[8]

1.5K 116 25
                                    

Previously...

"Jangan bergerak.Kita dekat kawasan terbuka.Kita boleh diserang di mana mana je.Aku tak rasa Lelaki ni lelaki yang biasa." Thorn berkata dengan nada yang serius.Akhirnya mengerti apa yang dilakukan Gempa.Yang lain mengangguk sambil memerhati sekeliling.

"HAHAHAHA!! Kami akan menang! Kami akan kuasai dunia ni dengan kuasa korang!!" Jejaka itu berkata sinis sambil ketawa.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Gempa memandang jejaka itu tajam,sedia untuk mengeluarkan tembok tanah bila bila masa sahaja.Mungkin agak lembab untuk dia keluarkan tembok di saat akhir tetapi dia masih lagi sedar adik adiknya tidak mengetahui dirinya masih lagi ada kuasa.Kuasa element yang....dilupakan.Gempa menggelengkan kepalanya perlahan,cuba fokus dengan perkara yang berlaku sekarang.Tiba tiba sahaja dirinya ditolak kebelakang,lebih tepat ke tengah tengah bulatan adik beradiknya yang lain.Gempa terkebil kebil memandang Taufan,berharap agar dia menerangkan sesuatu.Taufan hanya tersenyum.Tidak sempat dia menjawab Gempa,Blaze menyampuk geram.

"Kau tu takde kuasa.Buat cara takde kuasa.Sibuk nak pertahakan kitaorang." Blaze mendengus geram.Gempa hanya mengembungkan pipinya,lansung tidak tersinggung dengan apa yang dikata Blaze. 'Sia sia sahaja takut dengan Blaze ini.Adik aku jugak...' Itu sahaja yang dibisik Gempa didalam hati.Tiba tiba terdengar bunyi seakan akan robot sedang berkata kata.Tanah disekeliling mereka bergegar kuat lalu muncul beberapa robot besar,sebesar Probe di dalam mode Meganya.Mereka semua meneguk air liur kelat.Tiga buah robot mengelilingi mereka manakala sebuah robot lagi melepaskan jejaka itu dari akar berduri Thorn.

"O-oi!! Kau ni siapa huh?!" Thorn bertanya keras,namun terdengar juga suaranya bergetar.Matanya melihat kiri dan kanan,cuba bersedia untuk bergabung kuasa dengan ais untuk membuat pelindung sementara Solar mengumpul cukup tenaga untuk membawa semua orang dari situ.Tidak dapat lari tetapi masih cukup jauh untuk memanggil ochobot sekurang kurangnya.Bercakap tentang Ochobot,Thorn mula teringat tentang saat dia melihat jejaka itu.

"Aku dah agak.Kuasa kau Ilusi kan? Aku nampak 'Ochobot' di tangan kau tadi bertukar menjadi kad kad lembab." Jejaka itu memandang Thorn sinis.Gempa hanya diam,begitu juga dengan yang lain.Gempa hanya menjeling Thorn sedikit,tidak sangka perkataan 'lembab' itu akan keluar dari mulut Thorn.

"Ding Ding Ding!!! Tahniahhh~" Jejaka itu menepuk tangan girang.Pelik juga,tiada siapa yang terhibur melihat dia.Mereka memandang satu sama lain sebelum Blaze memandang Solar.Solar melihat jam kuasanya dan mengangguk kecil.

"Lompatan Solar!" Solar berkata perlahan sebelum akhirnya membawa kesemua elemental jauh dari situ.Dia menarik nafas dalam,cuba mengumpul semula tenaga.Dia melutut sambil belakangnya diusap Halilintar lembut.Mukanya risau memandang Solar.Gempa hanya tersenyum kecil.Gempa tahu walaupun Halilintar masih dengan perangai aslinya,pasti dia akan risau melihat adik adiknya begitu.

"Seriously? Solar hampir pitam dan kau senyum?Kau ni psychopath ke?" Blaze menumbuk bahu Gempa kasar.Gempa hanya menjeling Blaze.Geram dan perangai kurang ajarnya.Mahu sahaja dia menyekik Blaze menggunakan tangan tanahnya.Ais hanya mengangkat bahu lalu menyandarkan Solar dan diri sendirinya ke bawah pokok.Ais memejamkan matanya perlahan.Yang lain hanya membiarkan Ais.Mereka tahu apa yang dia lakukan.Taufan segera membuka jam kuasanya lalu cuba menghubungi Ochobot.

"Ye aku psychopath tapi tu fanfic lain." Gempa berkata seraya menepis tangan yang mengengam bahu Gempa.Blaze memandang Gempa pelik.

"Eh?"

"Eh?" Blaze hanya menggeleng kepalanya perlahan.Mulutnya seperti berkata sesuatu namun Gempa pantas menangkap. 'Gila.' Gempa tersenyum lebar,menahan dirinya dari membunuh Blaze disitu on the spot.

