Zayyad menyarungkan jaket pada badan teman wanitanya, Elvra. Elvra memandang Zayyad dengan senyuman manis lalu kepala wanita itu melentok ke bahu Zayyad.
Mereka berdua sedang duduk bersantai sambil menyaksikan keindahan malam dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa.
"Dah pukul 11 malam sayang, jum kita balik. Esok you kerja right?"
Elvra tidak membalas sebaliknya dia memandang wajah Zayyad dengan pandangan hampa. Zayyad membalas dengan reaksi tertanya-tanya apabila melihat riak wajah teman wanitanya itu.
"Why sayang?" Soal Zayyad.
"Sampai hati you baby. I rindu you tau. Ni jumpa sekejap je dah nak balik. Merajuklah macamni."
Elvra cuba untuk memulakan sesi merajuk manja dengan Zayyad. Sungguh dia rindu mahu bermanja dengan teman lelakinya. Mana tidaknya, teman lelakinya itu lebih banyak menghabiskan masa bekerja lebih daripada melayani kerenah dia.
"Ya sayang, i okay je. Cuma i risau esokkan you kerja. Nanti you bangun lewat macam mana? Lagipun esok i nak jumpa my papa."
"Ouh lah kenapa you tak beritahu i awal-awal you nak jumpa papa esok. I tak belikan apa-apa pun lagi nak bagi dekat dia."
"Sokay sayang sebab esok you tak perlu pun jumpa dia lagi cause esok i pun baru nak pergi jumpa dia. Lain kali i bawak you jumpa dia okay."
Elvra mengangguk perlahan tanda setuju sambil tersenyum kepada Zayyad.
"Em baby, sebelum kita balik. I think i need to tell you about something. I sebenarnya taknak pun bagitahu but benda ni memang penting so nak taknak you kena tahu."
"What do you mean? I kena tahu apa sayang?" Zayyad buntu. Elvra menghela nafas perlahan. Dia memegang kedua-dua tangan Zayyad lalu mengusapnya.
"Hm baby, bila you nak lamar i? You nak sidai berapa lama baby?"
"Why sayang?"
"Actually kawan baik mama i dia ada datang rumah family i. Then dia tanya mama i yang i ni ada sesiapa ke dah masuk meminang. Mama i jawab takda sesiapa and then kawan mama i kata kalau dalam masa sebulan ni takda sesiapa datang meminang i, dia nak masuk meminang. Mama i setuju baby hm."
Zayyad tergamam seketika. Dia melepaskan perlahan tangannya daripada dipegang lembut oleh teman wanitanya itu.
"Kenapa sayang? You dah tak sanggup nak tunggu i?" Wajah Zayyad kelihatan bersahaja tetapi hatinya ketika ini merasa resah dengan perkara ini.
YOU ARE READING
IN LOVE WITH 7 DIMENSIONERS
RomanceIzzaty Inany, mempunyai kelebihan melihat makhluk halus sejak daripada kecil. Kebolehannya ini menjadi beban bagi diri dia apabila dia mendapat tawaran yang cukup gila daripada pemilik syarikat dia bekerja. Zayyad Raiyan, dia terdesak. Dia perlu sin...