Prolog

6 0 0
                                    

            Seratus tahun kemudian setelah peristiwa Matahari Yang Hilang. Seorang pemuda berjalan di tengah alam seorang diri. Berjalan di dalam kegelapan yang membalut seluruh dunia. Mengukir langkah, mencari sinar kehidupan manusia. Berbagai dugaan yang sudah dia tempuhi, berbagai ilmu yang sudah dia perolehi. Dia hanya perlu mencari kehidupan manusia. Dia hanya perlu memastikan manusia belum punah ke semuanya.

Seorang pemuda berwajah tampan dan tenang. Berkulit putih pucat, berhidung mancung bersama bibirnya yang seakan mengukir senyuman kecil. Bermata bundar dihiasi bola matanya yang berwarna hitam gelap. Berambut panjang paras bahu dibiar lepas juga berwarna hitam gelap. Berpakaian seakan seorang pembunuh upahan berwarna hitam gelap berpenutup kepala.

Pada bahagian belakang tersarung indah dua buah pedang yang panjang. Satu pedang berwarna hitam dimana kepala pemegangnya berbentuk kepala singa berwarna hitam. Pedang yang satu lagi berwarna perak dimana kepalanya berbentuk serigala juga berwarna perak. Pada bahagian pinggangnya, tersusun rapi sepuluh belati yang sangat tajam berwarna hitam. Kedua pedang dan sepuluh belati hitam yang digunakan untuk membunuh makhluk yang bermutasi. Makhluk yang mengejar darah manusia di dalam kegelapan suasana.

Berbekalkan sebuah bunga yang memancarkan cahaya putih, dia meredahi alam itu di dalam kegelapan. Wajah dan tingkahnya terlalu tenang. Sangat tenang menempuh segala dugaan. Mungkin kerana, kedua matanya sudah cukup untuk melihat kematian manusia yang ada dimana-mana. Kedua tangannya sudah cukup membunuh makhluk yang bermutasi bahkan kemungkinan kedua tangan itu sudah cukup membunuh manusia. Jiwanya dilanda kekeringan. Kesedihan dan kedukaan semakin pudar daripada jiwa pemuda itu.

Siapakah gerangannya? gerangan si pemuda tenang yang menempuh hidup itu seorang diri. Sufi. Itulah gelarannya. Itulah gelaran yang mencari sinar kehidupan manusia yang tersisa.

Alam sudah tidak berupa lagi. Separuh daripada tanahnya hanyalah kegersangan. Setelah peristiwa Matahari Yang Hilang, tumbuhan yang mampu hidup di bawah sinaran matahari bermutasi ke semuanya. Ada yang berubah menjadi raksasa dan ada yang berubah menjadi sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru? tumbuhan yang mampu hidup tanpa sianaran apa pun. Perkara itu jugalah yang menimpa kepada haiwan. Ada yang mampu menyumbang kepada kelangsungan hidup, ada pula yang mampu menamatkannya.

Seratus tahun telah berlalu, manusia hidup berpindah-randah di suatu kawasan yang tidak bernama. Di suatu kawasan yang terpencil. Di suatu kawasan yang mampu melindungi kehidupan daripada ancaman raksasa dan bencana alam.

Pemuda itu yang diberi gelaran Sufi, pemuda itu yang sentiasa berdampingan dengan kedua pedangnya yang indah, pemuda itulah yang mencari dimanakah keberadaan manusia-manusia yang tersisa ini. Dia cuba! dia cuba mencipta sinar kehidupan dibalik kegelapan yang tidak berrpenghujung.

Setahun perjalanan menempuh tanah yang gersang dihiasi ribut pasir yang bertiup sederhana kencang...

Setahun perjalan itu akhirnya terhenti apabila kedua mata pemuda itu melihat tiga sosok makhluk yang sedang menentang seekor raksasa daripada kejauhan. Adakah sosok itu manusia? manusia? harapan?

Sufi segera menuju ke arah itu, arah itu yang berkemungkinan sinar, ataupun... ianya hanyalah sebahagian daripada kegelapan di alam ini.

Matahari Yang HilangWhere stories live. Discover now