2

26 7 7
                                    

Akeno membiarkan mereka berdua di situ sementara Hissaki melayan mereka. Hissaki mengangguk faham akan arahan yang diperintahkan oleh Akeno. "Abang!" Laungan Harina tidak dihiraukan. Harina menghentakkan kakinya.

"Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku," kata Harina sebelum mengangkat kaki pergi dari situ diikuti dengan Permaisuri Raystal. Hissaki hanya mengangkat bahunya sebelum menyusuli mereka.

"Ini bilik tuanku ratu dan di sebelah sini bilik tuanku puteri." Hissaki menunjukkan bilik mereka berdua dengan sopan. Walhal dalam hati sudah meluat dengan sikap sombong mereka berdua. Munafik sungguh seorang Hissaki ini.

Harina dan Permaisuri Raystal menjeling Hissaki. "Hei, kau ingat sikit kau tu cuma kelas bawahan. Tidak sedar diri nak rapat dengan Abang Akeno." Harina mula bersuara menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Hissaki.

Permaisuri Raystal memandang jijik ke arah Hissaki. Hissaki pula terus sahaja berlalu pergi dari situ. Meluat dengan perangai tidak matang anak-beranak itu.

"Bonda, lihat dia itu! Langsung tak sopan. Abang Akeno asyik manjakan bawahan dia je," ujar Harina. Permaisuri Raystal mengusap lembut kepala satu-satunya anak perempuannya itu. "Jangan risau, sayang. Dia takkan lama di sini."

Permaisuri Raystal tersenyum dengan penuh makna. Dia ada rancangannya sendiri.

• • •

Akeno melihat ke arah para rakyat yang berada di dalam dewan istana. Ramai yang hadir terutamanya para gadis yang perawan.

Berusaha untuk mencuba nasib. Mana tahu mereka dapat menarik perhatian daripada sang putera namun pada hakikatnya, Akeno langsung tidak peduli dengan mata-mata yang hadir. Dia ingin tahu apa yang bondanya tulis di dalam wasiat yang ditinggalkan sebelum dia mangkat.

"Hissaki, buat apa adakan majlis macam ni? Menyebalkan la," bisik Akeno. Hissaki ketawa perlahan.

"Inikan majlis tari-menari untuk sang putera mahkota yang baru. Haruslah ramai orang, wahai putera mahkota." Sempat lagi Hissaki menyakatnya.

Akeno tidak mempedulikan kata-kata Hissaki.

"Jom la. Ramai yang tunggu tu." Hissaki bertukar menjadi sopan.

Akeno menghela nafas perlahan.

Dia pasrah sahaja dengan Hissaki. Hakikat yang dia benci akan keramaian kerana berkait rapat dengan kematian bondanya dan Akira.

"Abang Akeno!" Harina segera mendapatkan Akeno. Ramai mata-mata yang memandang perlakuan Harina itu.

Semua mula memberi tanggapan yang tersendiri setelah melihat Harina. Mana mungkin mereka boleh lawan satu-satunya puteri dari Kerajaan Halion. Mungkinkah Empire Skylight akan mendengar berita mengenai putera mahkota mereka tidak lama lagi?

Akeno tidak mengendahkan panggilan Harina. Pada pandangan Akeno, Harina sama sahaja dengan gadis-gadis di luar sana. Harina pula sudah menunjukkan muka yang tidak puas hati.

"Majlis tari menari akan bermula sebentar lagi." Makoto Casper yang sudah bekerja di istana itu selama 30 tahun memecahkan suasana itu dengan bersuara lantang.

Selesai saja Makoto berkata sedemikian, para hadirin yang hadir mula menari. Ada juga yang sedang berbual dan yang cuba mendekati Akeno. Malangnya, hati Akeno ini sekeras batu. Agak susah untuk ditawan.

Akeno melihat jam yang berada di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Dia meminta Hissaki untuk menemaninya sampai ke bilik.

"Abang Akeno nak ke mana?" soal Harina tiba-tiba. Wajah Hissaki dipandang dengan tidak puas hati tapi tidak dihiraukan oleh Akeno. Akeno mengisyaratkan Makoto untuk meneruskan majlis. Isyaratnya itu disambut dengan anggukan Makoto.

Setibanya mereka di bilik Akeno, dia memberi isyarat kepada Hissaki. Hissaki mengganguk perlahan lalu memberi sehelai kertas kepada sang putera.

Akeno membaca wasiat peninggalan ibunya dengan kusyuk. Satu perkataan pun tidak tertinggal dibaca.

"Inikah rantai kunci tu?" soal Akeno kepada Hissaki. Dia belum habis baca pun wasiat itu.

"Rantai ni tuanku suruh aku bagi lepas kau dah ditabalkan." Akeno mengangkat keningnya tanda tidak mengerti. Bagaimanakah bonda tahu dia bakal ditabalkan menjadi putera mahkota sedangkan ketika itu Akira masih sihat?

"Baca dahulu," kata Hissaki. Selepas beberapa minit membaca dan menghadam kata-kata bondanya, Akeno memandang ke arah Hissaki.

"Wasiat ini yang sebenarkan?" Hissaki mengangguk perlahan.

Akeno meraup mukanya. Tidak percaya dengan apa yang telah bondanya tulis di dalam wasiat itu.

"Kau dah tahu dari awal kan?" Hissaki mengangguk perlahan lagi. Dia melepaskan nafas yang berat.

"Ini betul-betul wasiat bonda kan?" soal Akeno lagi. Dia benar-benar tidak boleh percaya apa yang tertulis di dalam wasiat itu.

Sekali lagi Hissaki mengangguk perlahan.

"Kau tanya berapa kali pun, jawapan aku tetap sama tapi aku tak tahu siapa gadis itu," jelas Hissaki tatkala melihat Akeno ingin membuka mulut lagi.

"Jadi, siapa gadis yang bertuah tu?" soal Hissaki. Akeno menjeling ke arah Hissaki.

"Apa? Aku nak tahu je." Hissaki merampas surat wasiat itu dari sang putera mahkota yang baru sahaja ditabalkan sebentar tadi.

Hissaki melihat ke arah Akeno dengan wajah terkejut.

"Tak sangka. Bonda nak aku kahwin dengan dia. Aku langsung tak kenal pun siapa dia." Akeno berjalan ke hulur-hilir.

"Kau tak pernah dengar legenda tentang dia?" soal Hissaki. Akeno menggeleng kepalanya. Sudah tentulah dia tidak tahu, dia selalu kuncikan diri dalam istana dan mengendahkan gosip-gosip di luar istana.

"Mengikut apa yang aku dengar, dia daripada Empire Darknight. Dia adalah seorang yang sangat kejam. Takde belas kasihan. Ibu bapanya dibunuh begitu saja. Dia menghilangkan diri dia setelah kejadian tragis itu. Ramai orang panggil dia dengan panggilan Puteri Kegelapan."

"Bagaimana dengan kotak tu?" soal Hissaki lagi. Akeno cuba memasukkan kunci ke dalam lubang kunci yang terdapat pada kotak itu tetapi hampa apabila kotak itu tidak dapat dibuka.

Rantai kunci yang diwasiatkan kepada Akeno memang muat dengan kotak yang dijumpainya. Malangnya, seperti ada yang kurang. Kotak itu tidak dapat dibuka.

DarklightWhere stories live. Discover now