"Kau okay tak ni sorang-sorang balik? Nak aku teman tak?"
"Takpa Beyha, aku okay je. Bukan jauh pun depan sana je tu rumah aku. Kau pergi balik cepat, esok nak kerja. Kau tu dah susah bangun pagi." Beyha tersengih.
"Okaylah Zaty, aku gerak dulu eh. Elok-elok, dah sampai rumah roger."
"Iya baik Beyha, kirim salam Nurina sekali."
"Okay Zaty. Bye!"
"Bye!" Beyha pun berlalu pergi daripada situ. Izzaty hanya memerhatikan kereta Beyha yang semakin lama semakin hilang daripada pandangannya.
Izzaty pun berjalan perlahan untuk menuju pulang ke rumahnya. Hah itulah esok still bekerja tapi sibuk nak lepak malam-malam ni.
Semakin dia berjalan, semakin dia merasa hairan. Argh! Jauh lagi ke?" Izzaty masih gagah meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Itulah lama sangat keluar lepak dengan kawan baiknya itu, sekarang tanggunglah.
Sambil berjalan, Izzaty memerhati kawasan sekeliling dia berada ketika ini. Entahlah, hatinya sungguh berkata yang dirinya tidak mahu melihat apa yang berada didalam pemikirannya ketika ini.
Tambahan pula, dia memang boleh melihat makhluk ghaib yang berbeza rupa, tenaga dan nafas dengan manusia. Walaupun dia memang sudah terbiasa melihat entiti tersebut sejak daripada kecil lagi tetapi dia masih lagi merasa ketakutan yang amat lampau.
Sedang dia asyik berjalan, tiba-tiba kedengaran seperti ada langkah deras yang sedang mengejarnya daripada belakang. Dia yang terkejut dengan apa yang didengarinya itu, terus menoleh kebelakang untuk menyaksikan apa yang terjadi.
Pelik. Tiada apa yang dia nampak. Tetapi sungguh dia memang dengar seperti ada seseorang yang sedang berlari ke arahnya. Atau itu cuma firasatnya?
Izzaty cuba mengendahkannya dan dia pun meneruskan perjalanannya itu. Rumahnya tidaklah berada jauh mana tetapi entah kenapa dia masih lagi tidak sampai.
Tiba-tiba langkahnya itu terhenti apabila dia melihat suatu sosok yang dia sangat-sangat tidak mahu sosok tersebut muncul dihadapannya.
Izzaty tergamam. Langkahnya itu terhenti serta-merta dan dia merasakan kedua-dua kakinya sangat berat untuk melangkah.
Sosok yang sedang membelai rambut panjangnya itu tiba-tiba memandang ke arah Izzaty dan tersenyum dengan senyuman yang agak seram.
Izzaty tanpa segan silu terus menjerit.."Arghh ada pontianak! Tolong! Tolong!"
********************************
Aydan melihat alamat yang tertera dalam telefon pintarnya itu. Kalau melihat daripada alamat tersebut, inilah alamat kawasan rumah kawannya itu.
YOU ARE READING
IN LOVE WITH 7 DIMENSIONERS
Lãng mạnIzzaty Inany, mempunyai kelebihan melihat makhluk halus sejak daripada kecil. Kebolehannya ini menjadi beban bagi diri dia apabila dia mendapat tawaran yang cukup gila daripada pemilik syarikat dia bekerja. Zayyad Raiyan, dia terdesak. Dia perlu sin...