Sebelum kita mulakan, mari sama-sama kita berdoa supaya dijauhkan daripada gangguan-gangguan syaitan. Sesungguhnya mereka itu wujud...
Disclaimer :
Segala jenis watak, tempat, organisasi hanyalah rekaan semata-mata. Segala persamaan yang terlibat hanyalah kebetulan sahaja.
HUJAN lebat membasahi permukaan bumi ketika ini. Ditambahkan dengan suasana malam, memberikan kesukaran untuk dua beranak itu untuk berlari sekuat hati. Budak lelaki itu berhenti daripada berlari, sungguh dia sudah tidak larat.
"Zayyad! Kenapa berhenti?! Kita kena cepat, ayah nak selamatkan kamu. Jangan berhenti nak." Lelaki yang sudah berusia itu cuba untuk menguatkan kembali semangat anaknya itu. Kelihatan budak lelaki yang berusia 6 tahun itu sungguh letih dan tidak berdaya lagi.
"Zayyad tak larat ayah, Zayyad nak air." Mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut anaknya itu, lelaki berusia itu melihat kawasan persekitarannya untuk mencari mana-mana kedai atau rumah yang ada untuk mencari minuman buat anaknya ini tetapi malangnya kawasan yang mereka berada ketika ini adalah kawasan hutan.
Tiba-tiba hidung lelaki berusia itu mengalir darah dengan sangat deras kemudian tubuhnya itu mula rebah kerana dia merasa badannya kini sangat lemah. Budak lelaki itu terus merapati ayahnya yang sudah rebah ke tanah.
YOU ARE READING
IN LOVE WITH 7 DIMENSIONERS
RomanceIzzaty Inany, mempunyai kelebihan melihat makhluk halus sejak daripada kecil. Kebolehannya ini menjadi beban bagi diri dia apabila dia mendapat tawaran yang cukup gila daripada pemilik syarikat dia bekerja. Zayyad Raiyan, dia terdesak. Dia perlu sin...