⡠﹞ [ chapter ten ]﹝⠢ׂׂૢ་

177 23 35
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seminggu sudah berlalu. Walaupun keadaan Hali dilaporkan stabil, namun sampai ke hari ini dia masih tidak bangun dari lenanya. Adik Hali, Thorn menceritakan bahawa dia tiada ibu ayah dan hanya Halilah tempat dia bergantung.

Oleh kerana merasa bersalah yang tidak tertanggung, Taufan menawarkan dirinya untuk menjaga Thorn sepanjang Hali koma walaupun Thorn hanya muda setahun darinya.

''Kak Fan! Nanti pergi ke rumah Thorn tau!'' ucap Thorn sambil memaut manja lengan Taufan. Sekarang, hanya dia bersama Taufan saja di dalam wad abangnya itu, Halilintar. Gempa pula ada kursus disekolah, jadi tidak senang untuk menemani mereka.

Taufan tersenyum kecil melihat telatah comel Thorn. ''Baiklah, In sha Allah.''

Selang beberapa saat, mereka berdua terdiam seketika. Kemudian suara Thorn kembali memecahkan keheningan yang melanda.

''Akak...'' panggil Thorn sambil mengendurkan suaranya.

Kening Taufan terjongket sedikit. ''Ya? Kenapa Thorn?''

''Bila abang Hali akan sedar?'' Soalan itu bagaikan panahan yang menusuk hatinya. Taufan sekadar tersenyum kelat.

''In sha Allah, satu hari nanti dia akan sedar. Buat masa sekarang ni kita sama-sama tawakal kepada Allah S.W.T ya?'' ucap Taufan yang tidak dapat menipu dirinya yang turut berduka cita.

Thorn terus tersengih lebar. ''Baiklah, Thorn akan tunggu!''

Karenah Thorn sepanjang Taufan menjaganya amat menggemaskan. Ingin sekali dia mencubit pipi gadis kecil itu tetapi hasratnya selalu tidak tercapai apabila perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi diri.

Walaupun Thorn tidak menyalahkannya, namun dia pasti gadis malang itu juga terkilan. Gadis malang? Apa bezanya dengan dia? Walaupun dia masih mempunyai ayah namun ibunya sudah lama meninggalkan dunia. Ayahnya pula bukan jenis yang selalu luangkan masa bersama, asyik menghilang dari pandangan saja.

Tanpa sedar, dia mengalirkan air matanya. Thorn disamping membulatkan mata lalu cuba menenangkan diri gadis yang sudah dianggap kakak kandungnya itu.

''Kak? Kak Fan okey? Kakak ada masalah ke? Ke... Thorn ada buat salah kat kakak?'' soal Thorn panik sambil jarinya menyeka air mata Taufan yang bertakung di tubir mata.

Taufan terharu sekejap lalu memeluk tubuh Thorn. Sambil-sambil itu dia mengusap belakang gadis itu. ''Minta maaf sebab buat kamu risau. Kakak janji kakak takkan mudah mengalah.''


--


Sedikit demi sedikit, kelopak matanya mula terbuka luas. Iris rubynya jelas kelihatan setelah sekian lama dilitupi kelopak mata. Dalam samar-samar mengingati apa yang berlaku, sempat matanya menganalisis keadaan sekeliling. Nampak gaya sekarang dia berada dihospital. Dia jatuh masuk longkang ke tadi?

untitled love ( halifem!tau ) ✓Where stories live. Discover now