2 Tahun kemudian..
'Kau dah kenapa tergesa-gesa sangat ni?' Tanya Adiba apabila melihat Shafira bergegas keluar dari biliknya.
'Aku dah lambat ni, nak pergi kerja..'
'Kot ye pun, mari makan dulu.. aku beli makanan sikit ni..'
'Nanti la.. aku betul-betul dah lambat ni..' Shafira menepuk bahu kawannya dan terus berlari keluar rumah. Sepanjang berada di UK ni, dah macam-macam kerja dia lakukan, juruwang, jurujual, pelayan restoren.. Semua dia dah buat.. Duit gaji semuanya dikirimkan ke mak di kampung. Segala belanja dia di UK ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa ayah Adiba, jadi dia tiada masalah wang sebenarnya tapi mak dekat kampung masih lagi tanggungjawabnya.
Shafira tidak sedar ada seseorang yang berdiri didepannya dan..
'Ya Allah.. Excuse me.. I'm really sorry..' Bertaburan kertas di pinggir jalan itu. Beberapa orang yang berada di stesen itu memandang ke arah mereka.
'It's okay.. I'm just... Eh Sha...Shafira?' Shafira hanya memandang wajah lelaki dihadapannya itu, dia cuba untuk ingat siapa dia sebenarnya.
'Ni Zameer.. Ingat lagi?' Baru Shafira tersenyum. Sungguh dia kenal si lelaki itu cuma Zameer nampak lebih matang dan berjanggut tebal.
'So, sha buat apa kat sini?'
'Study lagi.. Sorry, tapi Sha dah lambat ni.. Next time kita jumpa lagi, okay?' Lengan Shafira dipegang kemas sebelum dia sempat melangkah.
'Nak nombor Sha boleh tak?' Tanya Zameer bersungguh sungguh dan Shafira terus menulis nombornya di atas sekeping kertas lalu dia melangkah pergi.
'Finally aku jumpa kau Shafira.. ' Zameer tersenyum sendirian.
**********************
'Sha!!!!! Family aku dah ada dekat sini!! Kau ikut aku jom!! Kita pergi airport..' Adiba sudah terlampau gembira sehingga tidak sedar yang Shafira hanya berdiri kaku.
'Sha? Kau kenapa ni?' Tanya Adiba.
'Aku tak dapat pergi, sorry..' Shafira teragak-agak hendak menolak pelawaan Adiba.
'Ala, jomlah.. Along aku tak ikut pun..' Gadis itu menarik tangan Shafira yang masih teragak-agak.
Dengan terpaksa, Shafira hanya mengikut kehendak rakan baiknya itu, asalkan dia tidak berjumpa dengan bekas suaminya.
Hanya 15 minit je mereka sudah sampai di lapangan terbang dan dari jauh sudah kelihatan papa dan mama berada di pintu masuk. Adiba terus berlari ke arah mereka dan memeluk kedua-duanya sekaligus. Manakala Shafira perlahan-lahan melangkah ke arah mereka dan dia sedar, mama Adiba sudah menjeling ke arahnya.
'Assalamualaikum uncle.. auntie...' Sewaktu Shafira menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wanita 50 an itu, sepantas kilat perempuan itu bergerak menuju ke arah suaminya, membuatkan Shafira terkedu.
'Sha, kan papa dah kata, jangan panggil uncle lagi.. I'm your papa too..'
'Tu la.. Diba dah cakap dah tapi Sha ni degil...'
'Bukan macam tu uncle.. tapi..'
'Hai adik..' Suara tu membuatkan Shafira menggigil.
'Along!! Buat apa kat sini?!' Teriak Adiba sambil menuju ke arah Shafira. Riak Shafira sungguh berubah menjadi agak pucat.
'Along nak jumpa adik la.. Tak boleh ke?' Tanya Amsyar tanpa segan silu.
'Kau okay ke ni Sha?' Tanya Adiba apabila terasa tekanan di tangan Shafira.
YOU ARE READING
ANDAI TAKDIRKU UNTUKMU
RomancePertemuan Shafira dan Amsyar bakal mengubah masa depan mereka berdua walaupun masing-masing benci akan satu sama lain, namun bisakah cinta itu berputik dengan perkahwinan yang tak rela?