(ATKUM EP1)

2.8K 31 0
                                    


Shafira Gazali, gadis berpewatakan ayu, cantik bertudung litup dan berlesung pipit manis di pipi. Kulitnya yang putih kemerahan dan berwajah ala-ala arabian sentiasa menjadi bualan sang kumbang tatkala dia muncul di khalayak ramai.

Namun tiada siapa mengerti kegusaran yang selalu bermain difikirannya sejak kematian bapa tirinya dua bulan lepas. Masih ada enam adik tiri yang perlu maknya tanggung, niat dihati, nak saja dia berhenti sekolah, dan bekerja tetapi maknya tetap berkeras untuk dia teruskan hanya kerana dia pelajar harapan sekolah. Beberapa bulan lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM, hatinya tidak tenang melihat maknya siang malam bekerja.

'Sha.. Termenung je dari tadi.. Kenapa?' Tanya Adiba. Gadis sekelas yang sentiasa ada dengannya. Harapkan Adiba yang selalu membantu dari segi kewangan mereka, kerana gadis itu dari keluarga yang kaya raya.

'Diba, aku nak minta tolong sikit.. Boleh ke? Aku nak kerja lah.. Kau boleh tolong aku tak? Carikan aku kerja.. Jadi cleaner pun aku okay je..'

' Takkanlah aku nak biarkan kawan aku jadi cleaner? Tak logik..' Adiba menepuk bahu kawannya itu.

'Aku bukan apa.. Kesian dengan mak aku tu.. Sejak bapa tiri aku mati, mak aku tu siang malam kerja.. Aku risaulah Diba..' Riak wajah risau jelas kelihatan di wajah Shafira.

'Okay macam ni.. Nanti aku tolong tanyakan abang aku.. sebab hari tu, dia ada cakap juga yang dia nak cari orang yang boleh kemaskan rumah dia.. Mana tahu, kau boleh tolong dia..' Senyuman kembali terukir di wajah Shafira.

'Tolong aku ye?' Adiba mengangguk.

'Jomlah masuk kelas.. Semua orang asyik pandang kau je ni.. Aku yang kat sebelah ni, takda plak orang nak pandang.. Aku lagi cantik tau dari kau..' Adiba menjeling.

'Yelah.. Kau yang paling cantik kat sini...' Shafira tersengih.

'Membodek lah tu..' Adiba terus bangun dan menarik lengan Shafira, dan mereka berjalan menuju ke kelas mereka di tingkat satu.

'Sha...' Suara seorang lelaki menghentikan langkah mereka.

'Zameer..' Ketua pengawas sekolah, yang turut menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan menghulurkan sekuntum bunga ros merah kepada Shafira.

'Layu je bunga ni..' Adiba mengusik sambil membelek bunga ros yang sudah kelihatan agak layu.

'Ish kau ni..' Lengan Adiba dicubit manja.

'Rose for you..' Senyuman Zameer mampu membuatkan Shafira cair. Lesung pipit lelaki itu, membuat dia tertarik. Spesis yang sama dengannya, sesuailah agaknya kalau mereka diganding kan.

'Jomlah Sha.. cikgu dah datang tu..'

Mereka terus masuk ke kelas dan sesekali mata Shafira terpandang ke arah Zameer dimeja hadapan.

*****************************
'Jom masuk sha..!' Panggil Adiba apabila pintu pagar yang agak besar sepenuhnya terbuka. Shafira agak terkejut dengan kekayaan keluarga Adiba. Selama ni dia ingatkan Adiba ni keluarga yang kaya tapi tak sangka keluarga mereka sebenarnya jutawan.

'Aku ada hal kejap lagi ni.. Aku hantar kau terus lah rumah along aku.. Nanti aku bagi kunci..' Pintu kereta vellfire putih terbuka dan tangan Shafira ditarik masuk oleh Adiba.

'Kayanya kau Diba.. Aku tak layaklah nak kawan dengan kau ni..'

'Aku? Kaya? tu harta bapak aku, aku ni apa pun takda..' Adiba tergelak.

'Yelah.. Tapi kau tak pernah cakap pun keluarga kau kaya macam ni..'

'Perlu ke?' Tanya Diba.

'Dahlah.. Ni, kau dah ready ke nak kemas rumah along aku tu? Rumah dia tu bersepah sikit.. Maklumlah rumah bujang..'

ANDAI TAKDIRKU UNTUKMUWhere stories live. Discover now