× 29 ×

427 101 28
                                    

      Hari-hari aku berlalu begitu sahaja dan hubungan aku dengan Jihoon mmm macam tulah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Hari-hari aku berlalu begitu sahaja dan hubungan aku dengan Jihoon mmm macam tulah.

      Or maybe, aku yang sengaja jauhkan diri aku dari dia. Aku tak naklah Yeona tu tiba-tiba serang aku ke apa manalah tahu kan? Prevention is better that cure gituuuuu

      "Eunji aku nak tanya." Aku pandang muka Jihoon yang menopang dagu pandang muka aku. Macam biasalah dia tu.

      Entah kenapa, jantung aku berdegup kencang. Rasa tak sedap hati pula dengar apa yang dia nak cakap dengan aku. Dengan nada suaranya yang mendatar tu.

      "Kenapa kau macam...tak nak kawan dengan aku je?" Aku telan air liur. Aku dah agak yang soalan tu akan keluar dari mulut Jihoon. Memang obvious sangat aku cuba nak jauhkan diri aku daripada dia sebenarnya.

       "Perasaan awak je kot," jawab aku ringkas. Takkanlah aku nak berterus-terang kan?

        "Aku...ada buat salah dengan kau kan? Aku minta maaf. Even aku tak tahu aku salah apa, tapi aku minta maaf." Aku geleng-geleng, rasa bersalah dalam hati aku menggunung bila dengar Jihoon minta maaf.

         Tak, takde siapa yang bersalah dalam hal ni.

          "Takde apa-apalah. Saya okay je!" Tiba-tiba aku bangun lalu melangkah keluar ke kelas. Aku tak boleh lagi nak berhadapan dengan Jihoon dan perasaan aku sekarang.

          Jihoon hanya terkebil-kebil melihat aku yang beredar macam tu je.

          Kaki aku laju melangkah ke tandas, tempat bertenang aku bila aku kusut dengan apa yang terjadi antara aku dengan Jihoon.

          "Eh, Eunji!" Aku angkat muka. Dami yang baru je balik dari tandas segera datang dan memegang kedua-dua belah bahu aku.

           "Lah, kenapa muka sedih mencebek semacam ni?" tanyanya dengan nada prihatin. Aku geleng-geleng lalu menepis kedua-dua tangan Dami dengan lembut.

          Dami garu-garu kepala, aneh mungkin melihat mood kawannya yang senang berubah buat masa ni. Makin runsing dan bimbang dia melihat rakannya yang tampak tak keruan.

          "Mungkin aku akan faham perasaan Eunji kalau crush aku dah ada yeochin nanti," katanya sendirian lalu melangkah pulang ke kelas.

-----

        "Eunji sudah-sudahlah bermuram durja macam orang mati anak kucing." Dami mengusap-usap belakang badan aku yang sedang tertiarap malas di atas katil. Aku penat sampai malas nak bergerak.

        Aku call Dami ni datang rumah aku sebabnya aku bosan dan lonely. Aku malas nak buat apa-apa sekarang, buat kerja sekolah, tengok fav drama aku ataupun buat latihan piano untuk pertandingan bulan depan. AKU MALASSSSS

        "Entahnya kakak ni!" Tiba-tiba Sooyoung muncul di muka pintu.

         Korang perasan tak? Dalam cerita ni, Sooyoung memang selalu muncul kat pintu bilik aku. Aku syak dia memang sengaja duduk depan pintu bilik aku supaya dia ada juga scene dalam cerita ni. Yalah, dia kan watak tambahan je hahahhahahah

         Sooyoung melangkah masuk dan dengan tiba-tibanya dia memegang bahu Dami. Wajahnya diseriuskan lalu berkata,"Kak Dami! Buatlah sesuatu!"

          Dami hanya tersenyum senget, dah lali dengan perangai masuk air Sooyoung. "Ya, aku tengah buat sesuatulah ni. Tak nampak ke?" Sooyoung tersengih-sengih sebelum dengan magisnya dia menghilang. Okay tipu sangat. Dia berlari keluar dari bilik aku membuatkan kami berdua terkebil-kebil. Malulah tu.

         "Satu benda je aku nak pesan kat kau. Kita ni dah kat tahun akhir, hujung tahun ni ada peperiksaan besar. Kau pula ada pertandingan piano bulan depan. Aku harap perasaan yang kau alami sekarang ni tak menganggu tumpuan kau," kata Dami dengan nada suara serius, seperti lagak seorang guru memberi nasihat kepada anak murid. Tangannya tergawang-gawang di udara.

         Aku baring menghadap siling. Betul juga kata-kata Dami tu.

         "Lagipun kau kan nak lulus ujian akhir nanti? Kau pun nak dapat nombor satu dalam pertandingan piano nanti? Jadi kau kena bijak dalam menguruskan emosi kau!" Kata-kata Dami tak ubah seperti kaunselor sekolah.

          "Tapi macam mana?" Terpacul soalan itu dari mulut aku.

          "Kau confess. Senang cerita!" Dami yang tadinya duduk bersila turut berbaring di sebelah aku. Kami sama-sama memandang siling bilik aku yang dicat putih.

            "Tak naklah!" Dami menjengil, geram cadangannya ditolak mentah-mentah tanpa kompromi.

            "Kenapa pula?"

           "Cuba kau jelaskan apa yang relevennya kalau aku confess kat dia?" tanya aku sambil angkat kening. Aku kalau boleh aku tak nak confess. Aku maluuuuu

             "Soalnya, tak kisahlah dia terima kau ke tak, asalkan kau lega sebab kau tahu perasaan sebenar dia."

             "Woah, kau tu bukannya confess kat crush kau pun." Dami tersengih-sengih mendengar perlian aku.

             "Eh, aku lain! Kau lain! Mana sama!" Laju mulutnya mengeluarkan alasannya. Aku mencebik, Dami memang pandai cakap dan memberi pendapat tapi dia sendiri pun tak buat 😂

            "Tapi apa yang kau cakap mula-mula tadi memang betul pun," kata aku perlahan. Aku angkat badan aku lalu duduk bersila di atas katil.

             "See? I'm genius!"

             "Yalah-yalah kau genius. Lebih genius daripada Albert Einstein."

             "Eunji, jangan sedih-sedih okay? Apa kata..." Aku pandang muka Dami yang tersenyum lebar.

            "Esok kita pergi funfair. Esok kan cuti? Kita pergi tenangkan fikiran. Nak tak?"

              Tanpa berfikir panjang, aku setuju. Aku harap aku dapat lupakan masalah aku ni. Harap-harapnya.

-----

Lagi satu chapter aku update malam nanti okay phone aku dah nak habis battery 😂

Kalau korang tertanya-tanya (ceh aku syok sendiri je 😂) macam mana aku tulis, aku jenis tulis sekali jalan dan terus publish. Contohnya chapter ni kan, maksudnya aku memang tulis terus tanpa berhenti, save dulu ke apa sebab aku ni jenis malas kalau berhenti-henti ni

So untuk chapter 30, aku tak tulis pun lagi, malam nanti baru tulis huehue

So vote and comment gais muah muah

       

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now