapi saya takut nak beritahu.Saya harap awak boleh jaga diri lepas ni tanpa saya. Dan, saya nak awak tahu yang Awak selalu akan berada di hati saya. Sentiasa. I LOVE YOU.
ITSUKI TAMAKI.Aku melemparkan padangan ke arah tempat duduk Itsuki. Memang benar aku merindui dia. Tetapi aku mesti teruskan hidup. Dia pun mahu aku bahagia! I LOVE YOU,ITSUKI. Aku akan ingat memori kita selama lamanya
-The End-
YOU ARE READING
You Like A Star(COMPLETED)
Krótkie OpowiadaniaMengisahkan seorang gadis yang baru pindah dari Tokyo ke Osaka, Jepun. Dia ter'jatuh cinta' dengan seorang jejaka yang agak pendiam dan perahsia orangnya pada hari pertama dia bersekolah di Osaka. Tetapi suatu telah berlaku membuatkan salah seorang...