⡠﹞ [ chapter seven ]﹝⠢ׂׂૢ་

161 23 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sudah lebih dua minggu Taufan tidak hadir ke sekolah. Sudah berkali-kali Gempa disoal mengapa Taufan tidak menghadiri diri ke kelas namun Gempa lebih memilih untuk berdiam sahaja. Ya, ketiadaan Taufan disekolah bukan atas kehendaknya, melainkan kehendak Taufan sendiri.

Entah apa yang merasui Taufan tatkala itu sehingga sanggup ponteng sekolah. Alasan diberi, dia perlukan masa untuk pulih semula.

Taufan ada masalah? Gempa terdiam seribu bahasa sebaik soalan itu terpacul keluar dari mulutnya. Dia sebagai kakak, hendaklah dia mengetahui gelora dihati Taufan. Ya, dia mesti menyiasat apa masalah adiknya!

Mungkin dia patut bertanya dengan orang yang paling Taufan rapat selain dirinya. Mana tahu orang itu tahu masalah yang dihadapi oleh Taufan.

Halilintar! Nama itu tiba-tiba muncul didalam kotak fikiran Gempa.


--


[ rehat ]

TOK! TOK!

Ketukan dari pintu itu mengejutkan lamunan Halilintar. Sejak kebelakangan ini, dia sering mengelamun. Mencari asbab mengapa dan kenapa orang yang duduk disebelahnya menghilang dari pandangan. Ya, orang yang dimaksudkan ialah Taufan.

Walaupun lega kerana tidak lagi menjadi sasaran prank Taufan, tanpa sedar muncul sebuah perasaan tatkala gadis itu tidak muncul dihadapan mata.

Kehilangan.

Ya, dia merasa kehilangan.

Kehilangan gelak tawa yang sering beriringan dengan senyuman jahil milik gadis itu.

Entah kenapa, Hali terasa goyah untuk datang ke kelas selepas Taufan menghilangkan diri berturut-turut selama dua minggu.

Apa ertinya? Adakah sekarang baru dia menyedari kehangatan perasaannya pada gadis beriris saphhire itu?

Ah, tidak. Lupakan dia.

Seringkali kelibat Taufan muncul didalam kotak fikiran, dengan cepat Hali akan beristighfar.

Ustaz pernah berpesan, 'jauh di mata, dekat dihati' seringkali dikaitkan dengan zina hati.

Wa la taqrabu zina... semoga kita dijauhkan dari perbuatan terkutuk itu. Amin Ya Rabbal Alamin...

Baiklah, kembali kepada realiti.

Hali mendongak untuk melihat empunya badan yang mengetuk pintu itu. Matanya sedikit terbelalak melihat insan disebalik pintu kelasnya.

Tau... Fan...?

Tak mungkin! Hali menggelengkan kepalanya lalu melihat semula wajah figura itu.

Wajah figura itu mirip seperti Taufan, cuma irisnya berlainan. Iris gadis itu berwarna amber terang sedangkan iris Taufan biru permata.

''Assalamualaikum... boleh saya masuk kejap?'' ucap gadis itu tersenyum manis.

''Waalaikumusalam... silakan eh-- Taufan?!'' balas Solar dan Ice melongo tidak percaya. Menatap lekat wajah gadis yang bertudung bawal tawny itu.

''Bila masa kau pakai contact lense ni, Fan?!'' ujar Solar membeliakkan mata.

Gadis itu kelihatan tidak selesa apabila ditenung sebegitu rupa. Ekor matanya menjelajah isi ruang kelas yang masih kosong itu sebelum memasukinya.

''Err... maaf, saya bukan Taufan. Saya kakaknya. Perkenalkan, saya Nur Saidatul Gempa.'' Gempa menafi tuduhan Solar tadi.

''Ah ye ke? Maaflah, sebab muka awak berdua nampak sama.'' balas Ice dan Solar serentak menggaru kepala.

Hati gelisah Gempa tercuit sedikit melihat tingkah laku mereka berdua yang nampak menggemaskan.

''Tak apa. Sebelum tu saya nak tanya, ada orang bernama Halilintar tak dekat sini? Petang ni saya nak jumpa dengan dia.'' ucap Gempa tersenyum sebaris.

Hali yang masih menatap fokus gadis itu terus membeliakkan mata. Kaget.

Mengapa kakak Taufan mahu berjumpa dengannya?!







Author's note :

Our precious girll TAT

untitled love ( halifem!tau ) ✓Where stories live. Discover now