'Betul ke ni kau nak pindah?' Tanya Adiba sambil memandang dengan wajah yang agak serius. Shafira mengangguk.
'Sebab along aku?' Tanya Diba lagi.
'Tak, sebab aku nak terima job Zameer tu..'
'Tapi kau masih boleh tinggal dekat sini kan? Tempat Zameer tu bukannya jauh pun, dalam 30 minit ke 45 minit je..' Shafira tersenyum disaat sahabatnya berusaha untuk menghalang dirinya.
'Diba, biar aku berdikari ye.. Insyaallah nanti kita jumpa lagi..'
'Sampai hati kau...' Adiba mula mengelap air matanya.
'Diba, please..' Shafira mendekati Adiba. Tubuh Adiba dipeluk erat.
'Aku janji, nanti bila mid sem break ni habis, aku pindah sini balik.. Okay?'
'Janji..?' Shafira mengangguk.
Mereka berpelukan sambil tergelak kecil.
***********************
Hampir seminggu berlalu, hari ni catwalk show pertama buat Shafira, hatinya berdebar-debar. Rambutnya siap dirapi dan dia agak tidak selesa apabila rakan-rakan model yang lain mula memandang ke arahnya. Bukan apa, dulu semasa di Malaysia, dia bertudung, namun apabila berada di UK ni, tak pernah sekalipun tudung tu lekat di kepalanya. Dia lebih selesa apabila tidak bertudung, biarkan saja rambutnya yang agak panjang dilepaskan beralun. Soal tudung, nantilah suatu hari nanti, hidayah tu akan tiba juga.
'Excuse me, you look pretty..' Tegur minah berbadan kurus dan tinggi itu. Tak dinafikan model itu pun cantik.
'Your dress suit you well..' Sambungnya lagi. Shafira sudah agak tidak selesa apabila wanita itu memandang ke arah bahunya yang agak terdedah. Shafira cuba untuk tersenyum namun, sepasang mata lain sedang asyik memerhatinya di sudut kanan bilik.
Zameer.
Shafira bertambah tak selesa.
'Sha, you are always pretty..' Model lain agak tergamam mendengar pengakuan pereka fesyen mereka itu.
'Ladies, let me introduce my girlfriend and my wife to be..' Shafira terperanjat lebih-lebih lagi apabila Zameer memegang tangannya.
'Zameer apa semua ni..?' Tanya Shafira untuk kepastian.
'Betul Sha, Zameer memang suka Sha sejak zaman sekolah lagi dan i takkan lepaskan peluang ni..' Zameer terus melutut dan..
'Would you marry me?' Tanya Zameer membuatkan Sha terkejut lagi sekali.
Model-model lain sudah mula memujuk Shafira untuk menerima Zameer.
'Everyone, lets get ready..' Seseorang masuk ke bilik dan Shafira terus menarik tangannya.
'Lets go..' Shafira terus melangkah meninggalkan mereka semua yang berada dalam bilik itu.
'I tak boleh terima you buat masa ni.. Im sorry but i really cant..' Zameer bengang.
'Why not?' Tanya Zameer tak puas hati.
'No reason at all.. Hati i masih tertutup rapat untuk mana-mana lelaki.. '
'including him?' Sambung Zameer.
'Siapa?' Tanya Shafira.
'That guy yang ada dekat rumah you hari tu.. Jangan-jangan, you ada hati dekat dia.. Kan? Tell me the truth.' Zameer menumbuk meja di hadapannya. Shafira serba salah. Zameer lelaki yang baik tapi bukan untuknya.
'For now, just focus on our show.. Nanti kita bincang lagi..'
Shafira berjalan keluar dari pandangan Zameer sambil membetulkan rambutnya.
YOU ARE READING
ANDAI TAKDIRKU UNTUKMU
Lãng mạnPertemuan Shafira dan Amsyar bakal mengubah masa depan mereka berdua walaupun masing-masing benci akan satu sama lain, namun bisakah cinta itu berputik dengan perkahwinan yang tak rela?