"Aku tak percaya. Kau ingat kepercayaan akan datang begitu mudah? Kalau la itu benar, dunia ini pasti sudah berada di dalam kehidupan yang sangat naif." Hoshiko bersuara sinis. Dia tahu bagaimana cara manusia untuk memerangkap dirinya.
Dia tidak mudah ditipu.
"Peduli jika kau tidak mahu percaya. Yang pasti kau kena kahwin dengan aku." Akeno bernada tegas namun Hoshiko tetap tidak terusik dengan ugutan Akeno.
"Aku tak ada sebab nak dengar cakap kau." Hoshiko membantah. Akeno pula sudah tersenyum sinis.
"Tak ada sebab? Aku akan buat 'sebab' tu untuk kau." Serentak itu, Akeno terus menggunakan kuasa cahayanya untuk menidurkan Hoshiko tanpa sempat Hoshiko bertindak.
Hissaki terlopong seketika. Tidak sangka bahawa sang putera berani untuk berbuat begitu kepada puteri kegelapan.
"Panggil jet peribadi aku datang sini. Lagipun, bonda tak cakap aku tak boleh balik dengan kenderaan moden, kan?" kata Akeno selepas mengangkat Hoshiko.
Hissaki mengangguk faham lalu mendail nombor telefon Sora Kaname. Dia juga adalah salah satu rakan baik Akeno.
Selepas menunggu beberapa jam, Sora akhirnya tiba dengan jet peribadi tadi.
"Tuan putera apa khabar?" tanya Sora sambil memerli. Sudah lama juga dia tidak bertemu dengan Akeno.
Majlis pertabalannya pada hari itu pun tidak dihadirinya. Alasan kerana dia sibuk mengawal pintu masuk selatan Empire Skylight.
"Kau perli aku?" Akeno bertanya sambil memasuki jet peribadinya. Tubuh Hoshiko diletakkan perlahan di atas bangku jet di situ.
Sora tersengih perlahan.
Mereka bertolak ke Empire Skylight selepas itu. Perjalanan mereka mungkin mengambil masa selama lima jam.
"Kau tak tidur?" tanya Hissaki pelik. Mustahil putera itu tidak mengantuk sama sekali.
Perjalanan mereka ke Gunung Aries bukannya dekat dan juga sangat berbahaya. Semestinya mustahil bagi manusia untuk selamat setelah masuk ke kawasan gunung itu.
"Tak." Sepatah jawapan daripada Akeno membuatkan Hissaki mengangguk kepalanya tanda memahami apa yang putera itu hendak sampaikan.
Hissaki lupa bahawa Akeno tidak boleh melelapkan matanya. Sudah dia mabuk udara, semestinya sukar untuk tidur dengan tenang.
Kelihatan Akeno menahan rasa ingin muntah membuatkan dirinya geli hati. Putera yang dingin seperti Akeno mempunyai kelemahan apabila berada di udara.
• • •
"Akhirnya hamba tiba di muka bumi yang sangat disayangi ini!" Hissaki mendepakan kedua tangannya. Lagaknya itu membuatkan Sora berbuat gaya seakan-akan ingin muntah.
"Puitis benar ayat tuan hamba," perli Sora. Hissaki tersengih perlahan.
Akeno tidak menghiraukan gurauan daripada dua orang sahabatnya itu. Dia memandang ke arah Hoshiko yang masih belum menyedarkan diri dari tadi sambil menahan rasa ingin muntah. Kepalanya terasa berpinar-pinar.
"Angkat dia masuk bilik tetamu," arah Akeno mendatar. Sora dan Hissaki yang sedang bergurau terus melihat ke arah Akeno. Mereka berdua mengerutkan dahi masing-masing.
"Tapi dia bakal isteri..." Kata-kata Sora terhenti apabila melihat Harina berjalan menuju ke arah mereka.