"Shh." Semua diam memandang Ais.Dia memandang mereka semua tajam,membuat isyarat bahawa seseorang disekitar sini.Itulah yang dilakukan Ais dari tadi.Memejamkan matanya dan memfokuskan diri ke arah bunyi persekitaran supaya bersedia jika musuh berdekatan.Muka Halilintar yang mulanya risau mula berseri melihat portal yang terbuka,begitu juga yang lain.

"Halilintar,kau bawa Solar masuk portal.Aku dan Thorn akan masuk terakhir sekali untuk pengawasan." Blaze mengarah keras.Semua hanya mengangguk.Taufan membantu Halilintar mengangkat Solar,Ais pula menarik tangan Gempa sebelum Gempa berhenti.

"Qys?" Gempa terduduk sebelum memegang dadanya,terasa dirinya tidak mampu bernafas.Dia terbatuk batuk sebelum cuba bernafas lagi,membuatkan Blaze dan Thorn memandang,terlupa untuk bersedia menggunakan tenaga.Ais panik lalu segera menepuk bahan Gempa,memandang Blaze dan Thorn risau.Blaze merengus kasar lalu kembali fokus ke arah sekeliling sementara Thorn lari ke arah mereka.

"Blaze! Lupakan perlindungan,masuk portal sekarang!" Arahan Thorn dijawab Blaze kasar.Api ditanganya membesar apabila dinggengam namun akhirnya dia memadakan api,berlari ke arah Thorn dan Ais yang mendukung Gempa,bersedia untuk memasuki portal.

Sebaik sahaja semua selesai menaiki portal,mereka tiba di hadapan gerai Tok Aba.Tok Aba pantas pergi ke arah mereka.Solar telahpun dibawa oleh Halilintar dan Taufan untuk berehat.Ochobot menutup portal,segera terbang ke arah yang lain.

"Korang okay tak?" Ochobot bertanya risau.Tok Aba segera mendapatkan Gempa yang dipapah Ais dan Thorn.Blaze merengus geram sekali lagi.Ais hanya tersenyum lembut lalu memandang ke arah Tok Aba dan Ochobot,mengangguk perlahan.Jawapan Ais itu sudah cukup membuatkan semua lega.Thorn membetulkan sarung tangannya sedikit lalu memukul kepala Blaze,membuatkan lelaki itu marah.

"KAU NI KENAPA?!"

"Hehe.Chill lah.Kita selamatkan?" Thorn tersengih girang mebuatkan Blaze terdiam.Tangannya digenggam perlahan lalu segera berdecih geram,melangkah ke arah rumah.Thorn hanya mengangkat bahunya.Gempa perlahan lahan dapat menstabilkan nafasnya semula.Tok Aba memandang Thorn dan Ais,meminta penjelasan.

"Uh....Dekat pasar raya tadi ada orang...Uh...Thorn ceritalah!" Ais menepuk bahu Thorn kedepan sebelum berlari ke arah kedai,pantas mengacah acah mengambil alih kedai,mengeyitkan matanya ke arah Thorn yang dibalas dengan senyuman seram.Thorn hanya menghela nafasnya lalu memandang Gempa.

"Qys,kau okay?" Gempa terbatuk namun dadanya terasa lebih selesa.Gempa hanya mengangguk lalu segera meminta maaf kepada Tok Aba dan berdiri di sebelah Thorn.Tok Aba hanya mengangguk,agak kekok untuk berlakon seperti orang asing bagi Gempa.Gempa yang faham perasaan atuk kesayangannya hanya tersenyum lembut,cuba menenangkan hati Tok Aba.Thorn pantas mencelah.

"Ada musuh baharu.Kuasa...Ilusi." Thorn berkata ringkas.Tidak ada yang penting perlu diberitahu selain kuasa musuhnya.Mereka masih lagi tidak bersemuka untuk berlawan.Ochobot cuba mencari data tentang musuh musuh yang pernah dilawan namun tiada lagi yang menggunakan ilusi.

"Itu...Sahaja.Thorn pergi dulu ya Tok Aba." Thorn senyum sebelum menunduk sendikit,berjalan ke arah kaunter sebelum memukul Ais geram.Tok Aba hanya terdenyum lega.Gempa memandang Tok Aba lalu memimpin Tok Aba ke kaunter sebelum menarik Ochobot jauh dari mereka.Ochobot hanya hairan.

"Urm kau..tahu kan badan aku sekarang ni terkandung kristal element aku?" Ochobot mengedip matanya,cukup untuk menandakan bahawa dia tahu.Gempa menghela nafasnya sebelum berbisik perlahan.

"A-aku rasa....Aku t-tahu dari mana musuh tu datang..." Ochobot hanya diam,mengenggam tangan Gempa perlahan.Gempa hanya terketar sebelum menggeleng kepalanya perlahan,segera meminta diri untuk pulang.Ochobot menenangkan Gempa sebelum jejaka itu berjalan akhirnya hilang dari pandangan.

____________________________________

To Be Continue
____________________________________

A/N: 2 update sehari...Ni bukan Nana kan?? Mustahil Nana update dua chapter sehari.

We LOVE You! |BBB GempaWhere stories live. Discover now