Chapter 1

336 14 0
                                    

Aku melihat sekolah yang bakal dia belajar. Sekolah Tinggi Osaka.Sekolah yang rata ratanya pelajar mendapat keputusan cemerlang. Terasa gusar sedikit apabila aku teringat fakta tersebut.


"Maaf,dimanakah bilik darjah 12 A?" Tanya aku.

"Selang tiga kelas dari sini.Jom lah masuk kelas sama sama. Oh ya sebelum tu,saya Ayumi kawan sekelas awak nanti." Ayumi menghulurkan salamnya kepadaku.Aku melihat wajah Ayumi. Seiras dengan kawanku ,Reina.Aku tersenyum dan mengikut rakan baruku ke kelas baru.


"Awak duduk lah kat sebelah saya. Kebetulan tempat kat sebelah saya ni kosong." Cadang Ayumi.

Aku melihat rata rata rakan kelas baruku memandangku dengan pandangan yang pelik.Ada apa yang tak kena dengan aku?

Seorang wanita berusia 40-an memasuki kelasku.Cikgu Gee nama yang selalu dipanggil oleh pelajar lain.

"Baiklah, pada hari ini seperti yang kamu nampak kelas 12A mendapat pelajar baru. Sila ke hadapan untuk memperkenalkan diri, Kurumi."

Kata Cikgu Gee sambil memandangku.

Aku mula memperkenalkan diriku."Hai! Saya Kurumi Hamasaki. Saya berasal di Tokyo dan belajar di Tokyo juga. Saya berpindah ke sini kerana mengikuti ayah saya.Semoga kita boleh menjadi sahabat baik." Aku akhiri dengan senyuman manis.

Aku melihat lelaki yang berada di sudut kelas. Dia tidak seperti ingin mengetahui namaku. Tetapi mengapa dia membuat jantungku berdegup kencang?


"Ayumi,siapa lelaki tu?Kenapa dia selalu diamkan diri?" Tanya aku.

Ayumi memandang lelaki itu sekilas."Dia Itsuki.Itsuki Takumi.Pelajar lelaki yang menduduki carta lelaki hensem di sekolah ni. Tapi sayangnya,dia seorang yang pendiam.Kalau cakap pun,sepatah je.Susah sangat nak mendengar suaranya."

Aku mendengar dan memandang Itsuki. Mungkinkah aku suka dia?

You Like A Star(COMPLETED)Where stories live. Discover now