⡠﹞ [ chapter fithteen ]﹝⠢ׂׂૢ་

139 18 51
                                    


''Selamatlah kau dua!''

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

''Selamatlah kau dua!''

''Pasangan sejoli ni! Hahaha!''

''Selamat pengantin baru, Kak Fan!''

Kelihatan raja dan ratu sehari diluar rumah itu tersipu malu apabila diusik sebegitu. Mereka kini berada dihadapan pagar, lebih tepat untuk menemani rakan mereka yang hendak pulang ke rumah.

''Terima kasih.'' balas Hali lembut sambil mengenggam erat jari jemari Taufan yang sudah sah menjadi isterinya. Taufan tersentak kaget. Walaupun perasaan malu mula menebal, dia tetap membiarkan saja perbuatan Hali itu. Sudah halal, bukan?

Majilis perkahwinan mereka diadakan secara kecil-kecilan. Cukuplah sekadar keluarga dan rakan-rakan saja menjadi penyeri suasana. Sahabat terdekat mereka juga telah mengetahui asbab mereka berkahwin awal. Kini impian Taufan berjaya direalisikan, walaupun mulanya hidupnya amat kucar-kacir. Benarlah, setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya.

''Eh, kenapa mu monyok sangat ni?'' soal Taufan hairan tatkala terpandang wajah Solar yang sudah mencuka.

Hali pula sekadar menjongketkan bahu. ''Entahnya, dah tak betul kot. Kau kenapa, Sol?'' tanyanya.

Muncung Solar pula makin memanjang. ''Aku jeles.''

Serentak pasangan pengantin itu membulatkan mata lalu saling berpandangan. ''Hah?''

''Aku jeles sebab kau orang dah kahwin. Aku bilalah lagi~'' luah Solar yang mulanya monyok, terus mengerling Thorn yang berada di sebelah Ice dan akhirnya dihadiahkan penumbuk di kepala oleh Hali.

Ice terus menggeleng kepala. ''Apa pulak kau nak main jelly-jelly ni? Umur kita baru je 16, bukannya 116 kau nak risau fasal jodoh.''

Benjol di kepala diusap perlahan. Solar menjeling tajam Ice kerana lelaki itu tidak lagi menyebelahi pihaknya. ''Memanglah kau tak rasa macam tu sebab kau mana ada SM!'' ujarnya tanpa rasa bersalah sekali pun.

( SM: SoulMate )

Kata-kata Solar itu berjaya menyentap jiwa dan raga Ice. Dengan dramanya, dia mula terduduk lemah di situ, lalu mencengkeram erat dada kiri yang kononnya terasa sesak.

Terkebil-kebil Halilintar dan Taufan melihat saja Ice sudah terduduk kemudiannya berbaring di lantai. Hai, ada yang baru lari dari hospital sakit mental ke ni?

''Assalamualaikum Taufan! Maaf, Laze baru sampai sebab jalan ke sini ambil masa yang cukup lama.'' sapa seorang gadis manis beriris tangerine, tiba-tiba saja datang memeluk Taufan dari sebelah kanan.

''Waalaikumussalam Blaze! Eh, takpe! Saya cukup gembira awak sudi datang.'' Taufan membalas pelukan Blaze dengan raut tidak kalah mesranya.

Rakan yang lain tersentak sebaik terdengar nama yang cukup asing bagi mereka. Serentak mereka menoleh ke arah gadis yang bernama Blaze itu, lalu masing-masing melongo kurang percaya.

untitled love ( halifem!tau ) ✓Where stories live. Discover now