"Aku dah jumpa tempat dia tinggal"
"Send me the location"
Adrian tersenyum sinis melihat location yang dihantar oleh Arsyad. Aku dah pesan jangan cari pasal dengan aku tapi kau degil, sekarang kau tahu lah akibatnya.
Adrian menghidupkan enjin keretanya lalu bergegas ke tempat yang dia tuju. Walaupun sekarang sudah jam 2 pagi, itu tidak bermakna dia tidak boleh menyelesaikan kerjanya itu.
Selepas beberapa minit memandu, dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah usang. Kawasan itu terlihat agak sunyi dan itu memudahkan kerja Adrian.
Adrian mengambil pistolnya di kerusi belakang lalu dia sorokkan di dalam bajunya. Perlahan-lahan dia keluar dari kereta.
"I'll make sure you die tonight"
Tanpa membuang masa, Adrian terus berjalan menuju ke rumah itu. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa lagi, baginya masa itu teramat penting.
Sampai sahaja di hadapan pintu rumah itu, Adrian menendang pintu itu sehingga tercabut. Seorang lelaki yang berbaring atas sofa terus terkejut dengan tindakan Adrian.
Lelaki itu bangun dari perbaringannya dan cuba melarikan diri tetapi Adrian sempat melepaskan tembakan di kedua-dua kaki lelaki itu.
"Arghhhhh"
Lelaki itu jatuh terduduk, dia memandang kakinya yang tidak berhenti-henti mengeluarkan darah.
"Sakit??"
Adrian duduk mencangkung di hadapan lelaki itu, tanpa rasa bersalah dia menekan kedua-dua kaki lelaki itu.
Jeritan nyaring lelaki itu memenuhi seluruh rumah. Itu membuatkan Adrian semakin galak ingin menyeksa lelaki itu.
"Disebabkan kaki kau ni dah jejak dalam rumah aku, aku akan pastikan kedua-dua kaki kau ni aku potong" kata Adrian sambil mengeluarkan pisau di dalam poketnya.
"Kau nampak je pisau ni kecik tapi berbisa" tambahnya lagi
Lelaki itu menggelengkan kepalanya, perlahan-lahan dia mengundurkan diri ingin menjauh dari Adrian.
"Kau nak lari mana?? Jangan ingat kau boleh terlepas, malam ni jugak aku akan settlekan kau" bisik Adrian dengan penuh psiko.
Adrian mengikat lelaki itu lalu berjalan keluar mengambil gergaji di dalam keretanya.
Lelaki itu meronta-ronta ingin dilepaskan tetapi dia kehilangan banyak darah dan membuatkan dirinya lemah. Makin lama wajahnya makin pucat. Terasa menyesal mula menyelubungi dirinya tetapi nak menyesal pun tak berguna lagi kerana semuanya sudah terlambat.
Adrian masuk ke dalam rumah semula dengan wajahnya terhias dengan senyuman yang sukar ditaksirkan.
"Dn't worry I'll do it slowly" Adrian duduk mencangkung di hadapan lelaki itu lalu mula memotong kedua-dua kaki lelaki itu.
Lelaki itu menjerit kesakitan, darah mula mengalir keluar dan membasahi lantai kayu rumah itu.
"B-bunuh j-je a-aku"
"Tak fun kalau aku bunuh kau awal-awal, biar aku main dengan kau puas-puas dulu ye" Adrian memegang kedua-dua kaki lelaki itu lalu menghala ke arah lelaki itu. Dia tersenyum puas.
Belum selesai lagi, dia mencapai pisau yang berada di atas meja. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu lalu memegang lidahnya.
Lelaki itu meronta sekali lagi, tetapi pisau itu sudah menikam lidahnya. Ingin meraung tetapi dia sudah tiada suara untuk keluarkan. Sekarang dia hanya memikirkan mati sahaja.
Lidah lelaki itu dipotong tanpa belas kasihan, Adrian membaling lidah itu ketepi lalu memandang lelaki itu seperti nyawa-nyawa ikan.
Tidak cukup dilidah, sekarang Adrian menoreh kedua-dua pipi lelaki itu sehingga mengeluarkan cecair merah pekat. Matanya terpandang cawan kaca di atas meja tiba-tiba idea kejam muncul.
Adrian berlalu ke arah meja itu lalu mencapai cawan kaca, dia memecahkan cawan kaca itu dan mengutip serpihan kaca-kaca yang berada di lantai.
"Mesti kau lapar kan, apa kata aku bagi kau makan" Adrian mendekati lelaki itu dengan tapak tangannya dipenuhi kaca. Dia menyumbat kaca-kaca itu ke dalam mulut lelaki itu.
Mulut lelaki itu mula mengeluarkan darah, satu badannya mula menggeletar. Adrian yang berasa puas hati melepaskan 3 das tembakan di dada lelaki itu.
Arash, Adnan dan Arsyad yang baru tiba hampir melopong melihat sekujur tubuh yang pucat lesi tanpa kaki. Adrian sungguh kejam, dia tidak memiliki perasaan dan tidak memiliki belas kasihan.
"Apa tengok-tengok?? Bersihkan lah mayat jantan ni" Adrian berjalan keluar dari rumah itu sambil mengelap mukanya yang terkena percikan darah.
"Korang settlekan" arah Arash yang mengikuti Adrian
Adnan dan Arsyad saling berpandangan, namun itu hanya seketika sahaja. Mereka berdua mula menuang minyak petrol di seluruh rumah itu. Disebabkan ini kawasan pedalaman, pihak berkuasa tidak akan tahu kebakaran ini melainkan ada orang melaporkannya.
"Kau tinggal si Aleena tu sorang-sorang??" Adrian memandang Arash
"Aku suruh nurse dkt situ tolong tengokkan, kau ilek je lah tak jadi apa-apa pun dkt budak tu. Asal kau buat kerja sorang-sorang??" Soal Arash
"Kau yang lambat sampai jadi jangan salahkan aku, dah aku nak balik mandi esok pagi aku pi jenguk perempuan tu" kata Adrian sambil meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Arash menggeleng kepalanya melihat kereta Adrian sudah menjauh darinya. Dia memusingkan badannya lalu memandang rumah usang itu. Api mula marak membakar rumah usang itu.
"Woii, jom blah nanti ada orang nampak pulak" kata Arash sambil masuk ke dalam kereta.
Adnan dgn Arsyad bergegas masuk ke dalam kereta milik Arash, mereka bertiga datang satu kereta kerana kereta milik Adnan tidak dapat dihidupkan.
Mereka bergegas keluar dari kawasan itu agar tidak ketahuan sama orang-orang yang lalu-lalang.
----------------------------------
♡︎ To be continue ♡︎
----------------------------------Sampai disini sahaja, insyaallah kalau sempat saya akan update lagi. Bagi saya masa ye, jangan risau saya akan update semua story saya kalau saya ada masa😊😊
Btw jangan lupa vote dan komen ye🤙
YOU ARE READING
SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]
Acción⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang dijual oleh bapanya pada seorang mafia kerana ingin melangsaikan hutang-hutangnya. Tapi lain yang terjadi. Dia seorang yang dingin dan tegas, dia juga seorang yang berkerjaya dan mempunyai s...