3

19 7 8
                                    

"Kenapa bonda mahukan aku berkahwin dengan puteri tu?" monolog Akeno sendirian. Akeno mengusutkan rambutnya. Fikirannya sekarang sangat serabut.

Hissaki memandang ke arah Akeno sambil menggeleng kepala. Sudah seminggu lebih Akeno bersikap seperti itu. Seluruh penghuni istana juga perasan dengan sikap Akeno yang tidak biasa itu.

"Abang Akeno!" Harina yang sudah seminggu lebih berada di istana sebagai tetamu tidak diundang mengundang lagi kemarahan Akeno.

Harina mempamerkan riak tidak puas hati apabila melihat Akeno tidak mengendahkan dirinya bagaikan dia itu tunggul. Harina menahan tangan Akeno dari terus berjalan ke sana ke mari. Dia sendiri sudah naik pening.

"Abang Akeno, kenapa ni?" soalnya prihatin. Akeno memandangnya dengan pandangan tajam. Pandangan itu membuatkan Harina kecut perut. Pegangan tadi dilepaskan.

"Tetamu buat cara tetamu," sindir Akeno. Dia sendiri tidak tahu mengapa emosi dia tidak menentu. Mahu katakan datang bulan, tidak juga.

Hissaki sendiri sudah menjauhkan diri dari mereka berdua. Memberi ruang kepada Akeno untuk melepaskan amarahnya. Hissaki tak pernah tak jahat jika berkait rapat dengan Harina.

Harina terus meluncur masuk ke dalam istana mencari bondanya. Dia terlalu takut untuk berhadapan dengan Akeno yang sekarang ini. Akeno pula hanya membiarkan Harina berlari masuk.

"Persoalannya sekarang kau mahukah berkahwin dengan dia?" soal Hissaki.

"Mestilah aku mahu. Wasiat itu merupakan peninggalan bonda yang terakhir." 

"Apa lagi kau tunggu? Mari mulakan misi pencarian puteri kegelapan." Hissaki dengan segera memintas. Bukankah senang jika putera itu memudahkan fikirannya. Tidaklah  sampai menggugat suasana hati seluruh penghuni istana.

"Okey," balasnya singkat sambil melepaskan keluhan perlahan.

"Benda yang mudah, jangan susahkan." Balasan Hissaki cukup menambahkan lagi kekusutannya. Akeno mengangguk perlahan. Dia sudah tiada tenaga ingin bertekak mulut dengan Hissaki.

• • •

"Saya akan pergi selama beberapa minggu. Tolong jagakan istana," arah Akeno kepada Makoto. Hissaki ikut bersamanya sebagai pengawal. Harina pula mengawal wajahnya.

Baru sahaja dia tiba di Empire Skylight beberapa hari yang lepas, Akeno sudah menyatakan untuk mengembara bagi menunaikan wasiat terakhir bondanya. Dia sendiri ingin tahu apa yang tertulis di wasiat terakhir Ratu Empire Skylight itu.

Mereka berdua menuju ke Gunung Aries kerana dikhabarkan ada yang melihat bayangan puteri itu di situ. Gunung itu sungguh sunyi dan terkenal dengan cerita-cerita yang menakutkan. Walaupun rumor yang mereka dengar tidak berasas, mereka cuba mencari puteri kegelapan itu melalui rumor tersebut.

Perjalanan Akeno dan Hissaki ke Gunung Aries memakan masa selama lima hari. Akeno tahu risikonya tetapi demi menunaikan wasiat terakhir Ratu Wirillia, dia sanggup menggadaikan hidup.

Mereka berdua berjalan tanpa henti dan tidak sedar matahari sudah hampir ditelan bumi.

"Jom rehat dulu," kata Hissaki. Akeno mengangguk faham. Mereka berhenti di tepi sungai agar senang mencari makanan.

Akeno hanya mendiamkan diri sahaja sejak mereka memulakan perjalanan dari istana. Pasti dia memikirkan tentang puteri kegelapan itu.

Setelah itu, Akeno dan Hissaki melelapkan mata mereka dan menunggu hari esok tiba selepas makan malam.

Empat hari berlalu dengan sangat pantas.  Sedar tak sedar, mereka pun tiba di Gunung Aries. Kawasan gunung itu tidak juga kelihatan menyeramkan walaupun hutannya agak tebal. Akeno dan Hissaki melihat pula batu-batu besar yang berada di atas gunung itu.

Tiba-tiba, gegaran berlaku di kawasan tempat mereka berdiri. Mereka berdua memandang sesama sendiri. Sedar apa yang akan berlaku sebentar lagi. Burung-burung berterbangan. Aura yang sangat menakutkan mengelilingi gunung itu.

"Pergi!" Suara gadis itu membuatkan Akeno dan Hissaki menjadi kaku. Kaki mereka bagaikan dilekat.

Akeno dengan berani bersuara namun ada sedikit rasa takut di dalam nadanya, "Niat kami datang ke sini baik."

Akeno mengisyaratkan tangannya kepada Hissaki untuk mencari dari mana suara itu datang. Hissaki mengangguk faham.

"Jangan menipu! Manusia semua sama!"

Akeno merengus perlahan.

'Dia sendiri manusia juga,' kata hati kecil Akeno. Tidak puas hati dengan kata-kata daripada gadis yang mungkin merupakan sang puteri kegelapan.

Hissaki melambaikan tangannya dari jauh. Isyarat bahawa dia sudah dapat mengetahui lokasi puteri itu berada.

Akeno dengan segera mengikuti Hissaki.  Mereka berada hampir dengan tujuan sebenar mereka.

"Berapa kali aku nak beri amaran? Pergi!" kata gadis itu. Suaranya lebih jelas berbanding tadi. Sudah pasti mereka semakin mendekat dengannya.

Akeno tidak mempedulikan amaran keras daripada gadis itu sedangkan dia tahu gadis itu sebenarnya ialah puteri yang dicari-cari olehnya. Puteri yang mendapat yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada bondanya. Tidak mungkinlah Ratu Empire Skylight mahu masa depan negara mereka musnah.

Semakin lama, mereka semakin hampir. Hujan turun dengan lebat sekali tapi tidak mematahkan semangat mereka untuk tiba di destinasi yang dituju.

Akeno juga tidak peduli akan dirinya yang basah kuyup. Di dalam fikirannya sekarang adalah gadis itu.

Dalam keadaan yang samar-samar, Akeno melihat sebatang tubuh yang menyembunyikan dirinya di dalam sebuah gua.

Akeno menghela nafas lega.

Ya, dia;sang puteri kegelapan.

Semakin dia menghampiri, semakin hujan turun dengan lebat. Adakah kejadian ini disebabkan oleh puteri itu sendiri?

Setiap langkahnya terasa berat sekali. Akeno dan Hissaki semakin menghampiri tempat terlihat susuk tubuh seseorang. Dia pasti bahawa puteri itulah yang dicarinya.

"Aku tidak rasa kau pekak." Kali ini gadis itu bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

"Hentikan hujan ni! Kau kenal dengan Ratu Wirillia?" Akeno menyoal dalam keadaan hujan lebat itu. Dia pasti gadis itu dapat mendengar soalannya.

Hujan yang tadi lebat mulai berhenti.Gadis itu terdiam seketika.

"Di mana dia berada sekarang?"

DarklightWhere stories live. Discover now