⡠﹞ [ chapter one ]﹝⠢ׂׂૢ་

328 39 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[ Sekolah Menengah Pulau Rintis ]


''Hali! You're late!'' ucap seseorang sambil mengembungkan pipinya dibelakang Halilintar. Iris silver pemuda yang memakai visor oren itu jelas membulat marah.

Hali yang masih menggalas begnya hanya memandang datar pemuda itu. ''Sorry Solar. By the way asal kau pakai baju PE? Bukan hari ni takde kelas PE?'' soalnya pelik.

''Ni semua adik aku punya fasal! Dia pergi basahkan baju seragam sekolah! Bila aku tanya dia kenapa dia kata tak sengaja. That's why aku terpaksa pakai baju ni.'' dengus Solar sebal. Mengingati wajah bertuah si adik, membuatkan apinya semakin membara.

Sebuah sengihan muncul dibibir Hali. ''Relakslah... lagipun adik kau tu perempuan.''

''Apa bezanya dengan lelaki? Kan sama je?'' soal Solar hairan.

''Perempuankan cepat nyanyuk!'' Seusai Hali berkata begitu, kedua-duanya serentak ketawa. Pelajar lain yang lalu lalang pula menganggap mereka berdua terlalu stress sehingga menjadi tidak waras sebegitu.


Kring!


''Okeylah, jom cepat ke kelas!'' Solar dengan langkah lajunya mengheret tangan Hali menuju ke kelas. Terpaksalah Hali tergapai-gapai mengejar dari belakang.

Sesampainya ke kelas, mereka berdua duduk di tempat sendiri. Namun tempat mereka tidak bersebelahan, sebaliknya Solar pula duduk dibelakang Hali. Ice pula duduk disebelah Solar, manakala Hali tiada seorang pun sanggup duduk disebelahnya. Sian, alone.

''Ice! Awak jugak ko datang eh?'' ucap Solar kepada Ice yang masih melentokkan kepalanya di atas meja.

Ice yang tertutup matanya sekadar tersenyum sinis. ''Aku bukannya datang awal. Kau orang dua je datang lewat.''

''Ohh.. hehe...'' Solar tersengih tidak jelas sebelum menegakkan badannya sebaik menyedari kedatangan guru mereka di dalam kelas. Keningnya sedikit berkerut melihat ada susuk lain bersama guru mereka itu. Siapa dia?

''Oii Hali! Tengok tu! Siapa dia?'' ucap Solar menggoyangkan badan Hali dihadapan. Hali yang masih sibuk menelaah novel kegemaran, menjuihkan mulut tanda tidak berpuas hati.

''Ish, apa kau ni? Jangan ganggu aku baca bukulah!'' rungut Hali geram. Kepala Solar menjadi sasaran penumbuk sulungnya.


BUK!

Laju saja Solar memegang kepalanya yang berbenjol itu. ''Adeh! Sakitlah! Apesal kau ni?'' rintihnya.

''Itulah, biar jadi pengajaran buat kau, jangan kacau aku waktu tengah baca buku.'' ucap Hali mendatar. Kalau si Hali ni tengah khusyuk baca buku, jangan pulak memandai korang nak kacau tau! Tak fasal-fasal dia badmood kalau perempuan PMS!

''Yalah... yalah...'' ujar Solar yang benjolnya diusap-usap sebelum matanya beralih kembali kepada susuk yang disebelah guru mereka itu, Madam Rashiela.

''Okay, class! Today we are welcoming our new classmate! So Taufan, can you introduce yourself?'' soal Madam Rashiela kepada gadis disebelahnya.

Gadis itu tersenyum manis. Iris sapphirenya jelas bercahaya, tanda bersemangat untuk menyatakan identiti dirinya.

''Assalamualaikum and hi all! I'm Nurul Taufan Mardhiah from SMK Agama Bukit Redah. I have been transfer here because of my father's occupation. I hope we can get along well!'' ucap gadis yang menggelarkan dirinya Taufan itu. Senyuman manis jelas terpamer pada wajah anggunnya.

Semua pelajar disitu seperti dipukau sahaja, sekadar melongo memandang pelajar terbabit.

''Psst! Seriously dia Malaysian?!''

''Ya Allah... mata dia tuuu... cantik sangat-sangat!''

''Insecure gila nak mati aku weh!''

Ahh.... inilah perkara yang Taufan sangat tidak mahu terjadi, dan akhirnya terjadi jua. Nasib kaulah.




Author's note :

'Cinta bukan kerana berlandaskan nafsu okey?'


untitled love ( halifem!tau ) ✓Where stories live. Discover now