4

23 6 3
                                    

"Di mana dia berada sekarang?" soal gadis itu. Dia masih tidak mahu menunjukkan rupanya yang sebenar.

"Kau kenal dia?" Soalan dibalas soalan. Akeno ingin melihat sejauh mana permainan gadis itu berlangsung.

"Aku kenal."

"Aku anak dia," ujar Akeno mendatar. Gadis itu perlahan-lahan mendekati mereka namun wajah gadis itu tersorok dengan jaket yang dipakai.

Dunia sudah semakin moden namun hanya Empire Skylight sahaja yang menggunakan sistem gabungan, iaitu moden dan tempatan.

Jadi, sebab itu juga Akeno memakai kuda semasa pergi ke Gunung Aries. Itu juga salah satu permintaan bondanya.

Pelik tetapi benar.

"Di manakah dia berada?" Gadis itu bertanya lagi.

"Kau ni puteri kegelapan?" Akeno tidak mahu gadis itu pergi. Nada gadis itu cukup membuatkan hatinya bergetar.

Bagaikan sudah berjumpa dengan belahan jantung yang sudah lama menghilang.

"Aku tanya dulu," balas gadis itu. Gadis itu sudah mengetap giginya. Ini adalah kali pertama dia berbicara dengan manusia semenjak peristiwa masa silam yang tragis itu.

"Sudahlah, buang masa saja aku bercakap dengan kau." Gadis itu berura-ura ingin berundur diri.

"Lavender." Sepatah perkataan itu membuatkan gadis itu berhenti. Dia menoleh ke belakang. Ekspresi gadis itu tidak kelihatan senang

"Jangan sesekali sebut nama itu!" marah gadis itu. Dadanya turut berombak menahan kemarahan yang sedang melanda. Akeno tersenyum sinis.

"Kau puteri sulung Empire Darknight namun kau bunuh semua penghuni di dalamnya." Akeno memandang tajam ke arah Hoshiko.

"Apa alasan kau agaknya." Mata Akeno menusuk mata biru milik Hoshiko.

"Kalau aku bunuh mereka pun, itu langsung tiada kena-mengena dengan kau!"

Akeno semakin mendekati Hoshiko. Hoshiko pula semakin berundur. Dia berasa dirinya sekarang berasa tergugat dengan susuk di hadapannya ini.

"Oh? Jadi kau mengiyakan rumor itu?" Jaket yang dipakai oleh Hoshiko terbuka disebabkan angin kuat yang melanda Gunung Aries.

Akeno terkedu melihat mata biru milik Hoshiko. Dia tahu mata itu. Mata yang dibelenggu dengan kesepian, kesedihan, kemarahan dan pelbagai jenis emosi yang sukar ditafsir. Mengapa mata itu langsung tidak menunjukkan mata seorang pembunuh?

"Pergi!" halau Hoshiko. Dia cuba mengalihkan pandangan matanya tatkala dirinya merasa putera itu bagaikan cuba untuk membaca fikirannya.

"Bonda aku suruh aku kahwini kau," kata Akeno berterus-terang. Jika dia ingin mengetahui rahsia di sebalik mata yang penuh dengan emosi itu, dia perlu tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada puteri itu.

Hoshiko tergamam seketika. Walaupun dia sudah tahu tujuan sebenar Akeno setelah dia mengetahui bahawa Akeno ialah anak kepada Ratu Wirillia, Hoshiko sengaja ingin bermain tarik tali. Dia tidak pernah ingin bersetuju dengan permintaan wanita itu, namun wanita itu tahu sesuatu yang dia ingin tahu.

DarklightWhere stories live. Discover now