"Why you suruh I datang sini??"
Seorang gadis tinggi lampai melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan meja seseorang.
"I ada kerja untuk you but make sure tak kantoi"
"Kerja apa tu?? Apa yang I dapat kalau I tolong you??"
"You dapat I Iyana Nathalie and I akan bagi 50% kat you kalau you berjaya dapatkan syarikat Adrian Mikael "
Gadis yang dikenali sebagai Iyana itu terdiam sejenak. Jika berjaya dia akan dapatkan 50% siapa je yang tak nak kan. Tiba-tiba dia tersenyum sinis lalu bersetuju dengan lelaki itu.
"Okay Danial I will"
"Good, you boleh mula esok. I bagi you file untuk bekerjasama dengan syarikat adrian. Esok you buat appointment dulu"
Dia lah Megat Danial, musuh Adrian Mikael. Dia mahu melihat Adrian sengsara dan ingin merampas semua kekayaan yang dimiliki Adrian.
"If one day he announces he is getting married we will make other plans"
"Jangan cakap you nak runtuhkan rumah tangga dia" Iyana memandang Megat Danial dengan wajah yang tidak percaya
"Why?? You tak setuju??"
"I tak kata pun yang I tak setuju tapi you sendiri kenal Adrian macam mana. He will not allow anyone to touch the person he loves"
"Yeah I know tapi itu je cara nak bagi dia hidup sengsara. You just follow apa yang I suruh. Kalau I suruh you goda dia pun you kena buat. Faham??"
"Ye lah ye lah, nasib baik sayang kalau tak I tak akan ikut rancangan you ni"
"That's what I wanna hear"
Iyana bangun dari kerusinya, dia mula mendekati Danial. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di pangkuan Danial.
"Kalau you nak I ikut apa yang you suruh. You pun kena ikut lah apa yang I nak"
"Anything for you dear"
"I want you"
Danial tersenyum sinis, dia menekan suis pintu rahsia yang berada di pejabatnya. Dia membawa Iyana masuk ke dalam bilik rahsia itu.
+×
Aleena perlahan-lahan keluar dari biliknya, matanya melilau mencari kelibat Adrian namun batang hidung Adrian pun dia tidak nampak. Setelah memastikan Adrian tidak ada, dia segera berlari ke dapur untuk mengisi perut.
"Line clear, boleh lah aku main masak-masak. Dah lama tangan aku ni tak buat kerja" disaat dia sedang kusyuk mengeluarkan ayam di dalam freezer, ada sepasang mata memerhatinya dari jauh
Oh ya, semua maid sudah pulang ke rumah masing-masing setelah jam tepat 6 petang. Begitulah peraturan yang ditetapkan oleh Adrian, dia tidak membenarkan sesiapa bekerja lebih waktu. Paling lewat 6:30 petang kerana dia tidak mahu pembantu-pembantu itu menganggu privasinya.
"BAAA!!"
"MAK KAU MAK MERTUA AKU!!"
Adrian mengawal wajahnya. Badannya disandarkan di dinding.
"Mak kau mak mertua aku eh??"
"Eh tak tak, tersasul"
"Hmm really??"
Badan sasa Adrian itu mula mendekati Aleena. Tubuh kecil itu mula mengundur ke belakang namun disebabkan terhalang oleh dinding langkah Aleena terhenti. Dia menggigit bibirnya.
"Don't bite your lip"
Laju tangan Aleena menutup bibirnya. Bukan sengaja pun dia gigit.
Wangian gadis itu menarik perhatian Adrian. Dia memejamkan matanya apabila bau itu masuk ke rongga hidungnya.
"Why do you smell so good?? I like your smell, you smell like lavender"
Tercengang Aleena mendengar perkataan yang keluar dari mulut Adrian. Badan mereka semakin lama semakin rapat, ini membuatkan Aleena terkaku.
"Seronok nampak buat maksiat, ini kalau call JAIS lagi mantap ni"
Adrian menjauhkan badannya dari Aleena, dia memandang suara yang mengganggunya tadi.
"Apa kau nak?? Dengan salam tak bagi"
"Oh lah kau Islam rupanya, sebelum ni kau tak ada bagi salam tu elok pulak. Mai tang aku macam-macam kau bagi"
Adrian berdecit
"Kau nak masak eh?? Alang-alang tu masak lah kat kami ni. Kami ni dah kebuluran dari pagi lagi tak makan. Kesian baby-baby kami kelaparan " ujar Adnan dengan menggosok perutnya
"Tak payah buat macam tu, hodoh tahu tak??" Kali ini Arash bersuara. Dia baru sahaja keluar dari hospital. Kalau ikutkan hari ini dia tidak boleh keluar lagi tapi disebabkan dia ugut doktor itu macam-macam maka di sini lah dia harini
Adnan menjuihkan bibirnya, dia menuju ke arah sofa yang terletak di ruang tamu.
"Ya Allah, tangan aku bergetar-getar nak tampar muka orang"
"Dah-dah, kang aku tak larang tak pasal-pasal roboh rumah aku nanti. Kau nak masak kan??"
Aleena mengangguk dengan wajah yang masih menunduk memandang lantai. Mukanya masih membahang dengan kejadian tadi.
"Aku nak kau masak untuk beruk-beruk ni nanti siap masak panggil aku" Adrian berlalu pergi menuju ke bilik kerjanya
----------------------------------
♡︎ To be continue ♡︎
----------------------------------Done bab 11
Jangan lupa vote dan komen yee maaf lambat update sebelum ni busy ni baru sempat update 🙌
YOU ARE READING
SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang dijual oleh bapanya pada seorang mafia kerana ingin melangsaikan hutang-hutangnya. Tapi lain yang terjadi. Dia seorang yang dingin dan tegas, dia juga seorang yang berkerjaya dan mempunyai s...