Shafira sempat bertentang mata dengan Amsyar sebelum dia kembali terlelap.
'Along, dah.. pergi balik.. Adik tak nak Sha nampak along kat sini..' Adiba menarik tangan Amsyar keluar dari bilik wad itu.
'Sebab?' Tanya Amsyar tanpa rasa bersalah.
'Eh.. semua ni jadi sebab along, tahu tak? Shafira tu benci sangat dekat along.. Sampai demam-demam sebab nampak along..'
'Along ni bukan hantu pun, takda sebab dia nak takut..' Amsyar tersengih sambil duduk di bangku berhadapan bilik itu.
'Masalahnya, along ni lagi teruk dari hantu.. Dahlah.. jangan nak buat-buat tak faham plak.. Benda yang along buat dulu, sentiasa menghantui Sha.. Along lah manusia yang paling Shafira benci, tahu tak?' Entah kenapa kata-kata Adiba ni membuatkan Amsyar tersentap.
'Nanti along minta maaf, okay?' Amsyar cuba untuk mematikan baris kata Adiba.
'Tak payah! Tak perlu pun!' Adiba menepuk bahu Amsyar.
'Adik sayang Sha sangat-sangat, adik tak nak tengok dia terluka lagi.. Tolonglah along... Tolong faham permintaan adik ni..' Hampir setiap hari Adiba merasa bersalah dengan perbuatan Amsyar.
'Teruk sangat ke apa yang along buat tu.. Along bukanlah orang pertama yang..'
'Along!! Stop it!! Shafira bukan perempuan macam tu!!! Boleh tak stop cakap yang bukan-bukan pasal dia? Kalau along nak tahu, along lah satu-satunya lelaki yang pernah sentuh dia. Dia tak pernah izinkan lelaki lain hadir dalam hidup dia..'
'So, along ni istimewa ke?' Adiba menjeling, tak percaya dengan kata-kata Amsyar.
'Tolonglah.. Along balik sekarang.. Sebelum Sha sedar..' Amsyar mengangguk dan perlahan-lahan melangkah keluar dari situ..
**********************
'Macam mana aku boleh ada kat sini?' Tanya Shafira sebaik saja dia mencelikkan matanya.'Ambulans datang ambil kau semalam..' Adiba berbohong.
'Diba.. aku mimpi.. aku nampak abang kau..'
Adiba terkejut.'A'ah, kau mimpi je tu.. Along aku tak datang pun.. Dia sibuk shopping..' Shafira memejam matanya beberapa saat.
''Aku suap bubur, okay? Kau mesti lapar..' Shafira mengangguk lemah.
'Sha... Kamu dah sihat?' Suara Dato Salleh tiba-tiba muncul dari belakang mereka, namun wajah Datin Marlia masih mencuka, benci melihat wajah Shafira. Kalau bukan sebab suaminya memaksa, tak ingin dia berada di situ.
'Doktor cakap dia okay je cuma letih sikit.. Takda apa-apalah.. dont worry papa..' Adiba cuba untuk menerangkan perihal Shafira.
'Mana al...' Belum sempat Dato Salleh menghabiskan pertanyaannya itu, Adiba terlebih dahulu buat-buat batuk.
'Macam ni lah.. Papa nak kena balik ke Malaysia petang ni, kalau ada apa-apa, terus hubungi papa ye..' Pesan Dato Salleh kepada Shafira, Adiba turut tersenyum.
***********************
Shafira bersiap-siap untuk ke tempat kerja setelah beberapa hari dia cuti, takut pula diberhentikan, maklumlah siapa je yang suka ambil pekerja yang bermasalah.
Sudah beberapa kali telefon berdering sejak pagi tadi. Semasa dia di wad lagi, nombor yang sama kerap masuk.
Sedang Shafira sedang mengemas tin-tin minuman di peti..
'Sha?' Kedengaran suara lelaki memanggilnya dari belakang. Shafira terus berpaling dan...
'Zameer.. Buat apa kat sini? Macam mana tahu Sha kerja dekat sini?'
YOU ARE READING
ANDAI TAKDIRKU UNTUKMU
RomancePertemuan Shafira dan Amsyar bakal mengubah masa depan mereka berdua walaupun masing-masing benci akan satu sama lain, namun bisakah cinta itu berputik dengan perkahwinan yang tak rela?