"Siap pun!" Selesai penat mengemas, Izzaty duduk seketika dihujung birai katil hotel yang baru sahaja dia kemaskan.
Izzaty mengurut perlahan bahu kanannya yang berasa agak lenguh. Ini punca semalam lah ni pergi pukul pocong pakai kayu baseball.
"Alah-alah kesian ya dia penat hahaha." Izzaty terus mengalihkan pandangan ke arah suara yang baru sahaja menegurnya itu.
Melihat saja gerangan tersebut, wajah Izzaty terus berubah menjadi masam. Inilah gerangan yang memang dia malasa nak bertembung dalam hotel ini.
"Alah kenapa masam-masam ni muka? Tak seronok ke tengok kawan lama sekolah kau ni Zaty?" Wanita tersebut berjalan mendekati Izzaty.
"Sepatutnya pada hari Jumaat pagi yang indah ni kenalah ceria dan semangat. Baru boleh kerja elok-elok. Betul tak Zaty?"
"Kau nak apa ni Shirah? Takda kerja lain eh? Asyik nak kacau aku je. Macam mana aku nak happy ke semangat bila tengok muka kau ni. Buat aku lemah semangat je tahu tak?" Balas Izzaty.
"Amboi garangnya Zaty kita ni. Eh perempuan! Kau tu sepatutnya hormat aku tahu tak? Kau tu kerja housekeeping je. Aku ni pekerja yang layan VIP tau, kau ada?"
"Eh kau ingat aku kesah ke kau layan VIP ke, kau layan datuk bandar ke? Kau layanlah sesiapa aku tak kesah pun. Aku bersyukurlah dengan kerja aku ni, so apa masalahnya?"
"Hahaha bersyukur kau kata? Kesiankan hidup kau ni Zaty. Daripada sekolah lagi asyik loser je. Sentiasa bawah tapak kaki aku. Patutlah sampai sekarang takda orang berkenan dekat kau. Ouh ya btw, boyfriend aku dapat naik pangkat tau dekat tempat kerja dia jadi CEO. Nampaknya makin hidup mewahlah aku lepasni."
"Ouh boyfriend kau dapat jadi CEO ke? So nak kena buat apa ni? Nak kena buat kenduri ke? Nak aku panggil orang buat marhaban? Eh aku tak kesahlah Shirah."
Shirah yang panas dengan kata-kata Izzaty itu terus selerakkan cadar katil yang baru sahaja dikemaskan oleh Izzaty. Bukan itu sahaja, air manis yang berada ditangan Shirah juga, sengaja dia tumpahkan ke atas cadar tersebut.
Izzaty yang melihat tindakan Shirah itu agak terkejut dengan apa yang jadi. Melihat muka Shirah yang sangat puas dengan tindakannya itu menyebabkan Izzaty semakin geram.
"Opsss alamak sorry weh Zaty, aku tak sengaja."
"Apa masalah kau ni hah? Kau memang nak kena ni."
"Apa? Kau nak buat apa dekat aku? Kau kena ingat aku ni banyak backup dekat sini. Kau takda sesiapa Zaty. Kawan bengap kau si Beyha tu pun takda dekat sini jadi faham-fahamlah eh hehehe."
Izzaty cuba menahan amarahnya daripada meletus. Kalau diikutkan nak sahaja dia 'pam' sekali muka Shirah.
"Huh tahu takut. Sama je dengan mak dia, dua-dua loser hahaha."
YOU ARE READING
IN LOVE WITH 7 DIMENSIONERS
RomanceIzzaty Inany, mempunyai kelebihan melihat makhluk halus sejak daripada kecil. Kebolehannya ini menjadi beban bagi diri dia apabila dia mendapat tawaran yang cukup gila daripada pemilik syarikat dia bekerja. Zayyad Raiyan, dia terdesak. Dia perlu sin...