"Tuanku putera, bukankah gerangan gadis yang sangat jelita lagi rupawan ini bakal menjadi tuan puteri mahkota tidak lama lagi? Tidak manis bagi patik yang darjatnya hanya pengawal, membawa bakal puteri mahkota." Sengaja dia kuatkan suaranya bagi memanaskan lagi hati Harina. Perkataan bakal puteri mahkota ditekankan.
Suka benar dia melihat wajah tidak puas hati puteri gedik itu. Dua kali lima dengan Hissaki!
"Abang Akeno, siapa perempuan ni?" soal Harina tidak puas hati. Wajah milik Hoshiko ditilik dengan teliti.
"Seperti yang kau dengar. Semuanya benar belaka." Akeno lalu mencempung tubuh milik Hoshiko masuk ke dalam istana. Dihiraukan rasa peningnya ketika itu.
Harina tidak dihiraukan dan itu membuatkan Harina naik berang.
"Abang Akeno!" jeritnya. Boleh bergegar istana dek jeritan nyaring sang puteri Halion. Akeno terus sahaja berjalan. Sudah tentu sedikit terganggu dengan jeritan itu.
"Pengawal," ujar Akeno memberi isyarat. Pengawal yang berada di situ mengangguk faham.
Akibatnya, Harina dimarahi oleh abang sulungnya, Naoki Halion; putera mahkota Kerajaan Halion yang juga berada di situ.
Sudah tentu menganggu tetamu yang berada di istana itu. Sudahlah sekarang ini sudah larut malam. Nasib sahaja Naoki belum tidur dan membuat keputusan untuk mengambil angin seketika.
"Berapa kali kanda pesan. Kita ni cuma tetamu. Tak baik berperangai sebegini di negara orang lain," nasihat Naoki namun dia tahu perangai Harina ini bagai mencurah air ke daun keladi.
Sangat degil! Mungkin kerana hanya dia satu-satunya anak perempuan dalam kelurga mereka.
Naoki memastikan Harina sudah nyenyak dibawa mimpi lalu berjalan menuju ke arah destinasi yang sama dituju oleh Akeno.
Akeno meletakkan tubuh Hoshiko perlahan di atas katil yang empuk itu. Dia memandang wajah milik sang puteri kegelapan itu.
Wajahnnya kelihatan polos sekali. Benarlah kata orang. Jika kita ingin melihat wajah paling polos seseorang maka lihatlah wajah mereka ketika sedang tidur.
"Siapa gadis itu?" Suara itu menyentakkan dia. Akeno memandang ke arah pemilik suara yang menegurnya tadi.
"Kau tak perlu tahu," ujar Akeno mendatar. Dia masih pening kerana jet peribadinya tadi. Naoki melepaskan ketawa kecil.
Naoki mengangkat keningnya.
"Aku dengar dia bakal isteri kau?" soal Naoki lagi kerana dia ingin mendengar berita gembira itu daripada mulut Akeno sendiri.
"Macam yang kau dengar, wahai putera mahkota." Akeno memerli Naoki. Mereka berdua boleh dikatakan rapat juga.
Walaupun Naoki ialah abang kepada Harina, dia langsung tidak sombong dan sentiasa merendah diri. Sikap itulah yang membuatkan dirinya disenangi oleh Akeno dan orang yang berada di istana itu.
"Kau pun putera mahkota juga," usik Naoki sambil membalas perlian Akeno tadi.
"Sekarang sudah larut malam. Aku rasa baik kita masuk bilik masing-masing. Pagi esok, aku akan terangkan semuanya." Akeno berjalan menuju ke arah pintu keluar. Disusuli oleh Naoki di belakangnya.
YOU ARE READING
Darklight
خيال (فانتازيا)To her, love is just a word. To him, love is an obsession. Now shall we play the game? Where desire and fear are mix together. amazing cover by @aaamiiraaaa ♡♡♡ ⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ TIDAK DIBENARKAN MENIRU MANA-MANA AKSI DALAM CERITA INI ⚠️ MANA-MANA...